Written by Bella | August 5th, 2015

Baru-baru ini, beberapa keping foto Zizie Ezette  dan Bung Mokhtar bersama seorang bayi perempuan telah tersebar luas di media sosial dan menurut beberapa sumber bayi tersebut adalah anak angkat mereka.

Menerusi portal BH PLUS, Zizie dengan perasaan yang begitu teruja dengan bercerita mengenai kehadiran cahaya mata yang menyerikan lagi rumah tangga mereka.

Keputusan untuk mengambil anak angkat telah dilakukan oleh beliau selepas pulang daripada mengerjakan ibadah umrah kerana sudah lama menyimpan hasrat tersebut.

Saya ambil keputusan untuk mengambil anak angkat ini sejak pulang daripada umrah selepas Aidilfitri baru-baru ini. Isu nak ambil anak angkat ini sudah lama, tetapi asyik tertangguh. Sejak tahun lalu, hati saya kuat untuk mengambil anak angkat.

Tetapi tahun ini, perasaan itu lebih kuat. Lagipun nak ambil anak angkat bukannya mudah kerana banyak prosedur yang perlu dilalui.

Walaubagaimanapun, Zizie tidak bermaksud dengan mengambil anak angkat itu beliau akan dikurniakan rezeki untuk memiliki anak yang keluar daripada rahimnya sendiri nanti. Namun, beliau tidak akan menolak jika rezeki berpihak kepada beliau untuk beroleh zuriat sendiri.

Dengan kehadiran Naila Nurjannah pastinya ia dapat merapatkan lagi hubungan kekeluargaan Zizie Ezette. Hampir setiap hari kami boleh lihat beliau dan suami gembira bersama anak mereka apabila ada foto atau video yang dimuat naik ke akaun Instagram Zizie.

Meh kita layan lagi beberapa foto anak Zizie Ezette yang super duper comel.

Sumber Berita: BH PLUS

24 responses to Naila Nurjannah Penyeri Rumah Tangga Zizie Ezette Dan Bung Mokhtar

  1. Comel says:

    Alhamdulillah.. Semoga Naila menjadi anak yang solehah..

    0

    0
  2. Lovelyvic says:

    Badan Zizie mcm dh kecik skit la….

    0

    0
  3. Bung Zizie says:

    kesian orang tua…. anak sudah besar2, terpaksa ikut selera bini ke 2 mau anak lagi….. apa2 pun salute Zizie menang sampai Bung cerai dengan isteri pertama yang ada anak yang comel2……

    0

    0
    • Anonymous says:

      Biasanya suami isteri bercerai selepas suami kahwin lain ni bukan sebab suami tinggal tapi sebab biasanya isteri dah benci dan tak boleh hidup bersama lagi atau tak benci tapi tak boleh terima suami lagi dan akhirnya hari2 mintak cerai. Mustahil Bung tak sayang isteri pertama dia tu.

      0

      0
    • Anonymous says:

      apapun zizie ni okay lagi, tak ada jahatnya kat isteri pertama bukan macam 2,3 orang tu, dah la kahwin suami orang, lagi nak over cakap macam2.

      0

      0
  4. Ila says:

    Alololo….comelnya…semoga membesar jadi ank yg soleha.. N berjaya dunia akhirat…

    0

    0
  5. cantik says:

    cantik..sekali pandang mcm zizie + bung

    0

    0
  6. cantik says:

    comel..ada iras zizie

    0

    0
  7. Anonymous says:

    tua btl nmpk si bung ni…adoii…dh mcm dukung cucu pulak…

    0

    0
  8. aku tetap aku says:

    itu lah. sapa suruh cari balak tua,.. sperma dah tak fresh n tak aktif. sama macam datuk K tu.. sayang tak da zuriat sama. tak complete life. walaupun byk duit dapat buat rawatan ke, kalau dah expired tu mmg tak leh buat ape lah..

    0

    0
    • Anonymous says:

      kalau setakat umur bung dan datuk k tu, ramai je pun yang boleh berikan zuriat, bapak2 kawan aku tu semua boleh je, boleh je dapat adik baru, ramai je lagi menteri lain boleh buat anak lagi, rezeki anak Tuhan yg tentukan.

      0

      0
      • aku tetap aku says:

        Sebab tu aku kata sperma tak aktif. Sebab waktu muda dulu berderet2 je anak. Dah kawen org muda tak padan ngan umur sperma pun tak seaktif dulu.

        0

        0
    • ek eleh says:

      datuk k tu ada acute diabetes lar sbb tu x blh ada anak. slalu terjmpa dia buat rawatan & ambk ubat insulin kat hospital ****….. tp dia mmg dah expired pon…
      nasib ko lar siti ooiiii….

      0

      0
  9. Her Ladyship says:

    anak siapalah …. Untung…. ini yg di kata Setiap anak yang lahir “Rezkinya Allah dah Siapkan”…..

    0

    0
  10. intan says:

    Subhanallah..comelnyeeee…beruntung betul baby ni…

    0

    0
  11. tera says:

    Dulu pnah kluar kat blog ni ckp zizi pegnen.dh gugur ke,ke berita palsu

    0

    0
  12. chantekk says:

    Ape ko merepek bella . Aku tak paham ape kol tulis..
    , Zizie tidak bermaksud dengan mengambil anak angkat itu beliau akan dikurniakan rezeki untuk memiliki anak yang keluar daripada rahimnya sendiri nanti. Namun, beliau tidak akan menolak jika rezeki berpihak kepada beliau untuk beroleh zuriat sendiri

    Kire kan ape dia tak nak anak lah ?? Ko ni tak paham jadi blogger pun nak.sebuk tulis..

    0

    0
    • ayat bella pening says:

      mksud bella zizie ni xde la niat die mbek ank angkat ni supaye senang nk mengandung(cam mbek berkat cm tu).. die ikhlas..tpi klo ade rezeki nti dpt anak sendiri pon die xtolak..cm tu la lbih kurgnyeeee

      0

      0
    • miss j says:

      ko yg slow…lg mau komen.. ceh

      0

      0
  13. mawar says:

    atuk bung , anak dan cucu … ;)

    0

    0
  14. cicitbung says:

    kebanyakan yang kawen ngan laki orang xde zuriat..mungkin Allah belum nk bagi kot..atau kifarah dari Allah sb amik laki orang..tpi si Hames surayau tu bernasib baik Allah kurniakan dia rezeki anak awal2..rezeki masing2..

    0

    0
  15. zizie da ramping says:

    comeynye budakkk tuuuuu…bam bammm..tpi siyes r,zizie da smkin kurus..canteeekkk

    0

    0
  16. gebu gebas says:

    zizi dukung baby ada la iras2 mcm mak dukung anak..tapi bila bung pegang mcm dukung cucu je ak tgk

    0

    0