Nak Eksport Produk Rekaan Anda? MATRADE Sedia Membantu!!!

Hiburan

Nak Eksport Produk Rekaan Anda? MATRADE Sedia Membantu!!!

Masa sekolah dulu bila belajar Geografi, antara perkara yang wajib dihafal ialah bahan eksport Malaysia ke luar negara. Ada kelapa sawit, getah, minyak, kraftangan dan macam-macam lagilah. Malaysia ini kira hebat juga sebenarnya bab eksport-eksport. Rasanya produk kita yang dijual di luar negara mencecah billion ringgit. Badan kerajaan yang bertanggungjawab untuk memastikan kejayaan ini tak lain tak bukan ialah MATRADE, yang juga merupakan agensi promosi perdagangan negara di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI)

matrade

Advertisement

MATRADE ini adalah singkat untuk Malaysia External Trade Development Corporation atau dalam Bahasa Malaysia, Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia. Pejabat MATRADE adalah dekat area Mont Kiara. Dekat-dekat dengan Masjid Wilayah Persekutuan, Bangunan Kehakiman dan Publika. Kalau korang lalu situ, mesti nampak bangunan MATRADE ini. Rekaannya memang unik!!

matrade

Seiring dengan pemodenan dan perubahan masa, MATRADE tidak lagi sekadar mengeskport barangan mentah seperti yang Abang Nara tulis tadi. Dah makin banyak kepelbagaian dah. Apa yang menarik tentang MATRADE ini ialah badan kerajaan ini akan membantu mana-mana syarikat yang mahu mengeksport produk mereka ke luar negara. Kalau anda seorang entertainer/penghibur/pereka fesyen dan mahukan bantuan menembusi pasaran Eropah, MATRADE sedia membantu anda. Dah banyak contoh mereka yang berjaya selepas dibantu oleh MATRADE tetapi ramai yang tidak tahu tentang ini.

matrade

Abang Nara tahu mesti ramai yang takut/blur/tak berkeyakinan untuk mengeskport produk ke luar negara kan? Jangan risau. MATRADE akan bantu anda daripada A to Z. Selain daripada menganjurkan pameran-pameran perdagangan, ramai yang tidak tahu yang MATRADE juga ada menyediakan program latihan, kursus untuk pengekport, bantuan eksport, maklumat dagangan dan macam-macam lagilah.

Yang lagi menarik MATRADE turut ada program khas untuk mengeksport seperti E-Trade, Go-Ex dan Youth Development Programmes. Asalkan produk anda berkualiti, Insya Allah MATRADE akan buat yang terbaik membantu anda. Semua info ini ada di laman web www.matrade.gov.my. Klik je boleh baca apa yang disediakan untuk anda yang berminat mengeksport barangan.

matrade

Abang Nara pun baru tahu yang MATRADE sering mengadakan pameran produk Malaysia di luar negara untuk menarik perhatian pelabur/pengguna di negara tersebut. MATRADE ada pergi Australia, German, UK, negara-negara ASEAN dan macam-macam lagilah tempat. Kalau produk anda bersesuaian dengan negara tersebut, bolehlah join sekali. Inilah salah satu cara MATRADE memberikan exposure kepada barangan buatan Malaysia.

matrade

pameran lukisan/kraf di Australia

Sebenarnya macam-macam lagi perkhidmatan yang disediakan oleh MATRADE kepada rakyat Malaysia. Kalau anda usahawan muda, ada forum yang pasti akan membantu anda membuka peluang lebih besar. Apa yang penting ialah kena selalu masuk laman web MATRADE, cari apa info yang anda mahukan dan lagi terbaik kalau terus telefon mereka untuk minta nasihat. Pasti MATRADE akan tolong sehabis baik. Selamat berjaya!!!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...