Written by serenity | January 1st, 2012

Tahun 2011 boleh dikatakan satu tahun yang banyak merubah kehidupan si cantik manis Neelofa Mohd Noor. Selepas menjuarai pertandingan Dewi Remaja 2010, nama Neelofa meniti bibir peminat bukan saja kerana penampilannya, malah kontroversi yang melibatkan dirinya. Dia pernah dikatakan menjadi orang ketiga perhubungan antara Maria Farida dan Shahz Jaszle (yang akhirnya putus dan masing-masing kini membawa haluan sendiri), dan ada antara pelakon tanahair yang terang-terang membidas Neelofa di laman sosial. Tetapi yang nyata, Neelofa tegar menghadapi semua kontroversi dan bukan itu saja, rezekinya dalam bidang seni melimpah ruah. Melalui Portal Murai, Neelofa menyatakan:-

Memang betul tahun ini saya mula menceburkan diri dalam bidang seni dan tahun ini juga pelbagai kontroversi terkena pada diri saya. Apa yang boleh saya katakan saya menjadi mangsa keadaan sehingga tercetusnya segala kontroversi tersebut. Malah disebabkan kontroversi itu juga, saya rasa ada yang tidak suka saya dan ada juga mengenali saya.

Tetapi saya melihatnya dari sudut positif kerana dengan kontroversi juga diri saya dikenali.

Tahun ini, hanya drama lakonan saya saja yang ditayangkan di televisyen antaranya Jiwa dan Lara, Kitab Cinta dan Tahajjud Cinta. Jadi orang lebih mengenali saya melalui kontroversi. Namun saya bersyukur makin banyak saya diuji, semakin banyaklah rezeki yang saya dapat.

Alhamdulillah, semoga tahun hadapan orang ramai dapat melihat hasil kerja saya kerana lima buah filem saya akan ditayangkan antaranya Azura 2012, Lemak Kampung Santan, Taiko dan SAM serta dapat melihat saya mengacarakan program Nona.

Menurut Neelofa yang merupakan penuntut di Universiti Kolej Sunway dengan major berganda dalam pengajian peringkat sarjana muda untuk bidang perdagangan antarabangsa dan pemasaran ini, dia berharap yang peminat akan menilai bakatnya melalui hasil kerjanya:-

Harapan saya semoga apabila mereka melihat hasil kerja saya nanti, sekurang-kurang mereka akan dapat menerima saya seadanya.

Dan mengenai kritikan atau kutukan yang diterimanya dari haters:-

Saya tahu ada yang benci saya dan saya tidak mahu memikirkan perkara itu dengan serius. Saya mahu buang jauh-jauh perkara itu dan lebih selesa memajukan diri saya ke arah kebaikan.

Semua itu menjadi semangat untuk saya terus maju ke hadapan tanpa perlu memikirkan kata-kata orang lagi.

Di samping itu, kami difahamkan Neelofa ialah wajah segar terbaru yang menjadi duta barangan kosmetik dan perhiasan wanita Avon, dan dia juga diundi sebagai artis kedua tercantik selepas Ayu Raudhah dan sebelum Rozita Che Wan untuk undian “5 Artis Tercantik” anjuran MyMetro. Kredit gambar Neelofa Official.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

41 responses to Neelofa Tak Peduli Pembenci, Duta Terbaru Avon, Artis Kedua Tercantik Pilihan Pembaca MyMetro

  1. Queen.Of.Goldfish says:

    beauty with brain~~~

    0

    0
  2. 1st one says:

    cantik nye…………

    0

    0
  3. hugh jackman lol says:

    dengan selamba aku berkata : aku one of the haters. aku setia dgn fazura. dn utk artis baru, aku choose izara

    0

    0
    • lorina says:

      actually neelofa x lawa, bodohlah sapa kata lawa…dah make up, tayar buruk pun lawa, biasalah org malaysia, tahap “lawa” nya rendah….lainlah julia rais, sofea jane, erra ker…fazura pun aku leh accept…wahai org2 malaysia, tgk dulu secara life dan with make up yg simple, ramai lagi perempuan yg lagi lawa dari minah kelate ni…mmg betul ixara life lagi cun…

      0

      0
  4. AkuFirst says:

    1st!!!

    0

    0
  5. AkuFirst says:

    Akuuuu 1st!!!

    0

    0
  6. amirnawawi says:

    Cantik dan bijak.. :)

    0

    0
  7. z says:

    ayu raudhah trcantik? rozita che wan ke3? ohhhh..fazura..

    0

    0
  8. Bawang Merah says:

    mesti serakyat kelantan yang undi. hahahahaha..

    jangan marah.. selamat tahun baru yea.. :)

    0

    0
  9. bese jer says:

    Stakat kolej sunway korg nk ckp beauty with brain??kwn aku yg fail spm pon dpt degree dr kolej ni.asal ada duit jer..beauty with brain irma hasmie.grad utm..tu br btl..

    0

    0
    • cik gayah says:

      kpd bese jer. kalu x slh, neelofa ex student mrsm.. x smstinye msuk kolej swasta tu kurg cerdik tp sumtime kat situ dorg boleh pilih course yg dorg mnt lahh..

      0

      0
      • bese jer says:

        Maaf ckplah..saya ex mrsm serting 00-01..tp x semua ex mrsm result spm dorg gempak..

        0

        0
        • ade aku kesah says:

          mesti kau org yang flunk spm tu kan? sbb tu kau cakap gitu. aku dlu mrsm jgk. spm aku 10A, skrg ni aku kat india tgh buat MBBS under sponsorship mara. kalau kau dh gagal takyah nak malukan mrsm. kau tu yg bangang tak belajar betul2.

          0

          0
        • futuremg says:

          @ade aku kesah-alhamdulillah ko pandai…tp setau aku ‘bese jer’ ckp bukan sume ex mrsm result gempak yakni ade yg gempak ade yg tak…hmmm,stmt semudah itu pown takbleh paham

          0

          0
    • pajurah kertu says:

      ok la tu dari pajurah kertu, setakat spm jekkk. kau mampoo?

      0

      0
      • Mizz Kem says:

        sha was ex-student of MRSM Langkawi…Which is her SPM with straight A’s.. that’s better than the other actresses who got nothing in SPM.. or not furthering studies to the next level…

        0

        0
  10. shiro says:

    xska dia ni…even beauty with da brain.choiyy..

    0

    0
  11. what the? says:

    aku suka dia, dan dah follow twitter dia, meh! dia gila-gila sikit, dan tak cover cun, aniway, dia memang cantik pun, apadehal, macam siti ar, lagi kau kutuk lagi tambah rezeki dia, btw, muka kau sangat fotogenik!

    0

    0
  12. mak orang says:

    budak ni 5A- UPSR, 8A-PMR,SPM-10A, kira beauty w brain la tu!

    mak orang

    0

    0
    • hugh jackman lol says:

      beauty with d brain apa kebenda nyer pakai sexy kain x cukup. kalu betol beauty with d brain, akan pikir dua tiga kali dulu tuk pkai something yg mcm tu. out of brain lol. sorry to say.

      0

      0
      • derp says:

        okay la tu kan. dari pajurah kertu, dah la tahap SPM jerk, itu pun tak tau pass ke tak, pakai tak cukup kain lak tu. siap nampak bra lagi, cer google, cer google.

        0

        0
        • futuremg says:

          dia nie book smart tp tak street smart…so ungkapan beauty with brain tu betul lah jugak in term of education, in term of overall kehidupan dia sbg seorg muslim…tak kowt

          0

          0
  13. Akusebatangkara says:

    Neelofa is so talented in Nona just now!

    0

    0
  14. Siti Kepoh says:

    Sy masih sukakan dia walaupuin ramai yg membencinya. Pertama kerana bila dia berlakon atau menjadi host sesuatu siaran di TV dia mampak natural dan pro tak nampak cam orang baru pun . Kalau setengah org cakap dia beauty with brainns mungkin betul.. Anyway kalau dia pakai kasut cam ni http://bit.ly/v44Kss cantik tak ?

    0

    0
  15. baby uuu says:

    knape x neolofa je no 1????????pe2 pum kak lofa mmg cantik r sye mmg mnt sgt kat dye..MANJE,CANTIK,MANIS DAN SEDAP MATA MEMANDANG..mklumlah orang pasir mas HEHE,,x sbar nk tgk kak lofa mengacara nona 2012 nnti…msti cntk dn petah brcakap..tp knape thn 2011 kak lofa jd ratu KONTROVERSI EA???????????????

    0

    0
    • Datin Seri Minah Jambu Batu says:

      YUCKkkkkkkkkkkkkkk.. komen ko baby uuu macam sistem perparitan tersumbat jew.. kalau aku jumpe ko idup2 memang aku dah telan ko dari ujong rambut ke ujung kuku kaki!!!!!!!!!!!!!
      aku buatkan bubur caca kasi si LOPA ni makan. hahahahahahaha

      Regard,
      Minah Jambu Cun Hot Hot Gituwwwww

      0

      0
  16. nini says:

    Siapa artis2 yg bash Neelofa dekat Facebook????

    0

    0
    • derp says:

      bukan facebook, tapi twitter. adalah seorang pelakon perempuan kertu tu yang tergugat sejak neelofa mula popular. lololol

      0

      0
  17. miko says:

    ooo patut la fazura bengang kat dia… dia dah rampas takhta duta avon rupenye….

    0

    0
  18. Dato minah jambu 24jam mengadap computer says:

    minah jambu suka tengok muka neelofa berseh n manis…… dh lah manis very sweet pulak tu…………neelofa ni bukan perampas duta avonnnnnnnnnnnnnnn biasa lah avon kn suka tukar2 duta tkan selama nye fazuraaaaaaaaaaaaaa je !

    0

    0
  19. ape_ape aje says:

    suka tgk neelofa, wajahnya manis, berbakat, dan bagus dlm pelajaran, artis mcm ni kite cari,
    harap neelofa tak ikut jejak artis lain yg masuk pub dan bergaduh yea…
    semoga berjaya neelofa

    0

    0
  20. ape_ape aje says:

    suka tgk neelofa, cantik, bijka, berbakat

    0

    0
  21. frinses says:

    bagus lah dia sedar yg dia ada haters…berbanding setengah artis yg xsedar2 diri…
    PEACE!!

    0

    0
  22. hehee says:

    aku pernah jumpa die kat mid valley..dia memang cantik..make up nipis,xsombong lak tu..adik die pun cun..dulu ak langsung xminat die..tp pas jumpa die face to face br ak tahu die ni memang sweet!!

    0

    0