Written by Bella | June 23rd, 2016

Neelofa adalah contoh selebriti yang cukup aktif dalam bidang perniagaan, untung sebanyak RM50 juta hanya dengan jualan Naelofar Hijab , kini Neelofa melangkah lagi membina empayarnya apabila melancarkan beg tangan dengan jenamanya sendiri. Wah!

Dikenali dengan jenama Neelofa Handbag,  peminat tegar Neelofa sudah boleh mendapatkan beg tangan berkenaan  dengan harga bermula dari RM122.65 sehingga RM 169.82 .

Kami rasa produk keluaran Neelofa ini memang akan mendapat sambutan yang cukup hangat. Siapa tahu  ia boleh beri persaingan kepada jenama-jenama besar lain. Lepas ini, ramailah yang bergaya dengan Neelofa Handbag pada hari raya nanti.

Strategi perniagaan Neelofa cukup bagus. Kata orang selagi nama masih popular, gunakan kesempatan itu untuk berniaga. Hehe..

69 responses to Neelofa Kini Keluarkan Beg Tangan Jenama Sendiri

  1. N says:

    bise jerrrr…

    0

    0
    • Baby Jane says:

      HARGA HANDBAG LOFA NI TAK SESUAI LA UNTUK SEBUAH HANDBAG YANG DI PERBUAT DARIPADA 100% POLYURETHANE. HANDBAG JENIS NI RM50/60 JE. BAIK BELI HANDBAG LEATHER SEPERTI TORY BURCH, COACH, LONGCHAMP, MICHEAL KORS. TAHAN BERTAHUN. TAMBAH BEBERAPA RATUS JE DAPAT HANDBAG TAHAN LAMA. BERBALOI.

      BUKAN NAK LINGKUPKAN BUSINESS LOFA YE ITS JUST MY 2 CENT.

      0

      0
      • Pekerja Gomen says:

        Baby Jane,

        Nama-nama seperti Coach, Longchamp and Michael Kors tu ko tau tak harga dia berapa? Ke ko pakai agak2 aje harga. Lebih baik beli handbag leather seperti…… ecehhh…. boleh dapat jenama tu dengan harga RM122.65 – RM169.82

        Material ni yang dia guna ni lebih kurang material yg digunakan certain handbag dari Jenama Carlo Rino, Elle, Sembonia…. dan pada aku price dia still in range.

        0

        0
        • Pekerja Swasta says:

          Pelik betul…
          Aku kerja dalam sektor korporat… dalam kompeni aku aku ada beratus wanita korporat dengan pendapat sederhana dan tinggi. Ramai diantara kami yang pakai Neelofar Hijab, tak ada plak antara kami yang jenis mengutuk kawan pakai NH. Cuma tanya opinion tu biasa la.. “Kain ok tak? Senang seterika tak?” Apa yang aku nampak… pertambahan wanita2 dalam kompeni ni yg pakai NH because they satisfied with the material and knitted quality. Money is not a problem, they are more than afford to buy more expensive tudung than NH. Tp NH menepati citarasa dan kehendak mereka, plus, marketing strategy dowang. Itu antara benda yg aku nampak penyumbang kepada NH.

          Now, keluar handbag. Tak nak komen ttg quality because quality only can be determined through times. Barang pun baru keluar, tak adil nak hentam tanpa cuba. Kalau tak nak beli, jgn buruk sangka kat produk dia. Aku suka ada banyak melayu berjaya… melayu kaya… mcm DSV, Terlajak Laris, whatsoever (walaupun kadang2 ada yg over)…. lahirlah lagi ramai melayu kaya agar boleh buka mata orang tertentu bahawa..
          bukan semua melayu masih tidur, bukan semua melayu masih penuh hasad dengki dan masih di takuk lama menoropong kuman di sebarang sungai.

          0

          0
        • Sam says:

          Aku pon suka tengok melayu kaya. Tapi ada beza antara melayu kaya sebab products memang berkualiti/ada value-add dengan yang kaya sebab pandai mengambil kesempatan aja, tapi product so-so. Yang bab category mana si Lopa ni plak aku xnak comment, sebab aku pon x pernah beli barang dia.

          0

          0
      • Anonymous says:

        baby jane bangang..mungkin dia tgk hrga yg gred kot..
        dia igt long champ tu, tory burch dpt ke 50-60.
        bangang abadi

        0

        0
        • BABY JANE says:

          Pekerja Gomen,

          AKU BARU JE BELI TORY BURCH YORK SMALL TOTE BAG KAT REEBONZ RM750. HARGA ASAL RM1400. KEBETULAN REEBONZ ADA SALES LOLLL. SAFFIANO LEATHER YE BUKAN HANDBAG GRED AAA YANG MACAM KAU PAKAI TU LOLLLLL.

          AKU TAK LA BODOH TAK TAHU MANA SATU ORI OR CIPLAK. COACH & MK AKU TU DAH LEBIH 5 TAHUN AKU PAKAI MASIH ELOK LAGI. SANGAT PUAS HATI. BUKAN NAK BERLAGAK SEBAB DULU PUN AKU PAKAI HANDBAG MURAH SEPERTI VINCCI, CHARLES & KEITH, POLO ETC.. SAKIT HATI PAKAI TAK SAMPAI SETAHUN DAH ROSAK. SEBAB TU AKU SANGGUP TAMBAH BEBERAPA RATUS UNTUK BELI DESIGNER BAG TAPI TAHAN LAMA HATI PUN TAK SAKIT WEI. OH YE AKU BELI TIME ADA SALES. JADI LA PENGGUNA BIJAK LOLLLLL.

          ANON 11.53 AM,

          AKU TAK CAKAP LONGCHAMP TU HARGA 50/60. AKU CAKAP 50/60 TU SESUAI UNTUK HANDBAG LOFA. BAIK KAU TUKAR CERMIN MATA KAU TU. KOT2 DEGREE KAU DAH SAMPAI 850 LOLLLL.

          LONGCHAMP TU HARGA RM300 PUN ADA JUAL. KAU BELI YANG LONGCHAMP LE PLIAGE (NYLON/LEATHER). RINGAN JE LOLLLL.

          FIDO DIDO,

          KAU TAK PERNAH BELI HANDBAG ONLINE DIRECT FROM US KE? HARGA MURAH BERBANDING HARGA DI MALAYSIA. KADANG AKU SURUH KAWAN AKU BELI BILA DIA BERCUTI KAT OVERSEAS LOLLLLLLL.

          p.s. pendapat aku je. pelik korang ni butthurt. ok la malas nak layan orang bodoh sombong macam korang ni. BACA KOMEN KORANG BERTIGA NI AKU DAH BOLEH AGAK MENTALITY KORANG NI MACAM MANA HAHAHAHA!!

          0

          0
      • Fido Dido says:

        Sadis aku tgk Baby Jane ni. Sila simpan ckit kebengongan tu. Handbag coach tambah bp ratus je? Price Lofa tu ikutkan ok la. Charles & keith pun kemain mahal dah skrg. Sian ko ni kan, mesti tak pernah tau price original handbag2 yg ko mention tu. Komen ko tu grade 1 sen.

        0

        0
      • Kaki window shopping says:

        Okla tuh material PU harga 100++. Kalo PVC baru ye sesuai 50-60.

        0

        0
    • Anonymous says:

      menggelupur masing2..nak beli beli je..xnak xyh beli.
      berani jamin..yg gred A pn korg xmampu..
      haha..ntah pape..igt bln pose xde dengki2..setan bsarang rupanya dlm badan

      0

      0
  2. melati says:

    Wow …lepas ni jgn Ciplak yerrr..!!!.nanti Neelopak serbu..!!..hahahaahaha..nanti lepas ni mesti kuar kenyataan kata untung Juta2 dlm sehari….kikiki

    0

    0
  3. Anonymous says:

    harganya mak aii..lebih baik g beli brand yang dah establish..carlo rino, charles keith, polo dan banyak lagi brand yg blg dapat dgn RM120-RM160 tu..dahla design pn biasa je..kalu design ni dia nk registered aku xtahu la nak cakap apa

    0

    0
    • Anonymous says:

      setuju..harga x munasabah..sekarang nie dah jadi trend artis keluarkan produk seumpama ini dengan harga yg tidak munasabah..aduhai..
      so sesiapa yang rasa berbaloi untuk beli silakan..yang rasa sebaliknya tengok aje gelagat deme2..

      0

      0
  4. Mind U..... says:

    kalau dah bole market tudung kat luar negeri..
    kenapa tak market kat shopping mall..
    kita tengok siapa yg be…li hehehhe!!!

    0

    0
  5. Anonymous says:

    Alhamdulillah. Teruskan usaha. Semoga berjaya.

    0

    0
  6. eja says:

    hehehe…you all dalam diam nanti beli juge kan? kan? dont worry neelofa, saya selalu doakan semoga cik adik berjaya dunia & akhirat…amin..

    0

    0
  7. huh says:

    maaf katalah yer..

    if you all rajin survey harga beg tangan..even bila ada sale..rm300 bolh dpt 50%-70%..lgi cantik.
    beg tangan vincci & bata jauh lebih cantik. yg dia tu biasa2 saja.
    boleh dpt dgn harga rm50-rm80..bukan mahal mcm tu.

    jadilah pemerhati yg sejati…jangan kita buta fesyen.

    0

    0
    • kendall jenner says:

      design biase je yg lofa tu, rege kemain, jual brand kot yela retis faling fofuler, baek ak beli vincci je dr beg lofa tu

      0

      0
    • Anonymous says:

      true..mind set kenala tukar..barang2 yang jual kat butik2 tu bukan semuanya ribu riban kecuali le ko masuk butik LV, coach, gucci yang memang org dpt agak harga brg dengan tengok suasana dlm butik tu..tp kebanyakan orang bila tengok kita pakai barang branded skt je mesti cakap huiyooo banyak duit pdhlnya seratus lebih dh blh dapat

      0

      0
  8. Anonymous says:

    Sebulan Simpan rm169 tu klau 10 bln hakak dh dpt coach. Taknak la Jenama Naelofar

    0

    0
    • Anonymous says:

      Itu awak punya hak. Tapi ingat , jenama COACH bukan milik org ISLAM.

      0

      0
      • Anonymous says:

        kalu camtu anon 2.45 jom kita beli vincci..vincci milik orang islam..murah lagi cantik..hehehe

        0

        0
        • Anonymous says:

          Vincci pun bkan punya org Islam.

          0

          0
        • Anonymous says:

          pandainya cakap vincci bukan orang islam..adikku..vincci under al bukhary ye..tahu x sapa tu al bukhary?

          0

          0
        • jemah jomblo says:

          VIncci under PADINI.

          Chairman, Tuan Haji Said Bin Mohamed Yasin, (Independent Non-Executive), Managing Director Mr.Yong Pang Chaun (Founder), DirectorsMun Yee Ho, Company Secretary
          Fong Ying Tam, Company Secretary

          Kerat jarilah, chariman tu cuma boneka. nama pun independent. tepa kapiaq punya. tp ahkak pakai je dik, sokonglah jenama malaysia!

          0

          0
    • Anonymous says:

      Tak nak……sudah. Org lain nak beli….

      0

      0
  9. Kupu-kupu Emas says:

    Ayat semua mcm nk melingkupkan bisness org je.. Xpuasa ke? Cara ckp penuh dgn busuk hati mcm org xpuasa… Beg charles n keith dan vincci tu ingat bagus sgt ke? Xberapa lama je kulit dia dah terkopek2… Tp, sbb ada nama, design cantik n harga ok org beli gak..Aku xberniat nk jatuhkan mn2 brand tp cara korg ckp mcm brand2 lain tu hebat sgt xde kekurangannya.. Kasi chance laa Naelofa nk berniaga… Mn tau kualiti beg dia lg bagus…Klo rasa mahal xyah beli…senang…jaga skit mulut n jari2 tu..Xyah buat dosa free…Korg suka ke klo korg berniaga, belum pape2 org da dtg kutuk2? Jd jgn kaco periuk nasi org lain…

    0

    0
    • Anonymous says:

      bukan xnak support tapi pelik le kan..vincci tu under padini & padini tu al bukhary yang punya..blh le plak al bukhary bt produk lg lawa dgn harga lg murah..oppss biasala al bukhary kan suka buat kebajikan..ni pn ssama melayu xkn xnak bt kebajikan kan..letak harga barang pikir nk untongg jer

      **rasulullah bt bisnes pn xde untong..jujur lg brg xelok bgtau xelok..kebanyakan islam hr ni ada aku kesah janji aku KAYA

      0

      0
      • jemah jomblo says:

        Padini bukan lagi milik beliau kerana beliau telah pun menjual sahamnya.

        Dah lama da dik…

        0

        0
      • hazlanithnin says:

        Adoiiii..byk bunyik lak..suka beli..tak suka sudah..tkyah la kondem pniagaan org oi..suka hati dia la nak letak rege bape pun.. klo ko rasa bbaloi, beli..tak bbaloi, takyah la beli.. serabutnya manusia camni..

        0

        0
  10. missv says:

    nmpk cikai je…bek tambah sikit duit beli leather yg lg femes…ko buat tudung je la lofa…

    0

    0
  11. Anonymous says:

    tak payah beli lahh..beli yang ori terus berbaloi gitu…

    0

    0
    • Anonymous says:

      Takya beli ko punya hal. Tapi aku suka sbab ada sentimental value. Go Neelofa!!!!

      0

      0
      • Rina says:

        Poyonya sampai sentimental value. Nak muntah fans over mcm ni

        0

        0
        • mak hausss nyahhh says:

          sentimental value kononnn…
          baru lima bulan pakai.. beg dah mengelupas haus tali
          hausssssssssssssssss dekkkkkkkkkkk

          0

          0
  12. lola says:

    mcm design zmn p.ramlee la lofa…sendu la…idea sape la gagal total ni..takat beg bentuk semi bulat kaler cenggitu blambak kt funfair..

    0

    0
  13. Youlin says:

    Ramai jugak orang ade PHD dalam blog ni.. setiap kali baca comment, most of the same ppl akan kutuk apa saja yg artis2 ni buat..apa u guys ni perfect sangat? u guys ni hebat? hmm.. mesti korang akan jawab… “aku ni xder la perfect sgt.. xder la hebat sgt…. tapi bla bla bla… ”
    Itu tanda korang rase diri korang bagus sgt..
    Kalau tak nak beli.. just go ahead. semua orang bukan taste mcm korang2 yang “hebat2 & branded2” .. kenapa mesti nak kutuk orang lain..
    Lofa galak simpan duit..simpan harta, simpan pahala.. korang?
    KEsian aku tengok budak2 baru nak up kat sini.. kerja nk abiskan masa .. abiskan duit mak bapak…life sendiri? ntah2 ke laut..
    hah mesti ko nak kate aku suku sakat neelofa kan.. sori..

    Orang luar always positif to everybody..always support each other…
    orang melayu kini? kutuk sana kutuk sini… sampai biler nak maju ? setakat duduk Bandar, pakai headphone, surf internet, caci sana caci sini life tu dah rasa diri hebat and bole kutuk ape jer korang nak?

    0

    0
  14. Miss Fake says:

    jap jap, kenapa henbeg tuh mcm zaman2 mak2 kita dulu?????
    dah kenapa taste no ni lopak oi?

    0

    0
  15. Anonymous says:

    Hok aloh…napo x lawo design beg tgn tu…

    0

    0
  16. CIKNURRIE says:

    elok la. die jual beg harga camtu. beg hermes LV yg dia pakai tu PALING MURAH HARGA rm 10ribu RM50 ribu pon dekat.bagus sangat sapa beli beg lofa nih!

    0

    0
  17. Kiki fatmala says:

    Nama collection pehh…. Bianca, Gia …. Standard Italy tu nk kelasssss kan ko ni.So make sure quality pun setaraf international klu x wat ketawa dek org jek!! Apape pun gudluck sbb berjaya cari penbaharuan dlm bidang perniagaan. Retis skrg ni klu x tudung…jamu, alat pemutih kulit, perapat wanita dan seangkatan dgnnya. Muak!!

    0

    0
  18. Jiji says:

    belila beg lofa..lofa nak beli beg branded pulak
    semoga muraj rezki

    0

    0
  19. Anonymous says:

    Vincci mmg x bgus dikk.. akk beli..blum pkai dh kopak sana sini.. klu nk yg sgt berkualiti tp middle range (bukan ribu riban mcm burberry, coach). Beli lh jenama guy lorache. Akk pkai dh 2 tahun leather asli.. hrga dlm rm600 sbb ad sale.

    0

    0
    • Anonymous says:

      kak..memang le kopak..nak compare pure leather memang le bertahun boleh pakai tapi harga pn beratus la..kalu setakat 200 kebawah tu dapat campuran leather jela..jgn le estimate beli beg kulit harga rm60 tapi tahan btahun kecuali le pvc

      0

      0
      • Anonymous says:

        Mksud akk..klu adik spend rm60 pakai sebulan trus kopak2 n kena beli baru buat ap.. baik beli yg mahal..tp xdela smpai ribu riban.. beli sekali..pastu tahan bertahun tahun. Tu bru a good value for money.. thts why some people dont mind spending.. tp make sure pakailah klu dh beli mahal2.. klu x membazir aja..

        0

        0
        • BABY JANE says:

          SAMA LA KAK SY PUN BELI LEATHER. DULU PAKAI HANDBAG MURAH ASYIK ROSAK JE. SAKIT HATI. LEPAS BELI LEATHER BARU TAHU KENAPA ORANG SANGGUP BAYAR MAHAL. SEBAB KUALITI TU JAUH BEZA DENGAN YANG MURAH. NAK PAKAI HANDBAG MURAH TAK SALAH PUN TAPI KALAU KITA ADA DUIT LEBIH APA SALAHNYA BELI HANDBAG YANG TAHAN BERTAHUN.

          0

          0
  20. Anonymous says:

    Copycat la lofa ni. Org jual bag, dia sibuk jual gak hahaha. Nak tiru vivy yusof ni ada line bag. Sofina tu jauh lebih cantik la lofa. Sorryyy

    0

    0
  21. ajan says:

    ada lagi satu strategi…..iaitu CIPLAK DESIGN popular orang lain lepas tu kata design itu belum ada sapa sapa patenkan…..eh

    0

    0
  22. bella says:

    Urmmmm x cntik design nd harga pom x cntik,baik beli carlo rino,charles n keith.ak beli sembonia rm 159 je kat sogo..sales…

    0

    0
  23. begpulak says:

    de ke org nak beli????????xnak aku..byk lg beg jenama

    0

    0
  24. MELAYU ITU HATI BUSUK says:

    Jadi melayu, tolonglah bersangka baik. Klu tak tahu cara mcm mana nak jadikan barang tu ready made into product, jgn la suka kecam sngt. Simpan sombong, dengki, and kurang pandai tu. Ni sama la kes contoh nak cantik tapi harga murah. Duduk luar negeri sana, bag yg korang duk pakai yg dikata luar negeri tu murah ja dekat negara dia org. Berbaloi dgn currency dia org. Masuk sini korang kata mahal tu sbb barang berjenama, bahan2 yg berkualiti. Kelakar.. try duduk satu meja dgn designer, marketing, or find and working with a manufacturer. Jangan sembang harga or survey. Berbaloi dgn usaha kerja dan lain2 utk dpt untung. Tahu beli saja tak guna klu tak tahu mcm mana cara benda tu dibuat.

    Orang melayu pndi ckp ja, buat sendiri tgk.

    0

    0
    • Anonymous says:

      mereka anak beranak pakai LV uolsss

      korang ajak anak beranak korang beli handbag lopak sebab korang baik dn hebat dlm bersangka baik

      0

      0
  25. Lisa says:

    Kalau aku nak belanja besar untuk beg tangan hanya SATU jenama…Radley. Tapi kat Msia tak popular sangat. Beautifully simple and practical design. Radley and Radley only.

    0

    0
  26. Mak iti says:

    Nak beli..

    0

    0
  27. Sam says:

    Tapi yang kelakor sekali, korang beli bag dia ni, last skali handbags like LV, Chanel, Prada jugak yg dia pakaii. Kome rasa dia akan masuk majlis, jenjalan kat Pavilion or Paris even, akan pakai bag dia ni ke? Hahahaha. Baikla korang top up sikit duit beli Sembonia ke Carlo Rino (which is boleh tahan la), stakat design and material bag dia ni, banyak lagi tempat boleh dapat. Jangan kerana retis yang jual korang jadi taksub. Jadilah pengguna yg bijak.

    0

    0
    • mas says:

      betoi ape ko ckp sam…aku duk perati peminat fanatik artis2 ni gigih melabur duit kt produk keluaran artis2 ni..baju, skincare product etc…design biasa, material murah tp harga melampau…agak2 artis tu pakai ke produk die mcm skin care etc? diorg guna duit korg labur tu g beli sk11 lancome bagai….diorg sendiri pn xyakin ngn produk diorg

      0

      0
  28. Tak lama besok bangkrup says:

    Ramai berniaga hanya untuk lunaskan hutang yang bertimbun dan memenuhi nafsu nak bermewah-mewah sahaja…nak bantu , bantu melayu yg terang-terangan pakai kereta buruk, rumah sempit, anak ramai dan berniaga dikaki lima, melayu yg OKU, warga tua, bukan orang yang terang-terangan menunjuk kemewahan, bila ditegur kita yang dimarah…lagi satu ayat empayar, payau bunyi nya. Empayau.

    0

    0