Nas-T Akui Sedang Rapat Dengan Atita Haris

Hiburan

Nas-T Akui Sedang Rapat Dengan Atita Haris

Pernah bercinta dengan aktres Nabila Huda tetapi hubungan mereka tidak berpanjangan, kini Nas- T dikatakan sedang rapat dengan model yang cukup terkenal di Instagram iaitu Atita Haris. Kenal kan? Alaa yang dahulu pernah jadi biras Fynn Jamal dan ada anak kecil comel Opie.

Advertisement

Dalam kenyataan kepada Mangga Online, Nas-T akui beliau dan Atita mempunyai hubungan yang cukup rapat kerana bernaung dibawah satu syarikat yang sama.

Saya dan Atita mula kenal rapat kerana kami di bawah syarikat yang sama. Dia menguruskan perniagaan tudung dan saya pula menjaga bahagian duta produk. Apabila dah kenal saya rasa boleh serasi dengan dia.

Kalau ada yang mengatakan kami bercinta, terpulanglah… sebab setiap individu punya hak untuk menilai. Saya tidak mahu beri komen tentang cinta. Sebagai manusia, kita sememangnya digalakkan untuk berkawan dengan ramai orang.

Berbicara jika beliau teringin untuk bercinta kembali, Nas-T tidak nafikan beliau ingin mencari pengganti selepas gagal dalam percintaan sebelum ini. Namun, buat masa ini beliau tidak mahu terlalu memikirkan hal tersebut dan menyerahkan segalanya kepada takdir.

Memanglah teringin untuk mencari pengganti. Tidak ada siapa yang mahu hidup keseorangan. Saya tidak mahu terlalu mencari cinta kerana takut nanti kecewa lagi. Hanya berserah pada rezeki saya di masa akan datang.

Nas-T dan Atita jika mereka rapat pun tidak semestinya mereka harus bercinta bukan. Walaupun kami akui ada kalanya nak jugak tengok anak kecil Atita, Opie mendapatkan perhatian seorang ayah setiap masa kalau boleh. Hurm..

Sumber Berita: Mangga Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...