Najip Ali Digugurkan Sebagai Juri Tetap MLM 2017

Hiburan

Najip Ali Digugurkan Sebagai Juri Tetap MLM 2017

Bak kata pepatah, terlajak perahu boleh diundur terlajak kata buruk padahnya. Gara-gara mempersenda dan menjadikan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak sebagai bahan lawak menerusi program OK CHOPE!, Najip Ali telah digugurkan sebagai juri tetap Maharaja Lawak Mega 2017. Bermula Jumaat ini, tempat Najip bakal digantikan dengan seseorang yang merupakan bekas pengkritik MLM.

Advertisement

Walaubagaimanapun, Ketua Saluran Melayu Astro, Raqim Ahmad enggan memberikan sebarang pengesahan berhubung perkara berkenaan.

Buat masa sekarang pihak kami tidak mempunyai sebarang komen mengenai perkara ini.

Semalam, Presiden Persatuan SENIMAN, Zed Zaidi memberikan tempoh kepada Najip untuk membuat permohonan maaf terbuka sehingga hari Jumaat ini atau satu laporan polis akan dibuat terhadapnya jika beliau gagal melaksanakannya.

Enggan masalah menjadi lebih besar, Najip telah tampil memohon maaf semalam dan mengakui apa yang beliau lakukan itu salah dan tidak menjaga sensitiviti rakyat Malaysia.

Terdahulu, peserta  rancangan berkenaan diminta melengkapkan ayat: “Najib slams … for threatening Malaysia’s progress“. Para peserta program itu termasuk Najip Ali, memberikan pelbagai jawapan yang dilihat menghina dan mempersendakan perdana menteri.

Sumber Berita : Harian Metro

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...