Nilai Kek RM50,000 Termasuk Dengan Jam Tangan Rolex – Rafidah Ibrahim

Hiburan

Nilai Kek RM50,000 Termasuk Dengan Jam Tangan Rolex – Rafidah Ibrahim

Baru-baru ini Rafidah Ibrahim telah meyambut ulangtahun kelahirannya yang ke 30 dan ramai terkejut apabila beliau memberitahu kek hari lahirnya itu bernilai RM50,000. Ia menjadi isu yang cukup hangat diperkatakan oleh netizen dan Fida turut menerima beberapa kritikan.

Advertisement

Tidak mahu orang ramai terus salah faham, Fida menjelaskan harga kek berkenaan termasuk dengan jam tangan jenama Rolex yang turut dihias bersama kek berkenaan. Jelas Fida, jam tersebut bernilai RM40,000 dan ia merupakan hadiah daripada rakan-rakan perniagaan beliau.

Nilai kek RM50,000 itu termasuk harga jam yang dihias di atas kek tersebut, jam jenama Rolex itu hadiah istimewa daripada kawan-kawan rapat dan rakan kongsi bisnes saya.

Manakala kek istimewa seberat 20 kilogram yang dihasilkan oleh Datuk Fazley Yaakob itu juga agak mahal dan eksklusif.

Pada masa yang sama, Fida memberitahu awalnya beliau agak terkejut apabila mendapat tahu majlis kejutan hari jadinya itu menelan belanja sebanyak RM100,000. Namun, ia dianjurkan sebagai ganjaran atas penat lelahnya didalam bidang perniagaan.

Pada asalnya saya agak terkejut dan marah apabila mereka beritahu majlis tersebut cecah RM100,000 tapi bila mereka jelaskan tujuan sebenarnya saya terpaksa akur. Mereka hanya mahu saya gembira pada hari jadi ke 30 ini setelah penat bekerja menguruskan perniagaan.

Kata orang hidup ini cuma sekali jadi apa salahnya untuk menikmati apa sahaja yang kita mahu kalau dah mampu.

Sumber Berita : mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...