Written by Bella | May 29th, 2015

Sebelum ini gosip Hans Isaac yang kembali bercinta dengan Neelofa menjadi bualan hangat peminat. Walaubagaimanapun, Hans telah menafikan perkara berkenaan dan memberitahu beliau kini sedang mengenali hati budi seseorang.

Terbaru, Neelofa mengakui beliau sudah bercakap semula dengan Hans pada tahun lalu tetapi hubungan mereka tidak lebih daripada kawan dan buat masa ini Neelofa masih lagi solo.

Cerita kami kononnya kembali bercinta adalah tidak betul. Saya masih solo dan tidak bercinta dengan sesiapa pun sekarang. Kalau saya menjawab, nafi atau sebaliknya, pasti akan jadi cerita lain pula. Jadi lebih baik saya diam.

Bibit percintaan diantara Neelofa dan Hans  timbul apabila mereka menjalani filem Lemak Kampung Santan sejak tahun 2011. Namun, hubungan mereka putus ditengah jalan pada tahun lepas  kerana Neelofa dikatakan bakal berkahwin dengan kerabat diraja.

Kisah mengenai percintaan mereka kembali diperkatakan apabila Neelofa dilihat hadir ke pementasan teater Baik Punya Cilok lakonan Hans, Datuk AC Mizal, Awie dan Afdlin Shauki di Istana Budaya, pada bulan April lepas.

Nampaknya ada lagi peluang untuk jejaka diluar sana  memikat gadis jelita Neelofa. Mungkin peminat sudah boleh berhenti bergosip beliau sedang bercinta dengan Hans Isaac kerana kedua-dua mereka sudah mengaku tidak mempunyai hubungan lebih daripada seorang kawan.

Sumber Berita: Harian Metro

21 responses to Neelofa Masih Solo, Tepis Gosip Kembali Bercinta Dengan Hans Isaac

  1. MERAH JINGGA says:

    kalau dah jodoh..tak perlu mengenali hatibudi..sebab semasa berkawan hatibudi lain dah kawen lain..kawin dulu baru bercinta dik oii. yang patut kita tahu 1. ugama 2. keimanan dan tanggungjawab 2. amalan kebaikan

    0

    0
    • Anonymous says:

      X habis2 kisah cinta monyet dia dan playboy tua karat tu. Oh, kemasukan pelarian Rohingya perlu dihadkan utk mengelak kebanjiran warga asing serta kemungkinan penularan penyakit berjangkit. Apa kata anda? Sertai pol & kongsi pendapat….

      0

      0
      • Kisah Pulak Aku says:

        isu kata dirisik istana kelantan dulu….apa dah jadi? kena reject erk?

        0

        0
        • Hummmm says:

          x jadi la tu. kalau x, mesti dah low profile.. senyap.
          mcm fazura dulu gak la. kejap menyepi.
          lepas kena reject, terus keluar balik.

          0

          0
        • Jemah says:

          retis mana boleh jadi sultanah. sekali orang korek gambar lama2 yg seksi-meksi tu…habislah reputasi negeri dan institusi raja. jadi no 2 boleh la kot. opssss.

          0

          0
        • si pengacau says:

          “Kalau saya menjawab, nafi atau sebaliknya, pasti akan jadi cerita lain pula. Jadi lebih baik saya diam.”

          Diam?… Abis statement kat atas tu ape?… Diamlah sgt…

          0

          0
        • Umno No.1 says:

          Ini semua poyo…

          Aku dengar cita neelofa sebenarnya bercinta dengan rani kulop..

          0

          0
      • Aku Pun X Paham says:

        terus terang aku meluat dgn hans isaac tu. kalau betul2 dia nk kawen…dah lama dia kawin dgn si erra dan ella dulu. lepas ni jangan la ada artis2 yg berkepit dgn si mamat tu. reputasi jadi busuk. berhati-hatilah.

        0

        0
      • Anonymous says:

        pelarian rohingya tu sebenarnya ada dalang. sama mcm pendatang2 bangladesh. agen2 kat sana menipu nak duit. cakap malaysia ni byk kerja. lepas naik boat, setiba je di malaysia terus agen2 ambik buat hamba dan kuli. immegren kita pulak lemah. habislah negara.

        0

        0
      • Insan biasa says:

        Knp nk stop warga rohingya semata2 kerana mereka berpenyakit. Jika kita pejam mata sahaja kes ni menjawabla kita kt akhirat nanti. Contohilah Turki. Ini isu kemanusian & cuba bayangkan if kita kt tempat kanak2 n wanita rohingya 2?? Sebagai saudara Islam kita wajib membantu disaat mereka memerlukan perlindungan & bantuan. Berperikemanusianla sikit.

        0

        0
    • Cikgu XYZ says:

      kesian, nama dah busuk sebab bekas hans isaac….orang geli. jauhkan diri anda dengan player tua ituh.

      0

      0
  2. melati says:

    komen saya ..kalau jantan tua ader Duit boleh dikatergori Handsome gak….tapi jantan tua berlagak tapi habuk jer ader di katergori Kerbau kena cucuk Hidung..hehehe

    0

    0
  3. nok gebuzzz says:

    lofa nak cari pasangan mesti yg lebih kaya dari dia…kalau pendapatan suami lebih rendah nnty masalah akan dtg..baik dia pke masak2 dulu tok masa depan

    0

    0
  4. Bukan senang jadi orang cantik..

    0

    0
  5. abam sado says:

    cepat2 kahwin neelofa, awk pun bkn muda lagi.. dapat anak nti pasti comel.. jangan cari org tua…

    0

    0
  6. perasan cantik says:

    hotel cameron??

    0

    0
  7. macam2 says:

    orang cantik, lawa, kaya macam lopa ni pun susah nak kawin apetah lagi aku.

    0

    0
  8. Serina Floriance says:

    xpyh kawin la lopa….membujang smpai tua.memilih sgt..atau ko cari je bangla2 yg kaya.

    0

    0
  9. dina says:

    x habis2 nak kutuk lofa.
    dah wartawan tanya dia jawab lah.
    skurang2nye dia xde la couple dgn anak raja n perasan jd princess.
    or buat album walaupun suara ke laut!

    0

    0
  10. Anonymous says:

    zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz

    0

    0