Written by Bella | April 23rd, 2017

Susulan daripada isu mengenai waran tangkap yang dikeluarkan oleh mahkamah terhadap pelakon Nelydia Senrose yang gagal menghadirkan diri bagi sebutan kes kegagalan membayar cukai pendapatan, pelakon itu semalam menerusi akaun Instagramnya memuat naik bukti resit pembayaran LHDN yang sudah dilakukan pada 4 April lepas bagi cukai taksiran tahun 2013.

Walaubagaimanapun, Nelydia tidak mengemukan bukti bayaran bagi taksiran tahun 2009 sehingga 2012.

Terdahulu, Nelydia  dikenakan waran tangkap yang dikeluarkan oleh mahkamah Majistret Shah Alam selepas tidak menghadirkan diri dalam prosiding atas tuduhan gagal mengemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan (Borang B) Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), selama lima tahun berturut-turut bermula daripada tahun 2009-2013. Bukan itu sahaja, Nelydia juga turut berhadapan satu lagi pertuduhan kerana gagal mematuhi notis di bawah Seksyen 81 ACP1967 bagi mengemukakan maklumat secara lisan kepada LHDN.

Peguam LHDN, Nurulsheeda Mohd Yahaya memohon perintah waran tangkap dikeluarkan terhadap Nelydia selepas gagal hadir sesi sebutan kes pada 12 April lalu. Saman dikeluarkan terhadap Nelydia pada 11 April.

Jika disabitkan kesalahan Nelydia boleh didenda maksimum RM20,000 atau penjara tidak lebih 6 bulan, atau kedua-duanya sekali.

12 responses to Nelydia Senrose Tunjuk Bukti Resit Bayaran LHDN

  1. minah jambu suka sahara yaakop says:

    sape yg betol skarang ni ?? mana satu betol ?? mengarot nyeee…!

    0

    1
    • Dr sexy oh yeah says:

      Bior lew… dia dah bayo la tu… ko bayo 2 juta ke 30 juta ke cukai pendapatan tu, separuh duit tu ke poket jibby jugak… pru nak dekat ni, banyak duit nak pakai pegi melobi ni.. ape ko kesah dia bayo ke endak…

      4

      4
    • JEJAI LELAKI MISKIN KETE JE BESAR says:

      JEJOT BARU MASUKKN DUIT UTK TEMAN ROMEN SEBULAN KE TU NELY, BARU BLH NAK BYR CUKAI ? HAAHAHA, KJE ASIK SHOW OFF HUJUNG2 PAPA KEDANA PLK, MMG TYPICAL MELAYU YG ‘BARU NAK UP’ BIAR PAPA ASAL BERGAYA , AUMMMMM

      2

      2
  2. senjakala says:

    g selesai lah ngan LHDN. tk guna upload resit utk 2013 ja….jgn nk buat org fikir LHDN suka2 nk aniaya pembayar cukai.

    14

    0
  3. lalalatok says:

    2009 umur dia berapa? 15 tahun!!
    Gomen sibuk nk kutip cukai dari budak skolah??.. pi kejau menteri2 umngok tu.

    13

    1
  4. bengang dgn org bangang says:

    sapa suh dia keja masa sekolah….sapa yg keja gaji mahal tak bayar zakat kena la bayar cukai….tu sape nk wat kemudahan jalan raya taman2 rekreasi awam klu tak dr hasil cukai…sikit2 salahkan jibby…kalau ko sokong pembangkang pown cukai kena bayar gak la bodoh!!!!

    3

    5
    • me says:

      Betul. Kita still kena bayar tax walaupun pemimpin dah bertukar nnti.
      Setahu aku, satu resit utk satu borang B. Adakah dia cuma submit & byr utk YA 2013 shj? Mcmmana dgn thn2 yg lain?
      Kalau dia submit form B on time, takkan jd isu. Tak semestinya kena byr tax tiap2 tahun. Kalau income x byk, ada kemungkinan tax tu Nil. TAPI mesti submit form setiap tahun.
      Kalau tax bukan bidang anda, gi upah tax consultant. Simple.

      8

      0
    • Bengang pale bana says:

      Mmg salah jibby la vudus ko macai duit utk kegunaan rakyat tak efficient. Mane ko tau duit income tax tu buat kemudahan jalan raya. Lalang umah aku ni pun bangla potg stahun sekali. Dulu tiga tahun skali. Apa pasal? Laki kau la pemakan dedak, projek 3 milion, laki kau rembat separuh. Separuh tu buat la pembangunan yg ko kata x seberapa tu.

      3

      2
  5. Makjang says:

    Nelydia ni tipikla malaysia la cam korangla… Dapat saman buat dek, ptptn sampai… Buat dek,..dapat bil buat dek,….. Dah sampai surat mahkamah pun kau buat tau lagik…. Ha dah kena tahan kat aiport x leh pergi oversea baru mcm berok kau meloncat. Ni semua jenis nak bergaya, nak melawa, nak tunjuk jalan sini sana semata2 boleh upload kat isntagram. Hutang kepuk2. Dia bayar resit tu mesti untuk first time je. Selalu family jenis mcmni juga yang bagi nasihat salah. Nelydia boleh minta nasihat che ta.. Kau minta nasihat kak uqasa kau punya imej pun dah shattered cam dia tambah pulak pulak gi kapel dengan duda gagal tu.

    7

    0
  6. Anonymous says:

    Sebelum keluar waran lagi dah kena suruh datang prosidingkan? Kalau betul dah bayar semua datang time tu & explain dah takde problem dah. Bila dah nak kena tangkap baru kelam kabut nak prove itu ini. Memang sendiri cari pasal la.

    4

    0
  7. Anonymous says:

    Bayo x bayo lain citer.
    Dah dapat surat saman kena gi mahkamah pegi la yg x pegi tu knp?
    Bawak resit tu ke mahkamah… tunjuk kat kita orang nie leh watpe?
    Cerdik la sikit……

    3

    0

Leave a Comment

Optional