Nabila Huda Sahkan Tidak Akan Berlakon Di Dalam Filem Munafik 2

Hiburan

Nabila Huda Sahkan Tidak Akan Berlakon Di Dalam Filem Munafik 2

Watak Maria yang dilakonkan oleh Nabila Huda di dalam filem Munafik mendapat pujian yang baik daripada penonton, ia sekaligus mengangkat lagi nama Nabila ataupun mesra dengan panggilan Abil di dalam industri hiburan tanah air.

Advertisement

Ketika pengarah Syamsul Yusof memberitahu beliau bakal menerbitkan filem Munafik 2, ramai yang mengharapkan agar Abil akan membintangi filem tersebut.

Walaubagaimanapun, Abil mengesahkan beliau terpaksa menolak tawaran yang diberikan oleh Syamsul untuk Munafik 2, kerana terikat dengan komitmen yang lain. Abil kini sedang sibuk menjalani penggambaran untuk drama bersiri 100 episod.

Memang Syamsul ada tawarkan kepada saya, tapi tak boleh nak buat. Pada masa sama, saya terikat dengan jadual kerja lain. Lagipun penerbit drama bersiri itu sudah mendapatkan tarikh saya sejak tahun lalu lagi.

Penggambaran drama itu dijadual berlangsung awal April ini sehingga Januari 2018. Jadi, saya menganggap tak ada rezeki nak berlakon dan bekerjasama dengan mereka lagi. Saya difahamkan Maya bakal terbabit dalam filem itu, tapi saya tak pasti sejauh mana kebenarannya.

Jika benar Maya Karin yang bakal menggantikan tempat Abil, kami yakin beliau juga akan mencuba sehabis baik dalam lakonannya.  Setiap pelakon mempunyai cara lakonan mereka tersendiri  kan?

Sumber Berita : Harian Metro

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...