Nabil Jelas Isu Dikecam Netizen Kerana Foto Bercumbu Bersama Isteri

Hiburan

Nabil Jelas Isu Dikecam Netizen Kerana Foto Bercumbu Bersama Isteri

Semalam, media sosial kecoh dengan foto pelawak Nabil Ahmad yang dilihat bercumbu bersama isterinya di tempat umum.  Bermula daripada itu, Nabil dikecam teruk oleh netizen dan ada yang mempertikai gelaran “Haji” beliau.

Advertisement

Tidak mahu terus dipersalahkan, Nabil menjelaskan apa yang terjadi bukanlah berpunca daripada dirinya kerana foto tersebut dimuat naik oleh jurugambar dan kemudiannya disebarkan oleh individu lain di media sosial.

Saya tidak pernah memuatnaik gambar itu. Bukan saya, tetapi jurugambar yang merakam gambar  kami yang meletakkannya di Instagram beliau. Tetapi, orang lain pula yang menyebarkan gambar itu. Jadi, ia bukan salah saya. Saya sendiri takkan memuatnaik gambar yang boleh memberikan persepsi negatif terhadap masyarakat.

Sudah lali dengan komen netizen, Nabil enggan ambil pusing akan isu berkenaan. Buat Nabil, apa yang beliau dan isterinya lakukan tidak perlu dijadikan bualan ramai.

(Mereka) yang banyak bercakap itu, lebih baik perbaiki diri. Saya tidak tahu nak komen apa kerana saya tak peduli pun apa yang orang kata. Bukan saya yang memuatnaik gambar itu. Apabila sudah berada di ‘kota cinta’, jadi pastinya ada detik manis di antara saya dengan isteri. Kebetulan pula jurugambar yang berada bersama kami merakam momen berkenaan. Mungkin dia berasakan ia romantik, lalu memuatnaik foto itu di Instagram.

Sikap Nabil yang tidak terlalu melatah dan kembali “menghentam” netizen kerana komen negatif harus dipuji. Iyalah, kalau melenting tiada perkara yang dapat dijelaskan dengan baik.

Sumber Berita : BH ONLINE

Kredit Foto : Instagram Asyrafmanan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...