Written by Bella | August 18th, 2015

Pelakon lelaki baharu yang mempunyai badan sasa dan pernah di gosipkan mempunyai hubungan istimewa bersama aktres Izreen Azminda iaitu Nazrief Nazri  telah dikritik oleh ramai pihak apabila tampil memperagakan pakaian dalam lelaki.

Sedar akan perkara tersebut yang semakin hangat apabila foto-foto beliau memakai seluar dalam tersebar di Internet, Nazrief mengakui ia satu tindakan yang salah dan menjelaskan pada waktu itu beliau terpaksa menuruti pemintaan penganjur kerana enggan menjejaskan acara peragaan fesyen yang sedang berlangsung.

Sejujurnya, saya mengakui bahawa gambar tersebut adalah gambar saya sekitar tiga tahun lalu sebelum menceburkan diri dalam bidang seni. Saya menaiki bas dari Lumut ke Kuala Lumpur semata-mata untuk menerima tawaran itu dan setibanya di lokasi, saya sangat terkejut apabila pihak pengurusan acara mahu saya menggayakan koleksi pakaian dalam lelaki.

Dalam waktu sama, saya tidak mahu merosakkan majlis itu dan bertekad ini adalah acara pertama dan terakhir yang saya lakukan.

Nazrief turut memberitahu beliau terlalu mentah ketika membuat keputusan untuk menerima tawaran tersebut dan tidak pernah memikirkan kesan masa panjang terhadap kariernya yang baru sahaja ingin bermula.

Saya akui ketika itu masih mentah dan tidak tahu selok belok dalam industri sehingga menuruti sahaja permintaan mereka biarpun berasa sangat tidak berpuas hati.

Ia juga peringatan kepada bakat-bakat baru yang ingin menceburkan diri dalam bidang seni supaya meneliti sebarang tawaran di mana tidak bercanggah dengan sensitiviti orang Timur dan masyarakat di Malaysia serta agama Islam khususnya.

Baru sahaja ingin menapak dalam dunia hiburan timbul pula foto-foto panas beliau tetapi kita tidak boleh menghukum Nazrief Nazri atas kesilapan lalunya siapa yang tidak pernah ada kisah silam yang buruk bukan? Berilah beliau sedikit peluang untuk membuktikan bakat beliau yang ada.

Sumber Berita: mStar Online

13 responses to Nazrief Nazri Akui Kesilapan Gayakan Pakaian Dalam Lelaki

  1. Anonymous says:

    Muka makcik gayah…. peh…

    0

    0
    • Anonymous says:

      mang ai jename ape..CK? RENOMA? uhuhuhu

      0

      0
      • Ishhhh ... says:

        Wow … pesen show gayah gayah ke ?
        Ngeri nanti Allah turunkan bala lg besar mcm kaum sodom Nabi Luth ….
        Nauzubillah min zalik …
        Moge kaum LGBT muslim balik ke Jalan Allah swt … Di beri Hidayah dan Keampunan. Aameen.

        0

        0
      • glupglup says:

        jenama andrew christian

        0

        0
    • macik aku kilang duit raya says:

      Gayahnye yg baju putih tu. Mcm nyonya tengah bergossip.

      0

      0
  2. Lara says:

    Beckham sangat.

    0

    0
  3. minah jambu says:

    ape salah Nye pakai seluar dalam lelaki aje pe ! bukan Nye pakai seluar dalam pompan kena pakai kotex !! itu pon nk di jadi kan isu macm siak !!

    0

    0
    • Anonymous says:

      yg macam siak tu kau!

      0

      0
    • cikkilata says:

      Abg Nara post gambar satu ni je… Cuba ko tgk gambar dia yg lain dalam forum cari… Mmg merecik mamat2 chinese yg ala2 gay tgk dia posing pakai seluar dalam… dah la tmpt mcm dalam parti or club je…

      0

      0
  4. mawar says:

    mcm buat show utk party gay jer…yg dtg tgk pun dh tau lelaki2 gay yg kegersangan tunggu masa nak terkam ..aummmm

    0

    0
  5. Her Ladyship says:

    tipah tertipu…. berlakon watak ” lelaki pilihan” wanita, tak sangka pulak kat luar Beckham wannabe….. jgn tiru dia bro…. Tatoo satu badan… Nauzubillah..!!!

    0

    0
  6. diva says:

    mana pergi semua pegawai2 agama?? Kalau perempuan Islam berbikini bukan main lagi tak boleh haram bagai..tapi lelaki Islam berseluar dalam aja dibenarkan…

    0

    0
  7. maira says:

    ‘Saya akui ketika itu masih mentah dan tidak tahu selok belok dalam industri sehingga menuruti sahaja permintaan mereka biarpun berasa sangat tidak berpuas hati.’
    klu x puas hati nape x tolak je. tak rugi pon. tgk skrg dh malu.

    0

    0