Written by AbangNara | June 2nd, 2017

Masa mula-mula bekerja iaitu sekitar tahun 2008, Abang Nara ada sebuah kereta Myvi.
carsome

Banyak sungguh kenangan Abang Nara bersama Myvi hitam ini. Pergi dating pakai Myvi, balik kampung naik Myvi, eksiden pun dengan Myvi, buat susu anak dalam Myvi dan macam-macam lagilah. Namun jodoh Abang Nara dan Myvi hitam ini hanya bertahan selama 4 tahun. Sekitar tahun 2012, Abang Nara pun jual Myvi ini sebab dimurahkan rezeki untuk beli kereta yang lebih selesa.

carsome

kenangan buat susu dalam kereta Myvi. Banyak beb kenangan dengan kereta nie

Abang Nara masih ingat dengan jelas betapa susahnya proses menjual kereta Myvi kesayangan ini. Fuh. Macam-macam proses yang harus dilalui. Antaranya:-

1.Letak harga yang berpatutan & cari pembeli

Walaupun kereta Myvi menjadi rebutan ramai, Abang Nara tak boleh nak letakkan harga yang terlalu tinggi sebab takut tak ada orang nak beli. Tapi kalau murah sangat diri sendiri yang akan rugi. Kenalah rajinkan diri buat kajian. Lepas tetapkan harga, pembeli pula tak ada lah datang bergolek. Dekat 3-4 bulan jugak Abang Nara menunggu. Pedih hati sebab monthly installment tetap kena bayar selagi kereta tak terjual.

2.Tunggu bayaran & loan pembeli serta menukar ownership kereta

Apabila dah jumpa pembeli, bukan bermakna Abang Nara boleh menarik nafas lega. tapi itu bukan bermakna semuanya dah setel. First thing first kita kena ambil deposit dari dia. Lepas itu kena tunggu loan bank si pembeli diluluskan. Kalau tak lulus, kena mula dari first step balik. Kalau loan setel, masa untuk tukar ownership kereta. Yang nie paling leceh sebab kena ambil cuti untuk pergi ke JPJ dan bawak IC masing-masing, bawak geran kereta dan lakukan pertukaran ownership di sana.
carsome

Secara jujurnya, masa proses penjualan kereta Myvi ini, memang banyak masa, tenaga dan stress yang terhasil. Memang tekanan jiwa dibuatnya. Disebabkan Hari Raya Aidilfitri dah nak tiba tidak lama lagi, Abang Nara yakin ramai yang nak bergaya dengan kereta baru dan menjual kereta lama. Biasanya korang akan pergi buat “trade in” sebab mudah dan boleh dapat diskaun untuk kereta baru. Tetapi sebenarnya kita pun tahu yang kalau jual sendiri kereta tersebut akan dapat lebih banyak untung berbanding trade ini. Biasalah salesman pun nak cari makan. Diskaun yang diberikan pun bukanlah banyak sangat. Malah harga salesman beli kereta kita pun sebenarnya jauh lebih rendah kalau kita jual sendiri.carsome

Sebab itulah Abang Nara nak kenalkan Carsome kepada anda semua. Kalau trade in dengan dealer, apa harga yang dia offer, itulah yang anda kena terima sebab kita nak beli kereta dengan dia. Lagi satu kita tak tahu harga sebenar kereta yang nak dijual. Daripada korang trade in kereta dengan dealer, lebih baiklah jual kereta anda dengan Carsome kerana berkemungkinan besar akan dapat harga yang jauh lebih tinggi . iaitu sehingga 10%-20%. Duit lebih itu pula boleh digunakan sebagai downpayment untuk beli kereta baru. Best kan? Lagi best sebab proses penjualan kereta dengan Carsome pun teramatlah menjadi amat mudah dengan 4 langkah yang FAST, FAIR & FREE.

1. Dapatkan anggaran harga kereta anda dari Carsome

Tak payah nak pergi tanya orang, tak payah nak buat research, tak payah nak check harga kereta orang lain, korang cuma perlu isikan borang di bawah dengan maklumat kereta anda atau melayari laman web Carsome dan terus dapat anggaran harga kereta anda. Dalam masa 2 minit dah boleh setel.

2. Pergi buat inspection kereta

Setelah dapat harga anggaran, anda perlu membawa kereta ke pejabat Carsome untuk diperiksa sepenuhnya. Apabila selesai pemeriksaan, pihak Carsome akan bagi final offer untuk anda. Kalau anda puas hati dengan harga yang ditawarkan, anda terima. Kalau tak puas hati, boleh pergi ke langkah ketiga.

3. Buat bidding online (optional)

Kalau anda rasa tak puas hati dengan final offer dari pihak Carsome dan mahukan harga lebih tinggi untuk kereta, tak perlu risau sebab boleh buat bidding online di Carsome. Bidding ini akan berlangsung selama 3 jam di mana 600 certified car dealer akan menawarkan harga terbaik mereka untuk membeli kereta anda. Jangan risau sebab pihak Carsome akan menasihati anda bab meletakkan harga permulaan agar tidak terlalu rendah. Selepas bidding selesai, kalau anda gembira dengan harga yang ditawarkan, maka anda boleh menerima final offer tersebut.

4. Tukar ownership dan terima pembayaran

Bab nie Abang Nara paling suka dengan Carsome. Kita selaku penjual kereta tak payah fikir apa-apa. Segala pembayaran, paperwork, penukaran ownership akan diuruskan sepenuhnya oleh Carsome. Kita selaku penjual hanya perlu tersenyum riang apabila duit masuk dalam akaun bank. Mudah sangat-sangat. Tak payah pergi JPJ pun. Power kan?
carsome

Segala perkhidmatan yang disediakan oleh Carsome ini adalah PERCUMA, TRANSPARENT dan paling penting, berbaloi-baloi. Masa jimat, tenaga jimat, tak payah pening-pening kepala, tak payah berlari ke sana ke mari. Semuanya setel di satu tempat. Dah ramai dah yang menggunakan khidmat Carsome dan semuanya berpuas hati.
carsome

Kalaulah masa nak jual Myvi dulu Abang Nara tahu akan kewujudan Carsome, pasti Abang Nara akan menggunakan perkhidmatan mereka. Tak payah nak serabut kepala. Di masa hadapan kalau Abang Nara ada kereta nak jual , confirm Carsome akan menjadi laman web pertama Abang Nara lawati. Korang pun sila pastikan berbuat begitu. Senang, mudah, pantas dan percuma. Terima kasih Carsome atas perkhidmatan yang sangat awesome ini.

2 responses to Nak Jual Kereta Tapi Tak Nak Serabut Kepala? Ini Cara Paling Mudah, Pantas & Selamat Untuk Anda

Leave a Comment

Optional