Written by AbangNara | November 19th, 2014

Pelik tapi benar. Semenjak dua menjak ini makin ramai pula selebriti tanah air yang mengambil keputusan untuk membuang gambar-gambar di akaun Instagram mereka. Tidaklah pula diketahui tujuan sebenar mereka berbuat demikian. Apabila ditanya seperti biasa alasan yang digunakan ialah ‘mulakan hidup baru’, ‘gambar banyak kontroversi’ dan macam-macam lagi alasan klise. Terbaru, tindakan sama telah diambil oleh Nad Zainal.

nad zainal

Nad Zainal seperti yang kita ketahui baru-baru ini telah digosipkan bercinta dengan Remy Ishak. Mungkin Nad tertekan dengan gosip-gosip liar yang menimpa dirinya sejak kebelakangan ini sehingga memaksa dirinya mengambil keputusan untuk membuang gambar-gambar lama. Atau mungkin juga Nad mahu menghapuskan memori lamanya. Terang Nad menerusi Mstar Online:-

Kadang-kadang gambar yang kita muat naik itu biasa-biasa saja tetapi ia boleh dimanipulasikan oleh pihak tidak bertanggungjawab. Biasalah, ada suka kita dan ada membenci. Jadi lebih baik jika kita elak menjadi bahan bualan ramai.

Apa yang saya lihat, banyak gambar yang tidak berfaedah dimuatnaik dalam Instagram, saya tengok sendiri pun naik rimas. Dengan cara itu juga saya dapat ‘membuka buku baru’ bersempena dengan tahun baru 2015 yang akan tiba tidak lama lagi. Saya mahu Instagram itu dipenuhi dengan gambar yang melibatkan kerjaya seni sahaja

nad zainal

Buatlah apa yang anda mahukan asalkan hati gembira cukuplah. Bagi Abang Nara biasalah jadi selebriti dan gambar dikontroversikan lebih-lebih lagi dengan perangai pengikut di Malaysia yang memang pelik-pelik. Nak main akaun sosial ini hati memang kena kering sikit. Pedulikan kata-kata orang. Yang penting kita tahu tujuan sebenar perkongsian dilakukan. Tak gitu?

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

19 responses to Nad Zainal Pula Buang Semua Gambar Di Instagram

  1. ina says:

    xyah delete.. tutup je instragram tu…

    0

    0
    • melati says:

      gambar pergi makan nasi goreng x payah masuk dalam IG la. macam korang x pernah makan nasik goreng gitu…

      0

      0
      • nak kekalkan identiti upload tgh makan sambal belacan ulam petai dgn jering campur tempoyak dgn ikan kering…baru boleh nampak kemelayuan kat situ…ade tak artis yg berani upload gambar mcm tu? ni duk upload gmbr chicken chop lamb chop starbuck la…boring giler

        0

        0
        • Anonymous says:

          ada je gmbar panas ayu.
          suka tgk ig kak zarina zainuddin.
          rajin sgt orgnya, memasak, cari duit, memang tak dok diam dia tu
          inspirasi

          0

          0
  2. […] Nad Zainal seperti yang kita ketahui baru-baru ini telah digosipkan bercinta dengan Remy Ishak. Mungkin Nad tertekan dengan gosip-gosip liar yang menimpa dirinya sejak kebelakangan ini sehingga memaksa dirinya mengambil keputusan untuk membuang gambar-gambar …read more […]

    0

    0
  3. like i care says:

    mula2 abil,pastu izreen skang dia lak delete gmbar..who’s next??haha..tol cakap abg nara..alasan klise..ska ati ampa la ig ampa nk watpa pon wat la..

    0

    0
  4. Mirai Suenaga says:

    Bosannnn~~~~

    0

    0
  5. Jenab says:

    okay nad .. carry on ..jgn nanti masukkan pic dgn remy ishak pulak eaaa hihihihi

    0

    0
  6. Godek says:

    Cehh,menyampah tgk muka ko tu Nad Zainal.Bdn kecik,kepala besar.Berlagak tomboy!Puiiik

    0

    0
  7. ye saye says:

    so?

    0

    0
  8. nad katik says:

    katik saje nk cari publisiti murahan

    0

    0
  9. Pasaipa says:

    mungkin dy nk brhijrah. think positive.

    0

    0
  10. safiyyah says:

    Ada tak cara nak delete smua sekali gambar kat instagram?

    Sbb nak delete satu2 x larat den.. Anyone?

    0

    0
  11. Penganalisis Satu says:

    Aduhai! Delete gambar instagram untuk ‘memulakan hidup baru’? Sungguh cetek pendekatan itu. Kehidupan sebenar adalah di luar kotak empat segi ber-border putih tu. Jadi, mulakan hidup baru di alam realiti bukan di alam maya.

    0

    0
  12. sebekut says:

    punah harapan bang nara nak main cedok gambar dr ig artis

    0

    0
  13. kurakura says:

    siapelah yang suke manipulasi gambar tu. ehhh

    0

    0
  14. mohd rais says:

    Bakat tak seberapa…KONTROVERSI JE BANYAK….sampah…

    0

    0
  15. anon says:

    Cantek pulak tengok Nad dlm gambar2 kat atas ni, cute mute je……kecil comel mcm nora, neelopa……hmm….actually lbh cantek dari yg dua org ni. ….patutlah ramai yg nak kat dia ni…..puteh melepak pulak tu. Ni nanti pengomen2 yg tak comel mesti dislike komen ni sb dia org jealous… Biasalah org yg comel lote ni ramai yg dengki…

    0

    0
  16. Anonymous says:

    Buang je gambar tak tutup aurat tu. kang mati tak sempat nak delete plak.

    0

    0