Written by AbangNara | October 14th, 2014

Pelik tapi benar. Dulu apabila ditanya, cuma mengaku kawan je. Ini bila dah putus, barulah nak akui pernah bercinta. Hmmmm. Macam-macam kan manusia sekarang ini? Apa salahnya mengaku bercinta? Bukannya saham akan jatuh merudum pun. Kadang-kadang Abang Nara pun tak faham selebriti Malaysia nie. Entah mengapa mereka rasakan percintaan perlu dirahsiakan. Mungkin takut peminat lari kot. Walaupun Hefny Sahad dah buat pengakuan bercinta dengan Nad Zainal satu ketika dahulu, namun Nad Zainal telah menafikan kenyataan tersebut.

nad zainal

Kini Hefny Sahad tampil sekali lagi membuat pengakuan yang hubungan percintaan antaranya dan Nad Zainal telah tamat. Walaupun hanya mampu bertahan sementara sahaja, Hefny mengakui yang Nad adalah cinta pertamanya sejak berkecimpung dalam dunia seni. Kata Hefny menerusi Mstar Online:-

Benar Nad adalah cinta pertama saya sepanjang berada dalam industri seni. Walaupun sekejap, saya anggap apa yang telah berlaku adalah takdir kami. Saya pun tak salahkan sesiapa terhadap apa yang telah berlaku sebelum ini. Cuma saya hanya mampu menjadikan pengalaman lama itu sebagai pengajaran untuk kita terus hidup di masa hadapan

Sebelum ini ada desas-desus yang mendakwa Nad Zainal telah muncul di lokasi penggambaran Hefny Sahad dan menyerang teman lelakinya itu. Kejadian tersebut disaksikan oleh kru produksi di mana Nad dilihat meluru ke arah kereta Hefny sebaik sahaja teman lelakinya itu tiba di lokasi penggambaran. Hefny tidak menafikan kejadian tersebut tetapi menafikan ia adalah pergaduhan besar. Kata Hefny:-

Memang betul ketika di lokasi Maaf Jika Aku Tak Sempurna, Nad datang pada saya kerana mahu menyelesaikan masalah perselisihan faham antara kami, tetapi tidaklah sampai dia menyerang saya.

“Dan saya memberitahu dia ketika itu untuk berbincang masalah berkenaan pada waktu lain memandangkan saya sedang bekerja. Itu saja. Orang lain pula menokok tambah kejadian itu

hefny sahad

Hmmmm. Lepas ini kalau Hefny Sahad atau Nad Zainal menemui kekasih baru, janganlah sorok-sorokkan lagi. Mengaku sahajalah. Sorok pun tak guna. Satu hari nanti pasti akan diketahui juga. Lebih baik umumkan dan jalani kehidupan sebagai seorang pasangan kekasih tanpa perlu sorok-sorok. Tak gitu? Apa pun, semoga Hefny dan Nad akan menemui cinta sejati mereka kelak. Kesian plak tengok si Nad dah 2 kali putus cinta tahun ini.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

18 responses to Nad Zainal Adalah Cinta Pertama Saya Sepanjang Dalam Industri Seni – Hefny Sahad

  1. Anonymous says:

    nad katik gedik

    0

    0
    • blurkk says:

      playgirl giler nad zainal ni.. budget hot la tu.. dah la berlakon manjang nak tengking2 cenger

      0

      0
  2. budak subang jaya mmg ada gaya says:

    katik sedap

    0

    0
  3. sentap says:

    kompem pakwe lame nad zainal sengih bace berite ni.. finally… hohoho

    0

    0
  4. uwekkkkkkkkkkk says:

    cacat minah ni…cacat tangan katik, kaki katik takpe lagi…ciptaan tuhan…cacat perangai yang tak tahan…next…

    0

    0
  5. jenab says:

    Halahaiii tak heran pun dgn u all berdua ni , hefni ni pun bukan hensem , sesuei la dgn nad , bukan sesuai , sesueiiiii .

    0

    0
  6. dia la sagattt says:

    hahahah actualy hefny tak leh layan kerenah diva minah ni..parent hefny pun xsuke diva ni…

    0

    0
  7. diva la sgt says:

    hefny tak sanggup layan c diva ni..parents hefny pun tak suke sgt…

    0

    0
  8. azwan ali dijangka masuk syurga says:

    Hefny ni cam sesuatu je…….

    0

    0
  9. aku yang bernama says:

    Aku suggest ko pergi je ngorat haliza misbun. muka pun seiras je dengan nad. anak beranak la katakan. beza umur je pun. bernas tak idea aku?

    0

    0
  10. ratu says:

    ala..aku tak rasa hefny ni yg bermasalah..si Nad tu haa yg tahape2..dulu dengan amar asyraf sampai kes professional bagai tuh..tengok si amar bahagia je sekarang..pastu ngan azwan kombos..pastu dengan hefny..nampak naa Nad yg something wrong..ko main2kan lelaki pastu nanti ko yg kena..thats Kifarah..okbai

    0

    0
  11. bunga rose says:

    jumpe si Hefny nie depan2..mmg hensem.die senyum cairrr~!!!tpi kenapa dlm pic x hensem sgt.hmmm

    0

    0
  12. suke tngk lakonan Nad Zainal dalam citer elly dan epit…
    Pengaruh anak2 dalam siaran astro ceria..kekeke

    0

    0
  13. Anonymous says:

    ensem ke hefny ni…mane ensem…enth nape aku x suka la klau dia berlakon…x kira la watak baik atau watak jahat…aku x minat langsung le…bosan gila aku tengok dia berlakon dlm maaf jika aku x sempurna..cite tu pn bukannya best sgt le..klau x tengok n tertinggal beberapa episod pn x ap…x nk ambil tahu sgt…ala..sesuai le klau dia org berdua ni..sama2 x lawa..dua2 retis sendu..

    0

    0
  14. fifizafa says:

    Hefny ni sesuatu sangat.. kalau tgk dia berlakon..hahahah.. kelakar

    0

    0
  15. nona says:

    tak berkenan langsung mamat ni berlakon MJATS tu. muka dia yg terkemut2 tu buat org meluat. tak nampak jahat pun, nampak bodoh ade la.

    0

    0
  16. […] melahirkan kesudiannya untuk menerima kembali bekas kekasih, Nad Zainal. Seperti yang anda ketahui, Nad baru-baru ini telah pun putus cinta dengan Hefny Sahad. Nampaknya Azwan Kombos masih belum mampu melupakan Nad dan sudi untuk memadu cinta sekali lagi […]

    0

    0
  17. […] kesudiannya untuk menerima kembali bekas kekasih, Nad Zainal. Seperti yang anda ketahui, Nad baru-baru ini telah pun putus cinta dengan Hefny Sahad. Nampaknya Azwan Kombos masih belum mampu melupakan Nad dan sudi untuk memadu cinta sekali lagi […]

    0

    0