Written by Bella | May 23rd, 2017

Sekitar bulan lepas, dunia hiburan dikejutkan dengan berita dimana waran tangkap dikeluarkan oleh LHDN terhadap pelakon Nelydia Senrose atas dakwaan beliau gagal untuk membayar cukai pendapatan.

Terkini, Nelydia memberitahu segala isu berkaitan hal cukai tersebut telah selesai dan beliau akui ada terlepas pandang beberapa perkara sebelum ini. Nelydia harap isu itu tidak lagi diperbesarkan.

Saya anggap perkara itu sudah selesai dan tak perlu dipanjangkan. Ada salah faham antara saya dan LHDN.  Saya mengaku khilaf disebabkan ada perkara yang terlepas pandang. Saya patut lihat hal ini dengan lebih mendalam dan teliti.

Terdahulu, Nelydia menghadapi lima pertuduhan kerana gagal mematuhi notis di bawah Seksyen 78(a) Akta Cukai Pendapatan 1967 yang mengkehendaki Nelydia mengemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan (Borang B) bagi lima tahun taksiran.

Nelydia dilaporkan gagal mengemukakan borang taksiran bagi tahun 2009, 2010, 2011, 2012 dan 2013 dan turut satu lagi tuduhan iaitu gagal mematuhi notis di bawah Seksyen 81 Akta Cukai Pendapatan 1967, bagi mengemukakan maklumat secara lisan kepada LHDN.

Sumber Berita : BH ONLINE

9 responses to Nelydia Senrose Sudah Selesaikan Isu Cukai Pendapatan, Akui Ada Terlepas Pandang Beberapa Perkara

  1. Anonymous says:

    kena waran baru menggeluor. degil.

    7

    0
    • Anonymous says:

      perintah makamah boleh plak ko terlepas pandang ye…huhuhu

      5

      0
      • shida ayob says:

        Bosan nya dengan geng-geng Senrose ni. Ini kisah yang lebih menarik. Dua lelaki warga Nigeria dan dua wanita tempatan ditahan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) selepas dipercayai bersekedudukan di sebuah rumah di Taman Bukit Beruang, Melaka, hari ini.

        6

        0
  2. Anonymous says:

    jadilah kau retis bebal, degil, x paham undang2 dan x reti bahasa.

    5

    0
  3. L says:

    jnis bca headline je ni… isi x bca… muda2x duit dh bnyk, bleh smbung bljr.. tmbh ilmu, bkn untk org laen tp untk dri sndri gak..

    1

    0
  4. Anonymous says:

    Sumpah gosip ni 2 bintang je.

    Zzz!

    1

    0
  5. Anonymous says:

    Lebih cantik dari fajura…..hmmmm

    1

    0
  6. Anonymous says:

    Kalau nely ni jadi gf aku,siapa taknak aku pun nak jugak! Makin seksi nely i loike sgt

    0

    0

Leave a Comment

Optional