Written by AbangNara | March 30th, 2017

Mencantikkan diri adalah satu kewajiban bagi seorang wanita. Sebagai seorang lelaki, Abang Nara suka melihat wanita yang pandai menghias diri, terutamanya wife tercinta. Siapa tak suka bila bini tampil cun melecun setiap hari kan?

nita

pujaan hati Abang Nara, the one and only forever and ever

Namun Abang Nara akui bukan mudah untuk seorang wanita berhias. Setiap inci tubuh badan harus dijaga rapi, terutamanya bahagian wajah. Salah satu bahagian terpenting dalam wajah seorang wanita ialah bibir. Bibir memainkan peranan untuk menentukan imej, keceriaan, raut dan mood wajah seorang wanita setiap hari.

nita

warna bibir yang berbeza menampilkan imej yang berbeza

Hari ini, Abang Nara nak ajak anda semua untuk meng”NITA”kan bibir anda. Siapa itu NITA? NITA adalah satu jenama kosmetik untuk wanita muda yang ingin menambahkan keceriaan, semangat dan warna di dalam hidup mereka setiap hari. NITA adalah satu karekter yang menggambarkan seorang wanita ceria, gembira dan berfikiran positif.
nita

Salah satu produk NITA ialah lipstik Matte Liquid yang telah dilancarkan pada Januari 2017.

nita

Dengan 5 pilihan warna yang diberi nama cukup unik iaitu Cheongsam, Saree, Songket, Kebaya dan Kurung, bibir anda pasti akan tampil lebih menawan dengan NITA Matte Liquid Lipstick ini. Abang Nara paling suka dengan packaging yang hadir bersamanya. Cantik sangat-sangat. Memang nampak ekslusif.

nita

Mudah digunakan, warna ceria dan berus yang cukup lembut adalah kelebihan NITA Matte Liquid Lipstick ini. Sudah ratusan wanita yang telah meng”NITA”kan bibir mereka dan kesemuanya berpuas hati dengan kualiti jenama kosmetik baru ini. Rata-rata semua dah jadi loyal customer. Paling penting 5 pilihan warna yang ada semuanya memang cun-cun belaka.
nita

Jadi tunggu apa lagi? Marilah meng”NITA”kan diri anda hari ini juga. Kalau anda seorang lelaki, mungkin boleh belikan NITA Matte Liquid Lipstick ini dah hadiahkan kepada yang tercinta. Pembelian boleh dilakukan di www.nitacosmetics.com dan juga FASHION VALET & LAZADA. Jangan lupa untuk ikuti Instagram @nita.cosmetics dan LIKE Facebook NITA Cosmetics. Jom “NITA”kan diri kita.

TAGS:
PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

3 responses to NITA-kan Bibir Anda Hari Ini

  1. Mak Labu says:

    NITA xper..jangan produk Ellfie, ada racun rupanya

    1

    0
  2. submit comment says:

    mengarut la semua ni..

    0

    0
  3. euwww says:

    nita x best kering sakit bibir aku…

    0

    0

Leave a Comment

Optional