Written by AbangNara | May 31st, 2017

Maldives. Menyebut nama kepulauan ini, sudah terbayang kecantikan pantai, keseronokan ber”snorkeling”, keunikan batu karang dan macam-macam lagi. Orang kata, sekali dalam seumur hidup, wajib jejakkan kaki ke Maldives kerana di situlah syurga dunia. Baru-baru ini, salah seorang penulis BeautifulNara telah pun diberi peluang untuk meneroka Maldives bersama AirAsia.  Jadi izinkan kami berkongsi sedikit sebanyak tips, pengalaman dan nasihat untuk anda yang bercadang terbang ke sana selepas Aidilfitri kelak.

18740081_299901073792612_2635508957197149590_n

Hari Pertama di Maldives

Penerbangan ke Maldives dengan menaiki pesawat AirAsia dari KLIA2. Penerbangan secara terus dari Kuala Lumpur ke Maldives memang ada. Kami cadangkan untuk membuat tempahan tiket semasa promosi. Harga yang ditawarkan memang kaw-kaw murah. Sebagai contoh, penerbangan pergi balik dari Kuala Lumpur ke Maldives bersama AirAsia hanya RM599. Memang berbaloi-baloi dan murah sangat-sangat. kan?

Tempoh penerbangan dari Kuala Lumpur ke Maldives sekitar 3 jam 45 minit. Nilai tukaran wang mereka berbeza sikit. Dinasihatkan agar menukar  duit Malaysia ke USD siap-siap untuk perbelanjaan ketika berada di Maldives. Untuk makluman, Ringgit Malaysia (RM) tidak dapat ditukar kepada matawang Malvides iaitu Maldivian rufiyaa (MVR).

Perkara pertama yang anda harus lakukan apabila tiba di Maldives ialah membeli sim kad Internet. Hidup tanpa Internet memang boleh stress lebih-lebih lagi jika anda mahu berkongsi detik-detik indah di Maldives menerusi laman sosial ketika berada di sana. Nasihat kami, jangan buat roaming kerana mahal. Nanti terkejut pulak tengok bil. Lebih berbaloi untuk membeli sim kad tempatan. Pembelian boleh dilakukan apabila tiba di Male.

Persoalan yang bermain di kepala ketika membeli sim kad tempatan ialah mana satu yang mempunyai internet laju. Kami menggunakan data dari Dhiraguu. Internetnya pantas mencapai kelajuan 4G. Memang laju. Pakej internet yang ada dari 5GB, 8GB dan 15GB. Kalau korang berada di Maldives sekitar 4/5 hari, data 5GB atau 8GB dah cukup banyak.

Selepas selesai urusan membeli sim kad Internet, kami terus bergerak ke hotel budget di Hulhumale. Tak jauh mana pun dari lapangan terbang ke Hulmale iaitu hanya mengambil masa selama 10 minit sahaja. Nama hotel tempat kami bermalam ialah Dream Relax Hotel.

Kebiasaannya pihak hotel akan ambil pelancong di lapangan terbang dan terus membawa ke tempat penginapan. Kos bermalam di Dream Relax Hotel ini USD60(RM270) untuk 1 malam. Selesai sahaja check in, kami terus menjamu selera. Jangan risau, di Maldives makanan semuanya halal kerana ia adalah sebuah negara Islam. Makan malam adalah sekitar USD5 (RM22.50).

Hari Kedua Di Maldives

Hari yang ditunggu-tunggu tiba jua. Di hari kedua ini, kami bergerak ke destinasi berikutnya untuk menikmati keindahan negara Maldives. Sebelum meneruskan perjalanan yang cukup panjang, sarapan pagi wajib diambil. Nanti kelaparan pula dalam perjalanan. Sarapan adalah percuma je sebab dah termasuk sekali dengan kos penginapan. Destinasi kami pada hari kedua ini adalah Rashdoo Island.

18620041_299902713792448_990012963697350987_n

Untuk ke Rashdoo Island, kami telah menggunakan speed boat. Kos sekali naik speed boat ni adalah USD40 (RM180) seorang. Sebagai altenatif lain, boleh juga naik public ferry namun ia akan memakan masa yang panjang. Kos untuk public ferry pula ialah USD3 (RM12.83) sehala. Tempoh perjalanan dari lapangan terbang hingga ke Rashdoo Island ialah 1 jam. Dalam perjalanan memang boleh terlena dibuatnya kerana angin yang sepoi-sepoi bahasa.

collage_bn2


Sampai sahaja di Rashdoo Island, kami terus check in di Hotel Holiday Garden Rashdoo. Kosnya ialah USD70 (RM315) untuk satu malam. Untuk makluman, kos makan tengah hari tidak termasuk jadi kenalah sediakan kira-kira USD10(RM45) seorang untuk menjamu selera. Hotelnya memang cantik, selesa dan berbaloi-baloi dengan harga. Sesuai sangat untuk pasangan suami isteri berbulan madu di sini.

collage_bn3

Selesai check in dan berehat sebentar, kami kemudiaannya telah menaiki bot untuk ke Sandbank. Sandbank cukup terkenal sebagai tempat mandi manda yang ekslusif. Antara aktiviti lain yang boleh dilakukan di Sandbank ialah snorkelling dan melihat matahari tenggelam pada lewat petang. Kos untuk aktiviti ini dalam USD15 (RM67.50) seorang.

18670977_299902870459099_864531205470666357_n

Kalau dah tiba di Maldives dan tak lakukan snorkeling, memang tak lengkap percutian anda. Jangan risau sekiranya anda tidak tahu bersnorkeling. Akan ada sesi pembelajaran khas untuk anda. Anda pasti akan terkesima dan kagum dengan keindahan Maldives ketika bersnorkeling. Airnya amat jernih, ikannya banyak dan batu karangnya semua cantik-cantik. Sekejap je masa berlalu sehingga anda rasa tidak puas bersnorkeling.

Hari Ketiga Di Maldives

Di hari ketiga, kami bangun pagi dengan penuh rasa semangat kerana tidak sabar untuk meneroka keindahan dan keunikan Maldives yang seterusnya. Selesai bersarapan (percuma termasuk harga bilik), kami berjalan-jalan di sekitar Rashdoo Island untuk melihat gaya hidup penduduk di sini. Memang unik dan menarik sangat-sangat.

collage_bn

Macam-macam kemudahan asas ada seperti hospital, bank, balai polis dan sekolah ada di Rashdoo Island. Cukup sempurna kemudahan yang ada termasuklah kedai runcit. Kebanyakannya barang yang dijual kat sini adalah sama seperti di Malaysia. Cuma harganya agak mahal sikit.

18447252_296302317485821_5651882483815759082_n

Selesai berjalan-jalan di sekitar Rashdoo Island, kami kemudiannya check in di Rashdoo Shallow Lagoon. Tak jauh sangat dari hotel sebelum ini, hanya dalam 100 meter sahaja jaraknya.  Kos bermalam disini berharga USD70 (RM315) semalam. Selesai check ini, kami bersiap-sedia untuk melakukan snorkeling safari. TBezanya snorkelling safari ini dengan snorkeling biasa ialah kami  boleh ke tengah-tengah lautan biru Maldives. Macam-macam hidupan laut dapat dilihat dengan lebih dekat dan jelas. Jika bernasib baik, dapatlah tengok penyu besar.

collage_bn4

Bila dah seronok sangat buat aktiviti tengok hidupan laut dalam, perut dah tentu rasa lapar. Kami kemudiannya pulang ke hotel untuk menikmati makan tengah hari. Kos dalam USD10(RM45) seorang. Di sini ada Sun Desk, Boleh berenang ke Sun Desk untuk mengambil gambar. Airnya setakat paras dada je jadi tak perlu risau lemas. Tak pandai berenang pun boleh.

OI000018

Jika cuaca baik, boleh tengok ikan lumba-lumba berenang di depan mata dan menikmati sunset cruise. Harga untuk kedua-duanya adalah dalam USD55 (RM247.50) seorang. Nasihat kami, alang-alang dah sampai Maldives, silalah gunakan kesempatan yang ada untuk merasai pengalaman yang tidak boleh anda perolehi di tempat lain ini. Memang ia akan jadi pengalaman terindah dalam hidup anda.

Hari Terakhir Di Maldives

Selepas bersarapan, kami meneruskan aktiviti dengan berenang di tepi pantai. Ada juga yang melakukan aktiviti snorkeling lagi sekali. Memang kami menikmati sepuas hati percutian kali ini di Maldives. Bukan senang nak dapat peluang sebegini. Terima kasih kepada AirAsia kerana sudi menerbangkan kami ke kepulauan syurga ini.

Selesai melakukan aktiviti air, kami pun pulang ke hotel untuk menikmati makan tengah hari dengan kos USD10(RM45). Kemudian kami kemaskan barang-barang dan mengambil speed boat untuk kemabli semula ke Male City. Kos untuk speed boat ialah USD40(RM180) seorang.

collage_bn5
Setibanya di Male City, kami diberi peluang untuk melawat tempat Seaplan beroperasi dan jalan-jalan tempat menarik di Hulhumale. Rugi datang jauh sekiranya anda tidak melihat keunikan bandar Maldives. Di sini, kami menikmati suasana bandar dan melawat bangunan-bangunan bersejarah seperti Grand Friday Mosque, National Museum, Jumhooree Maidan dan Fish Market. Dah puas pusing keliling bandar Maldives, kami singgah makan malam di restauran Male.

Walau sekadar makan burger ayam, dagingnya segar dan kenyal. Kenyang perut! Kos makan malam kat sini dalam USD20(RM90) seorang. Berbaloi dengan kualiti makanan. Selesai je makan malam, kami beramai-ramai ke lapangan terbang ambil penerbangan pulang ke Malaysia bersama AirAsia. Walaupun sangat penat, namun ini adalah percutian terbaik yang pernah kami nikmati. Maldives memang sangat-sangat cantik, sangat-sangat unik dan sangat-sangat wajib dilawati oleh setiap manusia di muka bumi ini.

Pada anda  yang belum lagi datang ke Maldives, jika ada kesempatan waktu atau rezeki yang lebih, boleh datang ke sini. Ambil masa untuk berehat seketika dari kesibukan bekerja. Bajet tidak sampai RM2,50 untuk seorang. Memang berbaloi-baloi sangat. Antara maklumat penting perlu tahu sebelum ke Maldives ialah:-

1. Waktu di Maldives 3 jam lewat berbanding waktu di Malaysia
2. Tukar matawang USD siap-siap. Sampai je airport Maldives, tukar terus ke matawang Rufia. Pastikan resit disimpan. So, boleh tukar balik ke USD sebelum balik ke Malaysia.
3. Sim data internet boleh beli di airport Maldives. Pilih kedai Dhiraguu. Network mantap 4G! Kat pulau nanti pun, boleh layari internet dengan senang hati.
4. Bila sampai di Guest House, jimatkan data internet korang tu. Gunakan internet percuma kat sana. Boleh tanya password. Diorang tak kedekut. Tanya baik-baiklah walaupun korang dah kepenatan. Hehe. Jadi, data internet tu boleh dijimatkan. Tak membazir.
5. Di Maldives, duit USD dan Rufiya sahaja yang diterima.
6. Di Guest House, korang akan dilayan seperti VIP. Orang disana memang peramah. Jadi bila orang dah berbudi, kita berbahasa.
7. Kebanyakannya fasih berbahasa inggeris. Tak perlu fluent sangat, tahu yang asas je pun da cukup.
8. Makanan di Guest House sangatlah healthy. Sepanjang admin berada disana, tiada jumpa pun makanan yang berminyak sangat. Kebanyakannya kering dan sihat. Antara makanan yang admin makan seperti roti,sosej,macaroni, nasi goreng, ikan tuna. Air lebih kepada jus namun dorang juga akan beri air mineral. Air mineral memang banyak dorang kasi. Ambil je.
9. Bila bersantai di Guest House, boleh minta coffee. Samaada Milk Coffee atau Black Coffee. Admin suka milk coffee. Sedap!
10. Setiap kali hidangan sarapan,makan tengah hari dan makan malam, akan disediakan sekali buah sebagai pencuci mulut. Bestkan? Hehe.
11. Jika nak ke Maldives, terutamanya ke Rashdoo Island, tempahan perlu dibuat sekurang-kurangnya 2bulan awal kerana memang ramai pelancong datang ke sana.
12. Seeloknya dari Malaysia, korang buat tempahan siap-siap. Beritahu berapa pax yang nak datang. Aktiviti pula boleh pilih secara “customize”. Pembayaran boleh dibuat sejurus sampai kesana.

Di bawah ini kami sediakan rujukan pada yang bercadang datang ke Maldives. Boleh hubungi mereka untuk membuat sebarang tempahan atau pertanyaan lanjut mengenai pakej-pakej yang ada.

Terima kasih diucapkan kepada pihak Maldives Getaways sebab membantu menguruskan penginapan sepanjang berada di Rashdoo Island. Layanan memang terbaik! Paling penting, jangan lupa untuk terbang ke Maldives bersama AirAsia secara terus. Tiket penerbangan pergi balik bermula dari RM599 sahaja. Memang berbaloi-baloi dan jimat sangat-sangat. Selamat bercuti diucapkan!!!

TAGS:
PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

8 responses to Nak Terbang Ke Maldives Selepas Raya? Ini Beberapa Perkara Yang Wajib Anda Tahu

  1. backpacker says:

    jadual air asia x mesra pengguna. tiba di male waktu malam. kebanyakkan hotel xde bot…service boat xde waktu malam. terpaksa bermalam di male. rugi kt situ satu malam…besok baru bertolak awal pagi. :(

    6

    0
    • Pramugari says:

      Setuju. Kalau pergi Maldives setakat nak duduk hotel murah dik baik pergi Redang, Langkawi atau Perhentian. Maldives… percutiaan utk orang2 kaya yg mahukan privasi atau honeymoon. Kalau anda tak suka snokelling atau diving..lupakan.

      6

      0
    • Anonymous says:

      maldives kalau makan kt hotel….siap la duit….. menu paling murah 40-70 ringgit bang.

      4

      0
  2. Anonymous says:

    perlu diingatkan…book hotel berserta package full-board/ all -inclusive. di pulau2 kecil yg terpencil, makanan hotel “ala carte” mahal. mineral water saja dah rm 30. itu saja sya nak pesan supaya anda x tercekik. monsoon antara may-november. hati2 sebab kalau hujan korang stuck kt pulau tak boleh buat apa2 aktiviti..

    5

    0
  3. Anonymous says:

    musim hujan..patutla murah. jgn tetipu!!!

    6

    0
  4. Anonymous says:

    perkara wajib- sediakan duit. :)

    2

    0
  5. Anonymous says:

    member2 ckp klu hotel murah.. pantai dia kureng n air laut x kebiruan n makanan pun x berape sedap. x scantik hotel2 yg mahal…kt pulau persendirian.

    5

    0
  6. Anonymous says:

    setelah diconggak ..masih x mampooooo!!! :(

    3

    0

Leave a Comment

Optional