Written by AbangNara | February 22nd, 2011

nek jah

Hidup Nek Jah! Hidup Nek Jah! Hidup Nek Jah. Ini baru pelakon yang betul-betul pelakon. Bukan sekadar pelakon yang fikirkan duit sahaja. Nek Jah atau nama sebenarnya Azizah Mahzan sudah pun membuat keputusan untuk berhenti berlakon kerana skrip yang diberikannya terlampau membodohkan dirinya sendiri. Ini semua bermula dengan skrip Spa Qistina, drama lakonan terakhir Nek Jah.

[note]Hasrat untuk berhenti berlakon sudah lama terpendam tapi disebabkan pujuk rayu dari rakan-rakan dari kalangan penerbit menyebabkan saya terus berlakon. Tapi kali ini saya tekad untuk tidak menerima sebarang tawaran lagi kerana saya benar-benar kecewa dengan skrip dan jalan cerita drama terakhir saya iaitu Spa Qistina yang ditayangkan di Astro Box Office Movies Tayangan Hebat pada awal tahun ini. [/note]

nek jah

Ini baru pelakon yang mementingkan kualiti berbanding wang ringgit yang boleh diterima. Kalau lah ramai pelakon seperti Nek Jah, confirm tak ada drama-drama bodoh lagi di kaca TV kita. Dan Nek Jah sebenarnya bukan tak dapat offer berlakon. Berlambak offer berlakon yang diterima tapi semuanya skrip bodoh-bodoh belaka.

[note]Banyak longgokan skrip yang ingin ditawarkan kepada saya untuk tahun ini, tetapi bila baca balik semuanya saya tidak berkenan. Bukan bermaksud saya meletakkan diri di satu tahap yang tinggi tetapi saya tidak mahu nampak sangat bodoh. Saya tidak kisah untuk melakonkan watak yang senang tapi apa yang saya kecewa apabila penulis skrip yang membuat skrip sambil lewa. Bila cerita banyak episod skrip juga jadi merepek-repek sehinggakan dia mengambil mudah sahaja. Contohnya, dalam skrip saya berkata anak saya pergi ke luar negara belajar pada episod pertama, tapi dalam episod yang sudah berpuluh-puluh lain pula tiba-tiba anak saya berada di Malaysia. Bila saya tegur kesinambungan drama tersebut, mereka dengan mudah kata penonton tidak perasaan hal itu. [/note]

Apa penulis skrip drama Malaysia ingat penonton Malaysia semua bodoh-bodoh belaka? Nanti petang sikit Abang Nara postkan satu email daripada pembaca yang berjaya mengesan kebodohan skrip drama Malaysia. Kepada Nek Jah, semoga terus maju jaya dengan apa jua bidang yang diceburi selepas ini. Kredit berita kepada Mstar.

P.S: Ketahui status kesihatan tubuh badan anda dengan Nestle Profiler Test.

117 responses to Nek Jah Berhenti Berlakon, Kecewa Dengan Skrip Sampah

  1. nana says:

    CONTOH SKRIP SAMPAH: Every night is Friday Night

  2. ehem says:

    hah tk perasan?penonton byk perasan kalo slh konti..ape daaa…ni la malaysia suka amik mudah…kdg2 mmg skrip drama nth pape jerk

    • Semer nak untung cepat jer…, so skrip drama tah apa apa tah.. la. Org kita mmg nak mudah kan, bukan skrip saja… kaya pon nak cepat, sama mcm MLM – membiak2 (sori… terlajak ke MLM plak). Btw, Azizah ni pelakon lamer, so dia dh xpandang lagi duit2 ni…. mesti nak kepuasan n lakonan yg diingati penonton….

  3. BrainFreeze says:

    nek jah ni berlakon ok…superb tp attitude die yg aku x gemo..udah le nek jah…ari pon dh makin senja…dkt2 kan lah diri pd Allah..lebih elok

    • kayu says:

      pasai tu laa dia memilih skrip .. sesuai dgn perubahan dirinya .Tak salah berlakon klau dah itu rezekinya .. tapi biarlah yg tidak mendatangkan kemungkaran …

      • BrainFreeze says:

        aku x kondem die pon..bgus lah klu die dh berubah…cuma asal tgk muka die je mesti aku teringat gambar “bercanda di pasiran pantai, kita bersama memadu asmara” dgn si sape mamat tu?? zafrul?? zafirul?? lupo plak..

        • tXo(the X one) says:

          at least ade prubahan la sket…

          smua org buat salah…kiter kena la maafkan mcm kiter mngharapkan kemaafan org lain utk kesalahan kiter…

          kbykkan skrip skrg ayat “moden”…xde tapis pye(haprak)…klu nek jah brlakon gune skrip tu gak silap2 dia gak kena kondem nnt..kuar isu lain plak “nama je plakon veteran, tpi xpndi pilih job”…

  4. TREX says:

    zaman P.Ramlee xpayah pakai skrip pn..sampai skrg org tgk cter tu lagi..

  5. MisstauruS...MisspocO says:

    alhamdulillah…nek jah dah berubah…

    satu lg contoh artis ke arah penghijrahan yang diredhai oleh ALLAH swt… semoga menjadi ikutan artis2 lain yg still lg seksi di sana…

  6. singa tido says:

    nek jah ayam pencen.

    hahahaha

  7. farisha sandha says:

    nek jah memang vogue class nek jah ni.. bagus nek jah dah tak mahu berlakon lagi.. selamat tinggal dunia lakonan yang penuh pura2..

  8. yanie hakim says:

    alhmdllilah.. dktkn dri gn Allah pd usia sebgn.. moga hdp lbh diberkati, amin..

  9. Lovely says:

    Elok la tu Nek Jah nak berhenti berlakon
    Dah sampai masanya

  10. JMR says:

    ni awek mantap separuh bogel dulu kan??khikhikhih

  11. [email protected] says:

    RINDU KAT NEK JAH…
    LAMA XDENGAR CITA DIA…
    CANTIK PIC NEK JAH

  12. sue says:

    muke die pakai tudung mcm kak ogy la

  13. alcatraz77 says:

    bagus la, dah pakai tudung pun dia…

  14. mummy confius says:

    nek jah nya skrip dalam filem damping malam.

    “BERDIRINYA MAK “…..” DISINI ADALAH UNTUK MELINDUNGI KELUARGA INI.”

    macam tu lah lebih kurang skrip nya masa dia bergaduh gan ahmad idham….
    macam nak berpidato plak…

    p/s ; tak ingat nama dia…

  15. kaka says:

    mcm cite indon lah..mcm bodoh..
    duduk jauh sebatu dgr jugak..hahaha

    • zaia says:

      cite indonesia asyik zoom in muka pelakon brulang2..dh la brulang2,tuka2 muka plk tu,ape punye pesen la.,heroin mcm tkde otak dh mampus kena buli still tknak bgtau hal sebenar,baik brpada2 la kn,ataupn baik bijak ke..ini tk baik bodoh lembab,watak dia mcm bodoh sgt ler, de lg ke skg org cmni..mama aku jek suka tengok tk boring2 tk faham aku..

      • lisha... says:

        hahaha tu lah pasal, pstu klu yg jahat asyik dia je yg menangkan, pstu heroin dia mesti nangis je manjang, lembik semacam, dulu layan la gak, tp sekarang dh mals nak tgk bende2 merepk tu lg…

      • abarage says:

        betul tu zaia.cite indon merapu2 kadang.dia punya episod punya la panjang.smpai ada watak2 baru yg keluar.da tu makin lama makin melalut cite dia.esp cite indon yg pkul 5 kat tv9.cinta dan anugerah tu.xhabis2 lagi.

        • zaia says:

          lol..watak2 bru tu buat tensen je la,menyemak je,buat cite makin melalut ade la

        • jeng2 says:

          kalo perasan cite indon..sikit2 msti masuk penjara..sakit kanser atau barah..lg satu cite indon kalo nak jumpa seseorg msti ter xcident..kna lggar kete pastu terjumpa..yg paling xleh blah..suka sgt mata tbeliak2 mikirkan sesuatu.yg lg paling xble blah lg..dan mnunjukkn mentaliti diaorg adalah polis..sume org boleh kna tipu n pcaya bulat2

      • mizz madam says:

        yee…sokong!malaysia punya hasil seni sebenarnya lebih baik dan logik dari citer indon yang membosankan dan menggeramkan,.entah bila diorang nak ubah jalan citer diorang yang samaaa saja.

  16. ain says:

    Contoh kesilapan simple tapi tak patut berlaku kejap tadi panggil ayahnya abah, kemudian ayah pula dalam babak yg sama. Kalau kita merujuk ayah kita kpd orang lain memang macam2 perkataan yang kita guna tapi panggilan ni lain.

  17. BumbleBee says:

    saperlaa mangkuk tingkat yg kata penonton xkan perasan tu..sedangkan baju/accessories lain dr yg sebelumnyer pun penonton bleh perasan…

  18. Dauspozi says:

    Nekjah dah pakai tudung ke???

  19. nama saya says:

    korang ni (sapa2 yang berkenaanlah)… orang wat maksiat korang kutuk2, orang nak buat baik korang persendakan.

    sepatutnya kita amik iktibar apa yang kesilapan orang lain dah buat, dan kita mendoakan kebaikan kepada orang yang mahu berubah.

    hati kita ni milik allah,sekejap saja Dia boleh bolak balikkan. jangan berkata2 macam tak ada tuhan.

    sebaik-baik orang berdosa adalah orang yang bertaubat. kalau kita bertaubat Allah pun tutup salah kita, dan apa pula hak kita nak buka silap salah orang lain?

    antara hak2 sesama manusia adalah, tidak membuka keaiban orang lain.

    allah a’lam.

    • singa tido says:

      terima kasih “nama saya”.

      trex,jabun sama sama kita insaf..

      amin…

    • TREX says:

      bukan senang nk tgk ceramah cmni..”nama saya”..terima kasih..so,tak payah la buka laman BN ni lagi..maksiat..dosa mata bnyk da ni..

    • ain says:

      betul tu…
      bila org tu buat dosa.. kita tak boleh cakap
      ‘ko masuk neraka’
      bila dia dah taubat.. lagi tingg darjat dia dari kita
      sebab kita bukan tuhan nak nilai org
      sebaiknya mendoakan

      nama saya.. tak salah kalo ko bukak lama BN ni..
      tak salah kalo nak menegur
      pada TREXX, nape nak hina orang berdakwah
      dosa ke dia cakap macam tu
      rasulullah jugak berdakwah
      istigfarlah

      • farisha sandha says:

        betul kata ‘nama saya’ tu…
        menegur demi kebaikan…
        bukan sekadar komen saja nak molek..
        tapi yang bagi komen pun harus lah molek..
        bukan setakat cerca artis..
        yang memberi komen pun di cerca..
        jauhkan lah sifat tu..
        sama2 bagi nasihat..
        saling ingat-mengingati…

        • singa tido says:

          t.kasih anda berdua “ain&farisaha sanda”.

          dunia sekarang ketandusan manusia seperti anda.

          moga kita mendapat hidayah hendaknya…

        • singa tido says:

          kau ni farisha aku tngk mcm bagus.

          coment ko kat page saloon fasha sandha tu elok sngat ko?????????????????

          kau pun caci org jugak.

          jgn pandai ckp,tapi buat nya tk.

          GTH la lu…

        • farisha sandha says:

          maaf aku tak hina fasha..
          aku tak caci dia..
          tapi itu adalah diri dia yang sebenarnya..
          jalang tetap akan menjalang….
          sundal tetap akan menyundal…
          pelacur kelas atasan…
          mana ada maruah macam fasha tu..

        • Kasih says:

          farisha, di akui aku ni mmg xberkenan gan perangai fasha tu, tp xder lah smp nk kata dia smp tahap cam yg ko tulis ni..

          seteruk mana pun fasha tu bg aku hnya perangai dia sj, tp kalo smp ko label kan fasha ke tahap yg cam ni, aku rasa ko yg lbh teruk perangai nya dr fasha tu…

          nk komen pun komen lah walau ko xsuka fasha, tp jgn lah tulis org tu JALANG ke, SUNDAL ke atau yg sama taraf dgn nya… jgn memandai nk label fasha smp mcm tu skali…

        • singa tido says:

          ape yang ko ckp tu elok ke bunyi eh????

          ko lagi teruk dari den….
          pandai ckp yo kau ni….

        • no one says:

          farisha sandha mulut mcm erm…..kalo aku ckp kang,sama taraf dgn dia pulak..kecoh btul la minah ni,sekejap2 nmpk baik,tp bila sampai bab fasha sandha,pergh..hilang pedoman dia bila komen.ko kalo benci sgt kt fasha sandha,aku sarankan agar ko g tukar nama ko dulu..

      • TREX says:

        AIN..ADA AKU HINA ORG BRDAKWAH KE??BIKIN PANAS TOL LA..

      • TREX says:

        AIN..APE MASALAH KO NI?KO MCM TAK PENAH BUAT DOSA PLAK?BAIK SGT KE KO NI?AKU TAK PENAH HINA PN ORG NK BRDAKWAH..AKU CKP TERIMA KASIH PN SALAH KE?APE MASALAH KO AIN?

      • singa tido says:

        ekau dua org ni sama je dgn kita orng..
        2×5…………….

        WTF….!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

    • abarage says:

      stuju dgn nama saya.org tu berubah pun masih nak mengata.patut kita bersyukurla dia da berubah ke arah kebaikan…

      • nama saya says:

        pernah dengar tak kata2 ni?

        hate the sin, not the sinner.

        semoga kita semua dijauhkan daripada sifat2 buruk, dan mudah-mudahan dengan menutup keaiban saudara2 kita, Allah menutup keaiban kita di padang mahsyar nanti.

        kat sana lagi malu, semua salah silap yang kita sembunyikan allah tunjuk terang2.

        maka jagalag diri kita dan sikap kita sekarang mudah2an dengan rahmat Allah kita terhindar daripada dibuka dosa kita sepanjang kita di dunia ini, di akhirat sana, insya allah

        ^_^

  20. zaia says:

    dia pki Hair band ke ats tudung tu?ke mmg ade tudung yg corak bunga2 ats kepala cmtu..comey plak pki cmtu..huhu..brseri2 muka nek jah..

  21. meow says:

    alhamdulillah,perubahan ke arah kebaikan..

  22. cs says:

    dan sapelah malaun yg hobinya asik mendislike komen org nih…..psyco tul lahh… dinasihatkn p lah jumpa doc cpt2 sblm sesuatu yg x diingini brlaku… kih2

    • 24jam says:

      penganggur kot. takpun loser/kutu belahak yg xde life. keje dier ngadap BN jer tunggu org komen utk dislike sbb aku tngok 24jam ade jer yg tukang dislike.nak kata budak2..x gi skolah ker? nak kata org tua,xkan laa kt opis tu x buat keje.

  23. jue says:

    ala.. Nek Jah.. jangan la berenti.. sy suka tgk Nek Jah berlakon drpd kebanyakkan pelakon baru yang berlakon cam kayu tuh.. adeh.. rosak filem.. huhu..

    tolong la jangan berenti Nek Jah..

    • MisstauruS...MisspocO says:

      rayuan mcm ni akan dipertimbangkan… tunggu la apa kata nek jah nanti… ahakzzzzzz…

  24. alamaya says:

    udah udah le tu singa tido,trex.. emang ler BN ni laman Gosip… tapi kadang tu kome sedor jugek ngn prangai artis-artis ni…. bagi ler mika pluang tok betolkan kesilapan… usahlah asyik ngate je yobb…

    ate…cube kamu tengok c farisha sandha tu hah…. tak ke udah berubah?

    kalau kome nak tau, org yang dulunya jahat sejahat2nya.. tiba-tiba beghubah…. bau syurganya lebih harum dari org yang sentiasa baik ada makna… hurm inagt pesan teman ni yobbb!

  25. ghadisk says:

    kta tgk tiap2 komen kat cite abg nara ni…
    msti de name ‘FASHA SANDHA’
    wow! mmg glamer kau nyah…
    hahaha! ^_^

  26. Didi says:

    Kan nampak indah berpakaian yg menutup aurat nek jah ooi. Kekal kan lah

  27. miauw_miauw says:

    cantik mata memandang kan bla pakaian begitu…..

  28. ish ish.. says:

    knpa nk brhnti… jngn lah gitu..

  29. sioh says:

    aku salute die as a pelakon sbb die mmg terror menjiwai watak such as Wan Maimunah….dan aku juga agree dgn die bab2 skrip drama Melayu yg mcm smpah ni….zmn skrg ni tolong le tulis skrip pkai otak,mane ade org ckp guna ayt skema buku teks lg…cth:tetapi saya amat mencintai die..hahaha lawak siottt…xpecially cite Yusuf Haslam n anak die Shamsul cite thn 80-an dulu boleh ler bro hahaha…1 more thing Alhamdulillah dulu korg duk kutuk2 Nek Jah skrg die dah menutup aurat die dgn sempurna….Tuhan nk bg hidayah kat umat die sat je so kite as a person jgn ler duk kutuk teruk2 sgt…

  30. chempaka says:

    suka dgn lakonan nek jah.mmg dia pelakon yg ada karektor dn penuh penghayatan.yelah org lama dgn org skrg jauh bezanya ttg kualiti berlakon tu.
    TAPI jgn propa kejap tk nak blakon,pastu blakon balk.ckp mcm keling lah pulak-bebalik2 mcm c rozita che wan tu.kjp nk stop,kjp tk jd,,entah apa2..sja nk tak de citer nk msuk s kbar.

  31. ef..bee..ai says:

    Alhamdulillah…satu penghijrahan, moga berkekalan…..tapi tak adil lah kalo nak berhenti berlakon salahkan skrip yg kureng atau cam sampah. Kalo belum siap shooting masih bole buat pembetulan dgn penulis skrip ape, kalo benar kite punye idea yg bernas.Tak salah bekerjasama kan?
    Kalo nak mengakhiri lakonan pun lakukanlah dgn sempurna
    Jgn kemudian hari kita menjilat muntah sendiri.

  32. CILI API says:

    ALHAMDULLILAH…. SAYA SUKA MELIHAT PERUBAHAN KAK AZIZAH SAKARANG.
    SEMOGA DGN PERHIJRAHAN NI BERKEKALAN HINGGA KE AKHIR HAYAT. AMEEN…. (-_-)

    KAK ZIZAH PERHIJARAHAN MU ADALAH ANTARA MU DGN ALLAH SWT. :)

  33. AYUCINTA says:

    ALHAMDULILLAH..
    SEJUK MATA DAN HATI TENGOK NEK JAH BERPAKAIAN MACAM NI.SYUKUR..NEK JAH DA BERHIJRAH..
    LEPAS NI BOLEHLA BELI TUDUNG DEKAT CUCU NI..HEHEHE..

    KPD NEK JAH HOPE TERUSKAN IMPIAN NEK JAH UTK TERUS BERSARA DR DUNIA LAKONAN.KAMI SEMUA MENYOKONG NEK JAH..
    AMINN..

  34. blitzenius says:

    Lipstik Hijau peminat setia Spa Qistina rupanya walaupun sampah tahap Kenchana Holdings

  35. azizah mahzan says:

    maseh sume..
    doakan terbaik utk akak ye :)

  36. MeLia says:

    Walaupun aku lambat bagi komen dkt entri ni, tapi aku nak bagi satu contih skrip yg lemah yg baru aku tgk malam tadi. Drama Hani TV3. Satu adegan, pelakon tu cakap AlQuran Braille ni banyak. Satu adegan kemudian, kata AlQuran Braille ada satu sahaja dekat Malaysia….. Kalu la penulis-penulis skrip ni kata penonton ni tak perasan…. maaf cakap la, apabila org bercakap kualiti sesuatu Drama, org akan perhatikan keseluruhannya termasuk skrip… kalu skrip tu sampah, mmg dengar macam nak bodohkan penonton jerrrr…

  37. pneumedic says:

    bagus pun..jaga cucu kat umah je la..dekatkan diri ngan agama plak..

  38. moon says:

    tp mmg mcm semberono jer diorg ni buat citer spa qistina..apsallah bagi kt astro..boleh wat 13 episod jer.kalo x citer 2 ader 44 episod kt tv3 mcm spa q 1 n 2.nk padatkn citer 44 epidod jd 13 episod ginilah jdnyer..dgn muka pelakon yg ditukar,terus pening tgk citer 2..huhuhu..