Written by Bella | December 22nd, 2015

Setelah Nabila Huda mengumumkan beliau bakal bernikah pada bulan Disember ini, peminat ingin sekali tahu tarikh sebenar perkahwinan beliau. Namun, Nabila nampaknya enggan lagi mendedahkan perkara tersebut.

Terbaru, bapa beliau iaitu penyanyi rock terkenal Amy Search mengesahkan bahawa anaknya itu bakal bergelar isteri pada 25 Disember ini.

Menurutnya, majlis pernikahan Nabila bersama kekasihnya yang merupakan pengurus restoran Kulcats akan diadakan di Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada jam 9 Pagi.

Walaubagaimanapun, Amy menjelaskan beliau tidak mengetahui dengan lebih lanjut mengenai persiapan kahwin anaknya itu kerana ia diuruskan oleh ibu Nabila.

Saya hanya diberitahu anak saya akan berkahwin pada 25 Disember ini. Selebihnya, semua persiapan diuruskan oleh ibu Nabila.

Buat Amy bakal suami Nabila mempunyai personaliti yang agak baik kerana beliau hormat pada orang sekeliling. Sebagai seorang bapa, Amy mendoakan kebahagiaan Nabila dan berharap perkahwinan kedua beliau ini berkekalan.

Nabila Huda sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama Eddie atau nama sebenarnya Zaidi Zailani pada 20 Disember 2008. Namun, mereka berdua bercerai pada tahun 2011.

Hasil perkahwinan Nabila dan Eddie dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Keisha Laila yang kini berusia lima tahun.

Sumber Berita: mStar Online

8 responses to Nabila Huda Bakal Bergelar Isteri 25 Disember Ini

  1. Nabila huda dijangka akan sunat kali kedua says:

    Apa2 pn slamat mnyondol nabila di mlm prtama nty

    0

    0
  2. tulip hijau says:

    Tahniah, harap berkekalan.

    0

    0
  3. Mat KimK says:

    Selamat Nabila.

    0

    0
  4. melati says:

    Bagus lah , nanti tk byk Gossip….yg penting jgn menipu & bongkak …jgn plak kater jual online tudung dpt RM50 juta…otak saya tgh berfikir Neelofa ni Gila atau meroyan….dh seminggu aku tgh senyum Kambing pasal RM50juta,..Neelofa ni……kihkihkih..

    0

    0
  5. Kemboja Putih says:

    ~Akan bernikah di Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah, Shah Alam~
    Eh jap!!
    jap..jap…

    MUSLIM rupanya dia ni….errmmmmm…

    0

    0
    • Pening says:

      Xbaik ckp mcm tu..klu sseorg tu nk.berubah sekelip mate boleh berubah.klu die bertaubat cmpare ngn org mulut jahat mcm ko yg tibe2 kne langgar kete…mulie lg die.ramai artis sexy2 dlu mcm wardina miss nina diana amir irma hasmie boleh berubah.knape x nabila.. doakan je..jgn wat lawak bnde2 agame ni..

      0

      0