Written by Bella | May 20th, 2016

Mendapat tempat terakhir dalam program nyanyian Gempak Superstar baru-baru ini, ada pihak yang mendakwa Nazim Othman terlalu kecewa sehingga tidak hadir pada sidang media yang diadakan selepas konsert akhir program tersebut.

Walaubagaimanapun, Nazim menafikan spekulasi berkenaan dan beliau berniat mahu pihak media fokus pada juaranya sahaja.

Itu sekadar spekulasi. Lagipun sidang media diadakan sebaik sahaja program tamat. Sekiranya saya dapat tempat kedua sekalipun, saya tetap tidak akan hadir ke sidang media itu. Biarlah keutamaan diberikan kepada juara. Pasti ada banyak soalan yang ingin diajukan kepada pemenang utama, jadi saya dahulukan dia.

Nazim tidak mencemburui rakan-rakan beliau yang lain, cuma kecewa dengan dirinya sendiri atas kekalahannya.  Menurut Nazim beliau sudah menghancurkan harapan peminat yang melabur wang untuk mengundi beliau.

Ya, saya kecewa kerana kekalahan saya menghancurkan harapan peminat yang menyokong dan melabur wang untuk mengundi saya hingga ke minggu final.

Saya kalah tetapi masih menang di hati peminat yang tidak berhenti memberi sokongan moral selepas keputusan diumumkan. Itu sudah cukup melegakan perasaan. Jadi saya bersyukur.

Kalah atau menang bukan ukuran untuk menilai bakat nyanyian seseorang, lagipun malam itu Nazim Othman sudah buat yang terbaik cuma bukan rezeki beliau untuk menang. Siapa tahu, selepas ini ada peluang lain untuk Nazim ceburi bidang nyanyian?

Sumber Berita : Harian Metro

29 responses to Nazim Othman Nafi Tidak Hadir Sidang Media Gempak Superstar Kerana Kecewa

  1. Zasss says:

    Kenapa la makin lama makin ‘gayah’ rupa ko ni nazim oiii!

    0

    0
  2. Aku says:

    Ahh sudah la kau pondan bajet Korea.

    0

    0
  3. Orang tengah says:

    Kalah dgn c arja tu, ofcos ler x kuasa nk hadir. Ko ghase???

    0

    0
  4. Anonymous says:

    Hidung dia ni asli ke tidak…macam dah sumbat filler je ??

    0

    0
  5. Anonymous says:

    Assalamualaikum abg Nara.saya harap abg nara kurangkan iklan atau cube post secara ok kerana saya terpksa bukak blog abg lebih 50 kali dan yang keluar iklan2 yang saya tak clicking lgsg pun.saya faham abg bergantung rezeki dengan iklan.tapi jgnlah smpai menggangu permandangan fans abg ye.my 2 cents je.hope bole di letakkan iklan tanpa saya clicking iklan tu sbb saya Nk baca yang terkini sahaja.terima kasih Dan hargai jasa abg Nara.salam..

    0

    0
  6. Linzy Longkang says:

    kenape mekap tebal sgt nokkkk

    0

    0
  7. noni says:

    betul la tu..sensitif sangat!be professional la..

    0

    0
  8. Kak pamoga gagah says:

    Sentappp la Tu kalah… kann ajett2 hot msti ddah feeling juara gitewww… tp Mmg dia poyo..

    0

    0
  9. Anonymous says:

    ehhhhh…nape makin lama aku nengok si nazim ni makin mcm bapok pn ad…geli plk aku nengok..makin menjadi plk bla pandai ckp korea..muka nk ikut ala2 mcm korea la tu…tpi hakikatnya ke laut..wat bella..nengok tunang awak ni skg ap dh jadi..

    0

    0
  10. jambu gayah says:

    dia bukan kpop. dia bugis-pop.

    0

    0
  11. anonym says:

    pondan tak mengaku

    0

    0
  12. chetaktaulah says:

    makin nak dekat kawin..
    penampilan… luar dari biasa
    jadi sampai..
    yg “tak ada pengantin lelaki”..
    sebab org keliru…

    0

    0
  13. anon says:

    Betol ke mamat ni nak kawen, jgn2 nak cover line je. Yelah tengok dia pun rasa scary…..mekap tebal nak mampus. Dia ni minat ke kat perempuan…….lain mcm je..

    0

    0
  14. Sutun says:

    Bella Dally, dah pikir abis -abis ke??? Ke memang niat kamu kengkununnya nak membetulkan lelaki gayah?? Tak payohlah Bella, nanti merana hidup ko je..

    0

    0
  15. Anonymous says:

    kehomoseksualan nya terserlah gitu….

    0

    0