Neelofa Nafi Pulang Awal Kerana Kecewa Tidak Dapat Gelaran Bintang Paling Popular

Hiburan

Neelofa Nafi Pulang Awal Kerana Kecewa Tidak Dapat Gelaran Bintang Paling Popular

Pulang lebih awal sebelum malam kemuncak ABPBH berakhir Ahad lalu, ramai yang tertanya adakah Neelofa kecewa kerana gagal mendapat  gelaran Bintang Paling Popular yang sebelum ini  dimenanginya pada tahun 2016.

Advertisement

Menepis segala spekulasi liar mengenai isu tersebut, Neelofa menerusi portal BH ONLINE memberitahu tindakan beliau untuk meninggalkan majlis tersebut dengan lebih awal kerana ingin mengelakkan “drama”. Namun, Neelofa enggan menjelaskan “drama” yang dimaksudkan.

Sebelum orang reka spekulasi yang bukan-bukan, sekali gus mencetuskan drama, lebih baik saya tidak ke depan. Kebetulan saya datang lewat selepas lebih sejam acara bermula, jadi saya pun berada di belakang pentas hinggalah tugas saya selesai.  Memang saya langsung tidak jumpa sesiapa yang berada di depan pentas.

Ditanya apakah beliau ada menghubungi Fattah untuk mengucapkan tahniah di atas kemenangannya, Neelofa yang berjaya mengekalkan trofi Pengacara TV Popular, enggan menjawab pertanyaan berkenaan.

“Drama” apakah yang dimaksudkan oleh Neelofa? Mungkin juga ada berkaitan dengan Fattah Amin yang pernah digosipkan bersama beliau sebelum ini. Ermm

Sumber Berita : BH ONLINE 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...