Written by Bella | February 10th, 2016

Selepas melalui episod cinta yang penuh dengan kontroversi, Nad Zainal akhirnya menemui kebahagiaan apabila bernikah dengan Muhammad Faliq sekitar bulan Disember tahun lalu.

Kata orang pasangan ini masih lagi berada dalam mood honeymoon, namun Nad sebenarnya sudah tidak sabar untuk menimang cahaya mata dan tidak kisah jika rezeki untuk beliau hamil tiba lebih awal.

Selepas berkahwin, saya sudah bersedia menjadi ibu. Cuma belum rezeki lagi untuk saya mengandung. Cuma Faliq pernah cakap, kalau boleh nak hidup berdua dulu dalam tempoh setahun. Tapi, kalau ada rezeki hamil awal, saya terima saja.

Malah, Nad juga pernah menyangka beliau hamil sebelum ini apabila terasa pening dengan kerap.

Sebagai isteri, pasti saya teruja jika hamil. Lucunya, suami saya, apabila mendapat tahu punca sebenar saya pening akibat kesan detox produk kecantikan yang diamalkan, dia sempat menyakat.

Ada sesetengah wanita yang cantik tentu risau tentang penampilan mereka jika hamil. Dengan hormon yang tidak stabil, badan mungkin akan menjadi lebih gempal.  Walaubagaimanapun, Nad tidak kisah dengan semua itu kerana pada zaman moden ini terdapat pelbagai alternatif untuk menguruskan badan selain mempunyai semangat yang kuat untuk bentuk badan kembali seperti asal.

Bila fikir soal anak, pasti kita akan merasa seronok bukan? Mula lah terbayang bagaimana kita menjadi ibu dan bapa. InshaAllah satu hari nanti pasti Nad Zainal akan ada rezeki untuk menimang cahaya mata. Teruskan berdoa..

Sumber Berita: BH ONLINE

16 responses to Nad Zainal Sedia Jika Ditakdirkan Hamil Awal

  1. jiran sebelah says:

    laki dia ni dari nikah aritu asyik mata stone memanjang

    0

    0
  2. lauralawa says:

    Napa nad zainal mcm nenek kebayan??? Ngan rmbut mcm tu..

    0

    0
  3. mamaiman says:

    motif cerita…..nextttttttt
    artis lesuuuuuuu

    0

    0
  4. zizan kalah ABP says:

    produk ape dia makan? produk sendiri? eeeii… Bukan produk sendiri la.. produk kilang, kau jenamakan diri kau je.. hahaha.. sedeihhh! yang menguruskan produk tu pulak kerek gile.. member aku kenal dgn si pengurus produk audela tu.. kerek nak mampos. baru buat produk OEM da kecoh mcm kau founder produk tu. LOL.. siap boleh cakap, “akak buat untuk artis dik.. kena cantik2..” tak payah nak bangga sangat artis kau tuhhh.. dah lesu nak layu… nextttttttttttttttttttttt

    0

    0
  5. nana says:

    Nad Zainal
    sekadar nasihat dari seorang kakak… kalau ada keinginan untuk mengandung, berhenti amalkan produk kecantikan melainkan produk untuk kesuburan. Nanti tak pasal-pasal berlaku keguguran. Melainkan kalau belum bersedia untuk conceive la..

    0

    0
    • Lorat says:

      kalau gugur jer takper, ni kalau membahayakan baby tu kang keluar macam2 ruper nyer or masalah kesihatannya. tau la produk2 kecantikan ni tah apa2 dorang taruk.

      0

      0
    • Bagus says:

      Kalau Allah dah kata mengandung, mengandung juga. Bukan produk yang tentukan kita dapat anak atau tidak, gugur atau tidak. Tapi betul cakap kau ni, ibarat mencegah itu lebih baik.

      0

      0
  6. nad basi karl says:

    anak pakwee hensem tinggal .. last dapat suami ala ala stone…

    jadi le nad … sejak ko tak layan anak yatim tu…

    sorry to say… meluat tgk ko nad… ha ha

    0

    0
    • pipi says:

      tapi x semua org pandai layan budak wak. sy pun x pandai layan budak. stone gitu je dr jauh:(
      nad layan cemana dgn anak yatim hri tu smpai org bngang sgt tu? nk tau jgok

      0

      0
      • Oni says:

        Dia pegi rumah anak yatim. Anak2 yatim tu tgh buat persembahan untuk greet nad. Nad ignore je budak2 tu. Siap main phone dgn duduk terkangkang. Takde adab langsung. Kalau ye pon tak reti layan budak2, at least masa budak2 tu greet kau senyum la org tgk budak2 tu buat persembahan. Ni kau main phone. Dah la sombong dgn pengurus rumah anak yatim tu. Datang situ mcm terpaksa je

        0

        0
  7. Anonymous says:

    handsome????chow..nk g check mata…vrooMMMMMMM…

    0

    0
  8. Mooza says:

    first time aku tgk lakonan nad tapi lupa tajuk apa, aku suka tapi slps kes anak yatim tu , aku rs tawar hati dah nak minat

    0

    0
  9. aku lah says:

    pada pendapat saya. nad zainal stoner jugak. Kot2 ms tgh ston tgk hensem ado koning mamat ni. dh boleh dharuskan melukis kening beliau ni. huahuahuahua.

    0

    0