Written by Bella | June 19th, 2015

Baru-baru ini satu foto mesra Nad Zainal dan kekasihnya berlaga pipi di Instagram telah mengundang beberapa kritikan panas kerana dianggap kurang manis untuk menonjolkan aksi sebegitu kepada umum. Selepas itu  Nad bertindak untuk memadam foto itu bagi menghentikan komen-komen negatif oleh pengikut beliau terhadap jejaka tersebut.

Mahu menjernihkan keadaan, Nad menjelaskan lelaki  itu bukanlah kekasihnya seperti yang digembar-gemburkan sebelum ini. Jejaka tersebut cuma kenalan lama beliau ketika sama-sama menuntut di Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan (Aswara).

Saya akui itu kesilapan apabila termuat naik gambar itu dan tidak sangka ia undang banyak komen negatif sehingga saya rasa bersalah dan kasihannya. Dia tahu yang saya muat naik gambar itu dan dia pun beritahu yang dia okay. Namun, mungkin dia berkata begitu sebab mahu jaga hati saya.

Saya tidak mahu dia berterusan terima kritikan sekaligus tak mahu jejaskan persahabatan kami. Jadi, jalan terbaik elok saya padamkan saja gambar itu dan selepas ini saya akan lebih berhati-hati.

Dalam pada itu, Nad menyatakan buat masa ini beliau  tidak mahu bercerita lebih akan hubungannya bersama lelaki itu yang merupakan seorang kru di belakang tabir sebuah produksi kerana mereka hanya bersahabat.

Saya tak boleh nak ‘declare’ apa-apa buat masa ini sebab kami hanya berkawan. Lagipun takut tak jadi. Sebenarnya, ketika di Aswara dulu kami satu geng termasuk juga Sherry Alhadad yang juga kawan dalam kumpulan saya. Agak lama kami tidak berjumpa tetapi beberapa bulan lalu kami berjumpa semula.

Nad Zainal pun sudah mengakui kesilapan beliau memuat naik foto tersebut, jadi tak perlu kita memberikan komen negatif terhadap beliau. Tapi kalau boleh, jagalah batasan diantara lelaki dan perempuan agar ia tidak mengundang fitnah.

Sumber Berita: Malaysian Digest

 

 

 

 

15 responses to Nad Zainal Mengakui Kesalahan Muatnaik Foto Laga Pipi

  1. aku says:

    memuat naik gambar tu x salah..yg salah perbuatan berlaga pipi tu..ha.. ckp biar terang… kena jaga la..walau x memuat naik sekalipun..d belakang jgn sewenang2 nak laga pipi.. ha..nasihat ni tau :)

    0

    0
    • Lovelyvic says:

      Oh my….
      berfikiran positif yer….
      Walaupun takde rupa…
      tapi mungkin hatinya mulia.
      Sekian, terima kasih,

      0

      0
      • axdvadfbefnerh says:

        Tak malu ke mak ayah nengok? ker mmg mak ayah suka anak main laga2 pipi..? kesian kat ayah… setiap kali laga pipi… dosa terhimpun pada ayah… suka nengok ayah dibakar garing dalam neraka gamaknya…

        0

        0
        • Lembu Gemok says:

          antara retis yang paling aku tak suka tgk…sorry…takyah bajet cute…sbb aku takleh tgk muka ko…so ko nak wat apa pon, aku peduli apa?bg nasihat pon bukan reti nak insaf….takat kuar minta maaf, belakang dok laga pipi lagi, tak guna gak…~

          0

          0
    • abang yang tak bangang says:

      hodoh nye jantan tu. muka typical rempit. mesti azwan kombos tengah gelak guling2 sekarang tengok nasib si nad katik yg hancurkan hati die ni.

      0

      0
  2. Anonymous says:

    Woi betina Nad Zainal, muka kau toya!!

    0

    0
  3. mawar says:

    aiyoooo ini keer bf ko??? what a taste!!!!!

    0

    0
  4. AKU says:

    ALL THE BESH

    0

    0
  5. ermm says:

    aku pernah jumpe minah dgn ni mamat ni kat alamanda. seriously jalan bekepit. sombong sikit. lepas tu order roti john. aku order dlu tpi dia dpt dlu. mentang2 laa dia ni artis. mangkuk2 roti john tu pun apa laa benak sgt. hadap artis .

    0

    0
  6. melati says:

    Macamaner ..dua mangkok ni muka getah pemadam boleh jadi artis….patut lah pilem melayu kt panggung asyik kosong jer….rosak pilem Malaysia….eeeeeeeeeee

    0

    0
  7. mojo says:

    laga pipi?,okey pe.artis kan sampah masayarakat.

    0

    0
  8. Anonymous says:

    Adooi nads… janganlah hidupkan semula cerita beauty and the beast.. beast pun tukar semula jadi budak hensem tau.. yang ni selamanya.. bawaklah fikir.. nak nyesal skang ker nanti…

    0

    0
  9. hanim says:

    ek eleh semalam baru nampak dua ekor ni dekat empire damansara berkepit je, action nak mampus

    0

    0
  10. gordo says:

    Ak pnah nmpak kapel ni kt mali’s corner.. tp msa tu muka nad ni cm cuak2 … dia igt ak ni reporter melody ka? ??

    0

    0