Written by Bella | February 2nd, 2016

Pernah memberitahu bakal berkahwin sekitar bulan Mac depan, namun perancangan mereka bertukar selepas  Nas-T mengesahkan beliau sebenarnya sudah bernikah dengan model dan juga selebriti Instagram, Atita Haris pada hari Jumaat minggu lepas.

Namun, buat masa ini Nas-T masih belum boleh mendedahkan butiran selanjutnya dan bakal mengadakan satu sidang media khas pada hari Rabu ini bagi menjawab segala persoalan dan gosip.

Benar saya dan Atita sudah bernikah Jumaat lalu. Tetapi saya tidak boleh jelaskan dengan lebih terperinci mengenai perkara ini. Tunggu sidang media nanti.

Jelas Nas-T beliau tidak pernah mahu merahsiakan perkahwinan beliau dan kalau boleh mahu semua pihak termasuk media mengetahui tentang berita tersebut pada sidang media khas tersebut.

Kalau boleh saya mahu semua orang mendapat berita ini serentak untuk berlaku adil.

Khabar angin Nas-T dan Atita yang sudah berkahwin mula tersebar di media social sejak semalam. Malah, pelakon itu juga telah mengubah status hubungan di akaun Facebook kepada sudah berkahwin.

Berbicara mengenai perkenalan mereka, Nas-T bertemu dengan Atita pada majlis rumah terbuka Aidilfitri tahun lalu selepas bekerja dalam satu syarikat yang sama. Majikan mereka mencadangkan mereka untuk berkenalan memandangkan kedua-duanya solo.

Dah kahwin rupanya Nas-T dan Atita, ermm benda baik buat apa hendak sembunyi kalau beritahu orang ramai tarikh sebenar anda bernikah pun apa salahnya. Bukannya orang hendak mengutuk  tetapi ingin mendoakan kebahagiaan anda berdua. Tidak apalah, kita tunggu sahaja penjelasan mereka berdua pada sidang media khas nanti.

Sumber Berita: mStar Online

22 responses to Nas-T Sahkan Sudah Bernikah Dengan Atita Haris Jumaat Lepas

  1. IKAN LAMPAM says:

    TAHNIAH

    0

    0
  2. Spice Girl says:

    Tahniah dan semoga berkekalan sehingga akhir hayat

    0

    0
  3. Anonymous says:

    aik sgt cepat & tiba2 je.
    ade ape2 ke??

    0

    0
    • miss kepah says:

      takde pape..benda baik bagus dipercepatkan…tak pyh fkir banyak sangatlah bak kata fynn jamal.

      0

      0
  4. nok gebuzzz says:

    kalau betul bagus la…..
    suka tgk anak atita comel betul

    0

    0
  5. JAIS says:

    kena tangkap khalwat la tu. takde angin takde ribut tup2 nikah senyap2. kawan saya kerja JAIS.

    0

    0
  6. kak mah says:

    iye tak iye jugak. kalau fikir logik macam logik jugak tekaan kau ni JAIS. musykil2!

    0

    0
  7. miss kepah says:

    nak tau apa yg lagi logik. avatar jais n kak mah sama lah..kantoi manusia yang sama..gigihnya nk sebarkan fitnah kahkahkah

    0

    0
    • kak mah says:

      lepas tu avatar bobo, texas chicken dgn nok gebuzzz ni tak sama pulak? kenapa semua komen lain2 nama pulak? haha!

      0

      0
      • peminat amran says:

        sesiapa sahaja yang tak letak email address memang avatar dia akan jadi cam boboi, texas chic tu…kalau letak email yang sama, avatar akan sama gak…kalau nk menyamar leh letak email lain lah yer….tak lah kantoi…huhuhu

        0

        0
  8. bobo says:

    lol

    0

    0
  9. kak mah says:

    avatar spice girl, texas chicken, bobo, nok gebuzzz tu pun tak sama ke? gigih nak komen puji2 tita tapi orang yang sama je rupanya :-p

    0

    0
  10. Anonymous says:

    korang semua sama je lah! entah2 yang dok rajin komen kat sini semua orang yang sama! hahahaha! konon2 nak tunjuk haters ramai. rupanya orang yang sama. patutlah modal komen sama je mengutuk fynn jamal.takde modal baru ke korang? ;)

    0

    0
    • QAA5534M says:

      setakat jam 5.40pm 02.02.16 ni aku belum tengok mana2 komen yang haters ataupun kutuk fynn jamal? ada ke?? ker aku terlepas pandang. hahaha apa pun tahniah atita haris dan suami….barakallah…

      0

      0
  11. Beep Beep says:

    fuhh .. dah hebat Atita Haris .. dulu masa sekolah tak sangka dia akan jadi fofuler .. apa apa pun , tahniah ..

    0

    0
  12. ikan lampam says:

    aik fofular ker??tp..xlah serantau asia…kenal dia…tp..dia cantiklah

    0

    0
  13. Anonymous says:

    Dia kahwin atas permintaan dan restu keluarga kedua pihak..tiada tangkapan basah ke kering ke khalwat ke…pergi la cek dengan JAIS ke JAWI ke…memang takde kes..kencing kuat la sekor hantu ni…elok la fitnah…dapat dosa free..esok kat padang masyar merangkak la cari dia orang ek…hihihih…

    0

    0
  14. suka suka says:

    Dia kahwin atas permintaan dan restu keluarga kedua pihak..tiada tangkapan basah ke kering ke khalwat ke…pergi la cek dengan JAIS ke JAWI ke…memang takde kes..kencing kuat la sekor hantu ni…elok la fitnah…dapat dosa free..esok kat padang masyar merangkak la cari dia orang ek…hihihih…

    0

    0
  15. JAWI says:

    dah tu post laa gambar nikah. baru boleh tutup mulut orang.sure or not nak suruh check kat JAIS or JAWI ni? takut terbuka aib je :-)

    0

    0
  16. bedah says:

    masih menunggu statement dari dorang. kata buat sidang media today. mana?mana?mana?

    0

    0