Neelofa Kini Bertudung Sepenuhnya?

Hiburan

Neelofa Kini Bertudung Sepenuhnya?

Sesungguhnya Ramadhan itu memang penuh keberkatan. “Screenshot’ perbualan yang dikongsikan oleh Annas Easkey antara dirinya dan Neelofa ternyata menarik perhatian. Kesimpulan yang Abang Nara dapat lakukan selepas membaca mesej-mesej tersebut ialah Neelofa kini sudah pun bertudung sepenuhnya. Dalam erti kata lain, Neelofa sudah berhijab dan menutup aurat seperti yang dituntut oleh Islam.

neelofa bertudung sepenuhnya

Advertisement

Namun begitu, berdasarkan pemerhatian Abang Nara, masih tiada pengumuman rasmi daripada Neelofa mengenai penghijrahan ini. Jadi boleh dikatakan kebenaran berita baik ini adalah samar-samar. Namun Abang Nara pasti Neelofa tidak akan biarkan kita tertunggu-tunggu. Pastinya para peminat Neelofa akan teruja dengan berita gembira ini.

neelofa bertudung sepenuhnya

Sebelum ini Neelofa seringkali dikritik oleh segelintir pihak apabila dilihat menjual tudung, jubah dan pakaian muslimah namun dirinya sendiri tidak menutup aurat. Abang Nara yakin sedikit sebanyak pembabitan Neelofa dalam penjualan pakaian muslimah telah memberi impak kepada dirinya. Sama-samalah kita nantikan kebenaran penghijrahan ini.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...