Nabil Sepatutnya Lebih Matang Dan Tidak Cepat Melatah – Chef Wan

Hiburan

Nabil Sepatutnya Lebih Matang Dan Tidak Cepat Melatah – Chef Wan

Semalam, pelawak Nabil Ahmad meluahkan rasa kecewanya terhadap teguran Professor Datuk Chef Wan yang dikatakan berbaur hasutan dan sengaja ingin menutup periuk nasinya. Malah, Nabil juga sudah hilang rasa hormat terhadap Chef Wan.

Advertisement

Berbicara mengenai isu hangatnya bersama Nabil, Chef Wan menerusi portal Kosmo Online berpendapat Nabil seharusnya tidak cepat melatah dan mengambil teguran beliau secara positif.

Sebagai seorang selebriti, Nabil sepatutnya lebih matang dan tidak mudah melatah seperti ini. Kalau Nabil boleh bergurau dengan orang tanpa memikirkan hati dan perasaan mereka, mengapa dia tidak boleh ditegur atas dasar profesionalisme?

Tidak menggunkan kata-kata kesat ketika membuat teguran kepada Nabil dan yakin beliau menyatakan hal sebenar, Chef Wan akui beliau tidak gentar sekiranya Nabil mahu mengambil tindakan undang-undang terhadapnya.

Saya cakap benda yang betul, mewakili sekumpulan orang yang tidak suka pada cara Nabil bergurau dengan agak melampaui batas di pentas Gegar Vaganza (GV). Jika dia kata apa yang dilakukan atas dasar kerja, sila gunakan logik akal agar ia berpada-pada.

Tidak semua orang mampu menerima teguran orang lain dengan baik kerana masing-masing mempunyai pandangan yang berbeza.  Apa-apa pun, kami masih berharap Chef Wan dan Nabil tidak lagi memanjangkan isu ini dan berbaik semula.

Sumber Berita : Kosmo Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...