Nikmati Kehebatan Rasa 3D Dengan Triple Chicken Sensation Pizza Daripada Pizza Hut

Hiburan

Nikmati Kehebatan Rasa 3D Dengan Triple Chicken Sensation Pizza Daripada Pizza Hut

Tahukah anda bahawa filem Titanic akan ditayangkan di Malaysia secara 3D pada 4 April 2012 ini? Abang Nara cuba membayangkan betapa bestnya apabila menonton Titanic secara 3D. Seolah-olah Abang Nara sendiri berada di dalam kapal Titanic. Silap-silap time kapal karam, Abang Nara pun akan turut menjerit sama.

pizza hut triple chichken

Advertisement

Dan Abang Nara ada satu cadangan yang sangat menarik untuk anda semua. Apa kata sebelum atau selepas anda menonton filem Titanic 3D, anda mencuba Triple Chicken Sensation Pizza dan Triple Sensation Platter daripada Pizza Hut untuk melengkapkan lagi pengalaman 3D anda.

pizza hut triple chichken

Kalau tengok Titanic 3D menjamin kepuasan daya penglihatan anda, Triple Chicken Sensation Pizza dan Triple Sensation Platter daripada Pizza Hut dijamin mampu memuaskan selera makan anda. Ada 3 jenis ayam yang dimuatkan di dalam Triple Chicken Sensation Pizza iaitu Delightful Chicken Loaf, Succulent Chicken Salami dan Fluffy Chicken Loss. Abang Nara dah try makan dan memang awesome sangat kelazatannya.

pizza hut triple chichken
Triple Sensation Platternya pun sangat-sangat menghairahkan nafsu makan. Ada Chicken & Cheese rolls, ada fun fries dan ada Cheesy Pops. Gabungan kedua-dua menu terbaru daripada Pizza Hut ini memang akan memberikan dimensi 3D yang tak pernah anda rasa di dalam mana-mana makanan. Ditambah pula dengan minuman Frutaz Fizz yang menggabungkan 7-up, green apple dan passion fruit flavored syrup, memang inilah pengalaman 3D terbaik untuk selera makan Abang Nara.
pizza hut triple chichken
Kalau Abang Nara seorang yang cakap betapa bestnya Triple Chicken Sensation Pizza dan Triple Sensation Platter ini mungkin anda semua kurang percaya. Namun keenakannya menu 3D terbaru daripada Pizza Hut ini turut diakui oleh Hanis Zalikha, Redmummy dan VivyYusof. Cuba anda tengok muka mereka yang sangat kekenyangan di bawah ini. (perhatikan pinggan di hadapan mereka telah licin)
pizza hut triple chichken
Dan anda tidak perlu membawa cermin mata 3D anda untuk menikmati keenakan Triple Chicken Sensation Pizza dan Triple Sensation Platter. Kalau nak bawak jugak tak ada masalah, cuma mungkin orang sekitar anda akan memandang anda lebih daripada sekali.

Di bawah ialah raut muka hati kering Abang Nara di kala wife sedang memujuk supaya Abang Nara bagi dia slice Triple Chicken Sensation Pizza yang terakhir. Abang Nara tak kasik sebab Abang Nara memang penggemar pizza ayam daripada Pizza Hut.
pizza hut triple chichken
Dan berita baik untuk anda semua, Abang Nara ada 5 keping voucher untuk diberikan kepada pengomen terbaik yang memberikan sebab mengapa mahu mencuba rasa 3D Triple Chicken Sensation Pizza. Anda cuma perlu LIKE Facebook Pizza Hut Malaysia dan tuliskan sebab anda di ruangan komen di bawah. Pastikan guna email yang sama dengan email di Facebook untuk memudahkan pemberian voucher.
pizza hut triple chichken
Cubalah Triple Chicken Sensation Pizza dan Triple Sensation Platter beserta minuman Frutaz Fizz untuk merasai sendiri pengalaman 3D untuk selera makan anda. Lebih info di Facebook Pizza Hut Malaysia. Jangan lupa untuk berikan komen yang terbaik supaya Abang Nara boleh bagi voucher percuma kepada anda.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...