Written by Bella | May 19th, 2016

Sebelum ini, ada yang mengkritik Nad Zainal terlalu berahsia mengenai kehamilannya sedangkan pada waktu itu berita tersebut telah pun tersebar di Internet.

Jelas Nad, beliau mempunyai alasan tersendiri ketika merahsikan berita gembira berkenaan. Semuanya atas nasihat doktor dan ibunya, mereka tidak mahu apa-apa berlaku kerana pada waktu itu kandungan itu masih belum kuat.

Kandungan saya sekarang ini berusia empat bulan lebih. Sebelum ini, saya pernah berkongsi berita kehamilan saya dalam akaun Instagram. Tetapi kemudian, saya padam status itu.

Bukan niat saya menyembunyikan berita itu. Semuanya atas nasihat doktor dan ibu. Ketika itu, kandungan saya baru berusia 18 minggu dan masih terlalu awal. Mereka bimbang sesuatu yang buruk berlaku kerana dalam usia begitu, rahim masih belum kuat.

Menurut Nad, beliau mungkin akan bersalin pada bulan Oktober depan. Aktres itu tidak dapat lagi menahan sabarnya untuk mengetahui jantina anaknya dan kalau boleh beliau teringin sekali untuk menimang cahaya mata perempuan.

Sebelum ini saya menjalani teknik imbasan kandungan tetapi tak nampak jantinanya. Kalau boleh, saya nak anak perempuan sebab boleh bergaya comel.

Apa yang dilakukan oleh Nad Zainal sebelum ini adalah amalan orang tua-tua agar tidak terlalu menghebahkan berita kehamilan jika ia masih berada di peringkat awal, kerana tidak mahu sebarang perkara yang buruk berlaku. Apa-apa pun, kini Nad dan kandungan berada didalam keadaan sihat dan semoga proses bersalin nanti berjalan dengan lancar.

Sumber Berita : BH ONLINE

12 responses to Nad Zainal Ada Alasan Sendiri Sembunyikan Berita Kehamilan Sebelum Ini

  1. Anonymous says:

    ko pnya pasal la..nk sembunyi ke x…aku dh x minat kamu…k.baiiii

    0

    0
  2. melati says:

    Ok ler Nat……mungkin anak tu kelahiran semula Pengomen bernama Black Cat…!!! sebab nk belajar English….!!!

    0

    0
  3. Anonymous says:

    Ko ingat org kesahhhh?? Sendu

    0

    0
  4. masih menunggu says:

    Alhamdulillah, best nye tgk org baru kawen senang je lekat baby.
    lama dah tunggu, menangis sampai dah lali dgn kata2 orang. aku harap Allah makbulkan permintaan yang satu ni nak ada anak sendiri dlm tahun ni. Ya Allah permudahkalah bagi kami yang mahukan zuriat sendiri.

    0

    0
  5. putri says:

    Korang mahukan penjimatan petrol yang konsisten sampai wang anda terlalu banyak sehingga anda sendiri tak tahu nk beli apa? Anda semua mesti menggunakn benda alah ini fx66012 (kod potongan harga). kajian mengatakan pada tahun 2020 lebih 79% rakyat Malaysia akan mengunakannya. Nk tahu apa? lawat laman web(bukan virus jgn risau) bit.ly/PenjimatanKawKaw confirm semua akan puas hati. sbb apa? sebab dah beribu2 orang guna dah. Ingat dapatkn segera jgn tahun 2020 baru nk mula .. jimat kawkaw skg!!

    0

    0
  6. Anonymous says:

    Yg nak kritik konon kesah sgt dia ni nk rahsiakn kehamilan dia apedehal?? Pelakon sendu ni pon ade yg nk kesah ek. Bakat mengangkang kt rmh ank yatim tu membuahkn hasil jugak rupanye

    0

    0
  7. Pape jelah says:

    Nad ni kepala dia agak besar, badan kecik. Aku jeke yg perasan?

    0

    0
  8. Lara says:

    asal bukak mulut jer bau longkang minah ni, tak pernah pulak aku dengar doktor nasihatkan supaya jangan kongsi berita, kalau mak mak tu lain la. Doktor mana la tu yang nasihatkan sedemikian rupa?

    0

    0