Najip Ali Tampil Mohon Maaf Kepada PM

Hiburan

Najip Ali Tampil Mohon Maaf Kepada PM

Pengacara popular Singapura dan juri tetap MLM 2017, Najip Ali hari ini tampil memohon maaf kepada atas isu viral dimana beliau dikatakan mempersenda Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak didalam rancangan OK CHOPE! yang diterbitkan oleh Mediacorp 5 milik Temasek Holdings.

Advertisement

Najip akui tindakan beliau yang menjadikan PM sebagai bahan lawak secara terbuka adalah satu kesalahan dan tidak menjaga sensitiviti rakyat Malaysia.

Saya sedar betapa saya tidak sensitif dan (tidak) berhati perut. Saya ingin memohon maaf kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Saya merayu agar beliau, penonton dan rakan-rakan memaafkan saya.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Khidmat Pelanggan Mediacorp, Debra Soon berkata, pihaknya turut mengakui kesilapan berkenaan.

Oleh itu kami telah menarik balik siaran ulangan episod berkenaan berkuat kuasa serta-merta. Kami memohon maaf berikutan kesilapan ini.

Terdahulu, peserta  rancangan berkenaan diminta melengkapkan ayat: “Najib slams … for threatening Malaysia’s progress”. Para peserta program itu termasuk Najip Ali, memberikan pelbagai jawapan yang dilihat menghina dan mempersendakan perdana menteri.

Sumber Berita : mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...