Written by AbangNara | February 10th, 2017

Pakaian tidur untuk wanita adalah sangat penting, lebih-lebih lagi jika anda sudah berkahwin. Tak ada lelaki di dunia ini yang tak suka melihat isterinya memakai pakaian tidur yang comel, cantik dan seksi di waktu malam. Dan apabila Abang Nara terbaca tentang Nelydia Senrose yang mahu mengeluarkan koleksi pakaian tidur, terus diri ini terasa nak belikan sehelai untuk isteri tercinta. Abang Nara pulak yang over excited dibuatnya.

nelydia

Sebenarnya bijak jugak Nelydia Senrose mengeluarkan baju tidur kerana selebriti-selebriti sekarang berniaga benda yang sama sahaja. Minyak wangi, tudung, makanan kesihatan dan kollagen je. Bila benda lain nie excitednya lebih sikit. Lagi-lagi kalau Nelydia yang jual. Kata Nelydia:-

Saya memutuskan untuk tampil dengan perniagaan baju tidur kerana ia begitu dekat dengan diri. Saya sukakan baju tidur, malah pendek kata, semua golongan wanita menyukainya. “Cuma, saya rasakan sebelum ini tidak ramai orang yang berani membicarakannya secara terbuka.

Tiada salahnya pun untuk menjual baju tidur kerana ia keperluan wanita. “Malah, kalau dilihat pasaran luar negara, ia bukan lagi perkara asing. Ada jenama luar yang begitu dekat di hati wanita Malaysia. Jadi, kenapa tidak saya sendiri keluarkan barangan sama.

Impian saya adalah untuk berjaya dengan perniagaan ini dan melihat semua wanita di luar sana memakai pakaian tidur yang cantik.

nelydia

Harao-harap lepas ini semua gadis-gadis Malaysia akan cun melecun macam Nelydia Senrose apabila mengenakan baju tidur keluar pelakon ini. Tak sabar rasanya nak melihat koleksi yang akan dikeluarkan. Sama-sama kita nantikan. Sumber Berita Harian.

[jetpack-related-posts]

20 responses to Nelydia Senrose Bakal Keluarkan Koleksi Pakaian Tidur

  1. Anonymous says:

    elok la tu….lepas tu ko coma kan diri ko sekali. menyemak je retis mcm ni.

    7

    0
  2. eh terkisah pulak says:

    aku tidur pakai dress beli kt pasar malam je. bukan siapa nk tengok pon. beli barang artis ni dah la harga mahal. mcm la femes sangat.

    26

    0
  3. Kak Mah says:

    Baju tidur ini dijangka dapat menaikkan dan merangsang pertumbuhan ekonomi Malaysia dan seratau pada tahun ini. Satu berita yang positif selaras dengan Wawasan Pak Jib menuju status ke arah negara maju?

    8

    0
  4. Aku percaya says:

    Hahaha i live u kak mah..alaa nti yg beli baju tidur c nely nie adk bradik dio,spupu dio kwn2 rapat dio(wlupn trpksa) ja hahaha..tak caya?

    3

    1
  5. melati says:

    saya tgk cara Dressing ko pun mcm sarung nangka..!! pesen aper kah ini, amat memalukan…kalau baju tidor mesti cam gampang..! hihi

    5

    0
  6. abg B says:

    abg b doakan nelly sukses dalam apa jua bidang..ok jgk baju tdur ropol2..tp abg b pkai boxer jek tdor.

    4

    0
  7. I luv nelly....furtado says:

    Okayla nelly..blh la buat bisness duit melayan kerabat pah**g ratus ribu..harap muka je..dlm smua dh mcm baju tdo

    1

    0
  8. jj says:

    Uqasha bakal keluarkan koleksi
    pakaian BiKini ..

    1

    0
  9. UsopWilcha says:

    Wahhhh. Nanti sape jadi modelnya??? Tk sbr abg ucop nak tgk.ha3

    4

    0
  10. Kikoo says:

    Ugly sisters. Kardashian wannabe.

    0

    0
  11. Sabahbilang says:

    Apapun gud luck nelydia..u cantik nama bsar wlupn d sbabkan gosip tp bole buat tk nama u lg cantik supaya pminat pgkritik u bole salute u?bkn senangkn?hehe 0rg sabah kenal sama lu..brav0 n cgrts

    0

    1
  12. che tat says:

    Wow…mesti baju tidur ala2 victoria secret kan…tk sabaq che nk tgk..

    0

    0
  13. Mistara says:

    Nellydia…tengok dia teringat sepadannya dia n abang Jebat hehhehe..too bad Nelly, Sharnaaz yg ensem n macho n jantan tu dah nak kahwin.
    Tulah…

    0

    2
  14. Anonymous says:

    Yes! Kelainan dari keluarkan tudung. Apa masalah baju tidur? I pun sukaaaa baju tidur. Janji jangan tunjuk kat orang. Tapi..kalau koleksi Nelydia ni ala2 from china yang renda2 satin kilat2 tu…OMG! Biar senonoh ye.

    2

    0
  15. Anonymous says:

    dia dah posemula2 hr tu gambar degn ikram dinzly itu hari..

    0

    0
  16. Ohyeah.. says:

    Ekonomi meleset teruk dik oiiii…baju tido tkda langsung dlm shopping list. Akak pakai kain batik lusuh ja. Nyaman…

    4

    0

Leave a Comment

Optional