Written by AbangNara | May 23rd, 2011

Cuti sekolah dah nak dekat dan Abang Nara confirm ramai orang akan ambil kesempatan untuk melansungkan perkahwinan mereka pada cuti sekolah akan datang ni. Bila nak kahwin ni baru Abang Nara sedar bukan senang rupanya nak mendirikan masjid. Kena buat persediaan rapi fizikal dan mental. Kena la baca apa yang patut untuk lengkapkan ilmu kat dada bidang Abang Nara ni. Tapi korang jangan lupa untuk buat persediaan fizikal jugak. Abang Nara pun nak jadi tough macam Vin Diesel yang kacak dalam Fast 5 tue.

tajrii spa

Abang Nara selalu tiap-tiap petang bersenam untuk bagi ketul-ketul sikit badan ni. Selain itu, untuk membantu Abang Nara mencapai persediaan fizikal yang optimum, Abang Nara telah menghantar bakal pengantin perempuan Abang Nara ke TajriiSpa untuk rawatan BRIDE-TO-BE.

tajrii spa

Rawatan ni tak memerlukan korang pergi spa berminggu-minggu sebelum majlis tapi cukup setakat sekali pergi je sebab pakej lengkap BRIDE-TO-BE ni akan mengambil masa lebih kurang 6 jam untuk rawatan langkap seorang bakal pengantin. Antara rawatan dalam pakej ni termasuk body sauna, aromatherapy massage+ aromatherapy eye pillow, body scrub, mandian susu, facial, rawatan kuku tangan dan kaki (manicure dan pedicure).

tajriispa

Lepas tamat sesi rawatan, tunang Abang Nara tak habis-habis bercerita tentang rawatan TajriiSpa ni. Rawatan yang paling best katanya aromatherapy massage,body scrub dan mandian susu yang sememangnya rileks sebab dibuat oleh therapist terlatih. Selain itu katanya suasana di tajriispa memang santai dan pencahayaan lampu dan lilin yang romantik akan buatkan kita selesa dan kurang segan untuk membuat rawatan. Kulit badan pun nampak bersih dan lembut lepas rawatan, kata si tunang lagi.

tajrii spa

Selain itu, TajriiSpa adalah agent exclusive bagi produk berkualiti Pevonia dan menggunakannya untuk sesi rawatan di spa. Abang Nara difahamkan produk ni banyak digunakan di spa-spa hotel terkemuka seperti The Sompoton Spa, Hotel Nikko. Risau jugak Abang Nara dengan spa yang tak gunakan produk berkualiti takut nanti jadi lagi teruk lepas rawatan.

tajrii spa

Tengok saja muka ceria tunang Abang Nara lepas rawatan di TajriiSpa. Ada merah2 sikit tu adatla kalau buat facial tapi kalau tempat bagus macam spa ni dia akan kurangkan kesan merah-merah dengan penggunaan mesin khas. Jadi korang jangan tunggu sampai last minit baru nak pergi. Sila tempah awal-awal untuk appointment.

tajrii spa

Jadi untuk bakal-bakal pengantin perempuan khasnya, Abang Nara cadangkan korang buat rawatan yang sama sebagai persediaan menempuh perkahwinan. Untuk info lanjut tentang tajriispa boleh lawati laman www.tajriispa.com atau korang boleh lawati laman facebook dengan klik TajriiSpa untuk promosi menarik dari TajriiSpa.

7 responses to Nak Kahwin? Jom Buat Persiapan Fizikal Di Tajrii Spa

  1. Razer.SlaYeR says:

    ?????????????????????????????

    0

    0
  2. wan says:

    Wahhhhh. Bestnya

    0

    0
  3. test says:

    kenapa cam best je

    0

    0
  4. Siapkan mental dan fizikal.
    Jom kahwin, cri tips di blog saya :)

    0

    0
  5. Enemy~ says:

    CaNTIk nye ur tunang ~

    0

    0
  6. acne says:

    There are actually a lot of details like that to take into consideration. That is a great level to carry up. I offer the ideas above as basic inspiration however clearly there are questions just like the one you deliver up the place crucial factor will be working in honest good faith. I don?t know if finest practices have emerged round things like that, however I’m sure that your job is clearly identified as a fair game. Both girls and boys feel the influence of just a moment? pleasure, for the remainder of their lives.

    0

    0