Nelydia Senrose Tidak Terdesak Untuk Cari Cinta

Hiburan

Nelydia Senrose Tidak Terdesak Untuk Cari Cinta

Gadis secantik Nelydia Senrose tidak terlepas dengan soalan adakah beliau sudah mempunyai kekasih baru selepas dua tahun putus cinta bersama Qi Razali.

Advertisement

Ingin berkahwin dan berkeluarga  sama seperti orang lain, Nelydia bagaimanapun tidak terlalu terdesak untuk mencari cinta. Tidak dinafikan, gagal dalam percintaan sebelum ini membuatkan beliau serik.

Saya masih ‘single’. Selepas melalui fasa hubungan yang lama, yang kemudiannya tidak berpihak kepada diri ini, ia membuatkan saya bagai tersedar daripada lamunan.  Cinta juga kini bukanlah keutamaan dan saya sendiri tidak memberikan tumpuan kepada perkara itu. Lagipun, tiada rezeki untuk saya bercinta dengan sesiapa. Selepas putus cinta, hala tuju saya lebih kepada kerjaya, keluarga, perniagaan dan diri sendiri.

Buat masa ini, saya tidak mahu terdesak mencari cinta. Bagaimanapun saya yakin, akan ada juga jodoh untuk saya satu hari nanti. Andainya dipanjangkan umur dan ada rezeki, saya juga mahu berkahwin seperti orang lain.

Kalau diri masih tidak bersedia, janganlah terburu-buru untuk mencari cinta. InshaAllah satu hari nanti pasti Nelydia akan bertemu dengan jejaka yang berjaya membuka pintu hatinya untuk bercinta semula.

Sumber Berita : BH ONLINE

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...