Written by AbangNara | March 16th, 2015

Sebenarnya sehingga ke hari ini tidak diketahui apakah penyakit yang dihidapi oleh Nazim Othman. Ketumbuhan di otak adalah sekadar andaian daripada para peminat yang melihat keputusan MRI scan Nazim Othman. Empunya badan pula mengambil keputusan untuk berdiam diri dan tidak mahu membuat sebarang pengesahan. Namun menerusi satu gambar, dilihat Nazim Othman telah berterima kasih kepada para doktor bedah dan jururawat.

nazim othman Malah ada komen daripada peminat yang menyatakan mereka melihat Nazim Othman di HUKM. Mungkinkah Nazim telah menjalani pembedahan untuk membuang ketumbuhan otaknya? Atau mungkin Nazim ada menjalani pemeriksaan yang lain? Adakah pembedahan tersebut berjalan lancar dan berjaya? Apa kata doktor? Kesemua persoalan ini hanya boleh dijawab oleh Nazim sahaja.
nazim othman

Abang Nara berharap satu hari nanti Nazim Othman akan sudi berkongsi penderitaan dan kesakitan yang dialaminya bersama para peminat. Masih ramai yang tertanya-tanya dan diselubungi misteri. Semoga satu hari nanti terbuka hati untuk bercerita.

nazim othman

Apa pun, sama-samalah kita doakan agar Nazim Othman diberikan kesihatan tubuh badan. Kalau betul dah jalani pembedahan, semoga semakin sihat selepas ini. Banyakkan berehat dan jangan buat kerja keras sangat.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

22 responses to Nazim Othman Selamat Jalani Pembedahan Untuk Ketumbuhan Di Otaknya?

  1. anon says:

    Harap cepat sembuh…..

    0

    0
    • Insyallah says:

      Rasanya ni mcm tumor dlm kepala. Sama kes dgn pelakon Bollywood Hitrik Royshan. Pernah baca. Doakan dia cepat sembuh. Ameen.

      0

      0
      • sekadar berkongsi says:

        Setiap doa kita yg bersungguh-sungguh Allah SWT akan kabulkan.
        Bahkan, doa kita utk org lain juga Allah SWT akan kabulkan. Bukan itu sahaja, kalau kita doakan org lain, malaikat akan doakan utk kita. Doa itu percuma n banyak hikmahnya. Good luck Nazim. Semoga dipermudahkan. Allah SWT itu pemurah ya.

        0

        0
  2. akak lock stereng says:

    mcm batak perhatian.klu xnk bgtau org xpayah nk post2 bagai.dok dediam sudeyyy..

    0

    0
    • Zaiz says:

      mungkin dia tak nak peminat tertanya-tanya. ko yg batak ko cakap orang plak. suka hati dia lah nk post apa pun. ko sibuk pehal. annoying betul keyboard warrior cam kau.

      0

      0
    • miss lollipop says:

      walaupun dia taknak direct dia sakit apa.. tapi dia perlukan doa.. doa2 org muslim.. moga makbul doa2 kita yg mendoakan dia cepat sembuh…dia dah cukup stress dgn sakit dia, cukup la, krg dia direct ko kata dia tagih simpati pulak.. ko sakit kepala sikit pun dah merekot atas katil, pastu ada hati nak komen org membatak pulak kan..

      aku rasa ko yg batak perhatian.. kalau nak suruh org dok diam2 sudah, ko tu yg kena dok diam2 tak yah komen wahai akak stereng lock..

      0

      0
      • Besah says:

        setuju sis. kekadang sedih masuk sini. konon islam tapi teruk sgt komen mereka disini. malu nak mengaku umat. apa salahnya jadi baik. bukan kena duit.

        0

        0
  3. poyos la says:

    motif update status yg ala2 misteri nusantara utk pe??seeker attention??klu x sedia nk share baek xpyh share ape2..da share biler peminat tnye diam mcm batak like plk..klu betul2 sakit doakn smga cpt sembut klu x sakit smga cpt sembuh jgk..ermmm artis sendu pn ad org follow..oopsss

    0

    0
    • wahai manusiam says:

      “Tidak ada seorang muslim pun yang mendoakan kebaikan bagi saudaranya (sesama muslim), tanpa sepengetahuannya, melainkan malaikat akan berkata, “Dan bagimu juga kebaikan yang sama.” (Hadis Riwayat Muslim No. 4912)

      0

      0
      • .... says:

        Tak perlu kedekut untuk berdoa kepada orang lain walaupun kepada orang yang kita tidak senangi. Mungkin dengan doa kita dia dapat berubah.

        0

        0
    • marikh says:

      sebab dia jahil dalam penyakitnya. dia x mahu orang lain mati atas kejahilan ini. dia minta kita berfikir membantu dia melepasi kejahilan tersebut. Tidak semua pembaca boleh terima keadaan dia. tetapi terima kasih atasnya berkongsi sesuatu yang kita perlu “minda” untuk membantu dia. Kerna Aku, dia dan kamu bukan malaikat…apatah lagi tuhan. kerana kita adalah hamba yang daif sifatnya.

      0

      0
    • emy says:

      attention seeker. bukan seeker attention. agak2 lah nak komen in english. bahasa melayu pun tak betul.

      baek = baik
      biler = bila

      mind your language please.

      0

      0
  4. shaaa says:

    Harap cepat sembuh…..kalau artis sakit tak nak pulak orang seponser…

    0

    0
  5. weng weng says:

    untung .dapat tahu bila agak agak nak mati..boleh cepat bertaubat!

    0

    0
  6. Think positif says:

    penyakit- penghapus segala dosa kecil.

    0

    0
  7. Hida says:

    betul dia berubat dkt hukm. kalau tgk instagram dia lebih 5 org dah ckp nampak dia dkt sane. and in fact nampak bella dally dkt surau..

    doakan la dia. attention seeker apenye. biarla dia nak share dgn peminat2 dia. bukan dia share gmbr dia atas katil ke apa.

    0

    0
    • Anonymous says:

      yes…refer to hukm..doakan yg baik2…smoga cpt sembuh…may b uolls perlu tahu a patient need privacy…xperlu hebohkan sakit apa…just fans doakan yg terbaik utk dia…

      0

      0
  8. Aku BukanKau says:

    Apa pun.. Semoga cepat sembuh… Semoga sentiasa di dalam Rahmat Allah didunia dan akhirat…

    0

    0
  9. ANOY says:

    berterima kasih pd surgeon x bermaksud beliau da di bedah…
    b4 pembedahan mmg akn sllu ade follow up dr pakar penyakit tersebut juga dr pakar bedah dr dept SOPD

    0

    0
  10. anon says:

    nayh cukup2 lah nyah we dont care hokkayyyy!!!!!!!!!!!

    0

    0