Nabil Ahmad Tidak Terlibat Dalam Insiden Rempuhan Di Mekah

Hiburan

Nabil Ahmad Tidak Terlibat Dalam Insiden Rempuhan Di Mekah

Semalam kita dikejutkan lagi dengan insiden yang cukup menyayat hati di bumi Mekah, saat tragedi runtuhan kren masih lagi segar dalam ingatan, terbaru satu rempuhan telah berlaku di Mina dimana anggaran 717 mangsa terkorban sehingga kini (mungkin lebih) dan 450 (angka mungkin meningkat) cedera pada jam  11 pagi waktu Arab Saudi.

Advertisement

Banyak hati yang mula risau dan berdebar jika ada antara rakyat Malaysia yang terlibat. Turut menjadi perbualan hangat semalam apabila sesetengah peminat mula bertanya tentang keselamatan pelawak Nabil Ahmad yang ketika ini sedang menunaikan ibadah Haji.

Menerusi akhbar Harian Metro, Nabil menyatakan beliau berada dalam keadaan selamat kerana kumpulan mereka keluar melontar jamrah di Mina selepas waktu Isya semalam.

Alhamdulillah, saya bersama kumpulan jemaah lain berada dalam keadaan selamat kerana kami akan keluar melontar jamrah di Mina selepas waktu Isya’ di sini. Saya terkejut apabila dimaklumkan perkara terbabit.

Bagaimanapun, tidak ada apa perlu ditakutkan kerana ajal dan maut adalah kuasa Allah SWT. Doakan semoga saya dan jemaah lain diberi kekuatan untuk menyempurnakan ibadah ini.

Alhamdullilah, Nabil Ahmad tidak apa-apa dan harapnya tiada juga jemaah haji Malaysia lain yang terlibat. Sama-sama kita doakan perjalanan mereka untuk beribadah berjalan lancar dan di pelihara keselamatan mereka.

Sumber Berita: Harian Metro

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...