Written by AbangNara | June 12th, 2015

Neelofa adalah seorang selebriti yang amat pandai berniaga. Antara perniagaan yang diceburi oleh Neelofa ialah jubah, contact lens, dan tudung. Malah disebabkan perniagaan yang semakin berkembang maju, kelibat Neelofa di dalam drama dan filem juga semakin jarang kelihatan. Tumpuan Neelofa lebih kepada perniagaannya. Senang cakap, Neelofa hari ini lebih kepada ‘businesswoman’ berbanding ‘actress’. Amboi speaking.

neelofa

Satu ketika dahulu pernah kecoh apabila ada dakwaan Neelofa meniru rekaan tudung syarikat lain untuk dijadikan miliknya. Namun dakwaan tersebut senyap begitu sahaja. Kini dengan populariti tudung Naelofar yang semakin menggila, semakin banyak tudung ciplak yang menyerupai rekaan tudung Naelofar itu muncul di pasaran. Ini semua asam garam dunia perniagaan. Kata Neelofa:-

Bisnes tudung saya ini masih baru. Selepas empat bulan beroperasi, Zalora menawarkan kerjasama ini. Asalnya saya mahu jual jubah, namun apabila tudung mendapat sambutan luar biasa, ada baiknya saya fokus pada pengeluaran tudung saja.

Saya gembira dengan penerimaan orang ramai terhadap Naelofar, malah ada beberapa pihak menciplak rekaan saya. Ada pasukan yang memantau dan mencari siapa yang menciplak tudung saya. Perkara sebegini sukar dikawal dan jika mereka melakukan lebih daripada jang­kaan, saya tidak boleh berbuat apa-apa.

Bagi saya apa yang penting tindakan mereka itu sedikit pun tidak menjejaskan periuk nasi saya. Saya pun malas ambil pusing kerana banyak lagi perkara lain hendak difikirkan.

neelofa

Apabila sesuatu perkara menjadi fenomena dan popular, ia adalah perkara biasa untuk diciplak oleh orang lain. Anggaplah ini sebagai satu ujian dan cabaran dunia perniagaan. Tak perlu cepat melatah. Terima ia sebagai satu cabaran untuk memikirkan cara pemasaran yang lebih bagus. Buat peminat tudung Naelofar, anda kini boleh mendapatkannya di laman web www.zalora.com.my. Silalah cepat sebelum stok habis. Selamat membeli!!!

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

27 responses to Neelofa Malas Ambil Pusing Rekaan Tudungnya Diciplak

  1. cik tata says:

    1 tudung neelofar boleh beli 5 tudung bawal.
    1 tudung adi juma boleh beli 8 tudung bawal
    dan 1 tudung fareeda boleh beli 15 tudung bawal.
    The bottom line is kegunaannya masih sama, menutup aurat. So, why bother pakai tudung mahal kalau fungsi masih sama.

    0

    0
    • Anonymous says:

      Tudung aidijuma tu bukan bawal ka cek oi? Tudung aidijuma rm10 pun dah dapat. Kau ghasee? Tak pernah beli letewww

      0

      0
      • Tudung Biru says:

        Saya pengguna tegar tudung Aidijuma, memang murah dan berbaloi. Mmg ada yg mahal2, tapi yang rm10 pun dah cukup sedap and cantik, serious

        0

        0
        • Anonymous says:

          Neelofa xboleh la bising bile org tiru design die…sebab waktu mula2 nk bertapak dlu, die pun curi rekaan Sastra hijab. Beli banyak2 then tibe2 kuar rekaan serupa…kifarah la kan.

          0

          0
        • Kiah Kongo says:

          iPhone pun kena ciplak…inikan pulak tudung.

          0

          0
    • tudung saji pun boleh... says:

      eee…peliklah aku.aku tengok semua tudung sama jer…sapa ciplak sapa pun aku tak tau.lain lah buat tudung ada kelopak bunga ke, ada sayap cam burung ke, ada ekor cam kucing ker…tau gak ada design tersendiri.

      0

      0
    • miss lollipop says:

      yes tudung fareeda ori mmg mahal, tapi helloooo cik tata, lain kali buat kajian dulu tulis, aidiljuma white label rm10 je eh…, tudung bawal apa yg awak boleh beli sampai 8 tu..??? nak tau gak

      0

      0
    • lopakair says:

      Mestila dia tak kisah sbb dia pun mnciplak tudung org

      0

      0
    • azreen says:

      Tudung bawal pun ada jugak yang mahal giler..sampai seratus lebih satu…apa lu citer beb

      0

      0
  2. Anonymous says:

    tudung singkat,

    0

    0
  3. Anonymous says:

    dia pun tiru tdung org huhuuuuu.. ala skrg tdung tiruan ni blambak2 kt pasar mlm.. on9 pun.. larat ke nk pntau.. xpe la rzeki msing2 kn..

    0

    0
  4. Anonymous says:

    tudung adijuma rm10 dan yg paling mahail rm33.. kalau nak komen buat research dulu dik. jgn nk hentam kromo ja. 8 helai tudung bawal? awat tudung bawal rm1.50 ka . bingai

    0

    0
  5. Bohsia says:

    inilah muslim zaman sekarang, bab tudung untuk tutup aurat pun nak gaduh2 saper lagi mahal sapa lagi cantik… patutnya pakai tudung untuk lebih humble.

    0

    0
  6. miss opppssss says:

    tudung aidijuma yg bley beli smpi 8 bawal tuh mungkin maksud dia yg design oldseason yg harga boleh cecah rm400 selai………

    0

    0
  7. CC says:

    Bawal exclusive pun mahal apa… Ada sampai mencecah rm3ribu..

    0

    0
  8. Anonymous says:

    Minah Kelantan yg sorang ni aku suka…
    Cantik… berbakat. Otak business.

    0

    0
  9. fuiyoo says:

    Aku tak kesah la tudung neelofar ke adijuma ke.dh tuan punye tudung memang dah cun,pakai tudung kain batik pun cun jugak.yg penting menutup aurat & cara korang bawak diri tu.even tudung korang harga rm10 tp sejuk je mata nengok,bg aku tu paling mahal!

    0

    0
  10. hattap says:

    bukan ke dulu ada kecoh minah ni sebenarnya yg menciplak tudung rekaan orang? pastu dia buat bodoh jer bila orang tanya. biasa la tu fesyen industri nih mmg penuh ciplak dan cetak rompak dan cedok idea orang..jovian relaks jer jakel tiru baju dia.

    0

    0
  11. Anonymous says:

    neelofa,i love u.

    0

    0
  12. tijah says:

    plagiat

    0

    0
  13. melati says:

    Tak tik lama …..dh barang tak laku, kater org tiru….hehehe..ni taktik zaman takder Google lew ..menggong sekarang ni org buka google jer 1 satu boleh tgk Tudung camner nk …kt Indonesia tu byk yg cantik2…Neeflora gi terjun KLCC tu..hahaha

    0

    0
    • pening says:

      aku rase ko ni x pki tudung or x up to date psl tudung…tudung naelofar ni cpt gile sold out kot.brebot org nk beli evn 2nd hand laku lg.myb sbb design die simple sweet sng matching n snang pakai. fareeda tu mahal n sarat. aidijuma pn murah n ok.tp sbb bawal so amik mase pakai.neelofa ni bijak.die tau zmn skrg org nk cpt so die buat tudung instant.ditambah ngn die pakai tudung die time meletop n drama yg die blakon so org teringin nk pakai gk. aku bkn dealer tudung eh.aku beli je.tp tu yg aku nmpk.ko sile la terjun klcc pulak.kui3.

      0

      0
  14. mojo says:

    Kau reka spender je.susah nak nampak yg ciplak.Tudung je kot.dah berlambak2 kot.

    0

    0
  15. mak jemmmsss says:

    Hurm..kbtulan aku beli kt Vietnam baru sehelai RM 15 tudung naelofar ni.. mmg sejibik ori siap tag besi… xcaye try kome pegi sana… klo beli yg sejibik mcm RM15 tu..kt sini jual RM50.. bleh dpt 3 helai tu.. rakyat skrg prefer yg murah mmndgkan kekangan ekonomi yg xtertanggung.

    0

    0
    • azreen says:

      kos untuk ke vietnam tu plak???

      0

      0
      • mak jemmmsss says:

        xde la skali pegi beli sehelai je mmg le xbebaloi…. klo pegi urusan bsness or jln2 alg2 bleh la beli skali 50 lai trus…klo xnk g kirim je la kt sesape yg pegi.. kn senang.

        0

        0
    • adaakukesah says:

      haah yelah..aku baru balik dari vietnam seyes tkejut siap ada goldtag besi tu sebijik mcm ori…kemain kakak aku borong semua kaler siap beli borong nak jual kat kawan2 dia..aku x beli laa, pakai bawal je senang..tapi yang kaler hijau dalam gamabr atas sekali tu ade iras sugarscarf versi zalora cuma depan tu je lain..yg sama tang bunga2 kat bawah tu..

      0

      0