Nada Alam @ Pajam, Projek Terkini Daripada Seri Pajam Development

Hiburan

Nada Alam @ Pajam, Projek Terkini Daripada Seri Pajam Development

Baru-baru ini, Abang Nara telah menghadiri majlis pelancaran projek perumah terbaru daripada Seri Pajam Development iaitu Nada Alam. Bertempat di Pajam, Negeri Sembilan, projek Nada Alam adalah seluas 160 ekar (freehold) yang sangat unik di mata Abang Nara. Selain mudah diakses menerusi LEKAS dan PLUS, Nada Alam juga berdekatan dengan bandar Nilai yang sedang meningkat maju sekarang ini.

nada alam seri pajam

Advertisement

Konsep projek Nada Alam @ Pajam ini memang berbeza daripada projek perumahan yang lain. Bertemakan “mother nature”, para pembeli Nada Alam bakal merasai keseronokan bermain di “wetlands”, menunggang basikal di trek yang disediakan dan berlari di trek jogging sepanjang 7 kilometer. Malah keseluruhan kawasan perumahan ini bakal dipenuhi dengan pokok-pokok hijau yang pastinya akan meredupkan lagi suasana.

nada alam seri pajam

Sales gallery yang disediakan untuk para pembeli juga sangat besar. Staff-staff Seri Pajam Development pun kesemuanya mesra dan sangat informative ketika memberi penerangan. Satu info yang menarik ketika ucapan perasmian oleh YB Dato’ Hassan bin Malek ialah kesemua 30 projek di bawah Seri Pajam Development telah habis dijual dan kesemuanya berjalan mengikut perancangan. Tiada yang terbengkalai. Memang reputasi Seri Pajam Development sangat bagus.
nada alam seri pajam
Abang Nara tiba di Nada Alam @ Pajam seawal jam 10 pagi dan ramai sungguh bakal pembeli yang sudah tiba ketika itu. Memang penuh sales gallery. Sempat juga Abang Nara berborak-borak dengan seorang dua tetamu yang hadir. Ada yang cakap mereka suka dengan “family street” yang ada di dalam master plan Nada Alam @ Pajam. Memang Nada Alam adalah tempat yang sesuai untuk membesarkan anak-anak kata mereka.

nada alam seri pajam

Selesai sahaja majlis perasmian (siap ada bunga api), Abang Nara terus ke show house yang telah disiapkan untuk memudahkan lagi bakal pembeli membuat keputusan. Ada 4 unit show house dan kesemuanya mempunyai rekaan yang awesome. Syiling tinggi, tempat letak kereta yang telah dipanjangkan, ada tempat menanam pokok dan penggunaan tiles yang besar. Sekali pandang memang tertawan.
nada alam seri pajam

Ada 2 jenis rekabentuk disediakan untuk bakal pembeli Nada Alam @ Pajam ini. Abang Nara suka yang di bawah sebab bahagian atasnya telah ditambah. Memang sesuai untuk buat tempat melepak petang-petang sambil menghirup udara segar. Kombinasi warna yang digunakan pun sangat sedap mata memandang. Terasa lembut dan menyegarkan. Memang warna kegemaran Abang Nara.
nada alam seri pajam
Banyak lagi info-info menarik mengenai projek perumahan Nada Alam @ Pajam yang akan anda ketahui sekiranya melawat sales gallery mereka. Daripada rumah Abang Nara di Bukit Jalil hanya mengambil masa kira-kira 30 minit sahaja. Cadangan Abang Nara kalau anda sedang mencari rumah untuk diduduki, luangkanlah masa ke sini. Mana tahu memang sesuai dengan jiwa anda.
nada alam seri pajam

Abang Nara Insya Allah dalam masa terdekat ini nak bawa isteri tercinta melawat Nada Alam @ Pajam. Mana tahu dia berminat nak tinggal di sini. Kalau anda nak informasi lanjut mengenai projek perumahan terbaru Seri Pajam Development ini, sila layari www.nada-alam.com.my atau boleh LIKE Facebook Seri Pajam.

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...