Nabil Ahmad Tidak Mahu Desak Isteri Berhijab

Hiburan

Nabil Ahmad Tidak Mahu Desak Isteri Berhijab

Umum mengetahui pelawak dan pengacara, Nabil Ahmad kini sudah bergelar Haji. Nabil juga sedang memperbaiki hidupnya dan menjadi insan yang lebih baik perlahan-lahan.

Advertisement

Namun, gelaran Haji itu sedikit sebanyak  memberi tempias terhadap isterinya, Zira apabila ada sesetengah netizen mempersoalkan imej isterinya yang tidak bertudung walaupun sudah pulang daripada Tanah Suci.

Nabil bagaimanapun tidak mahu terlalu mendesak isterinya untuk berhijab dan mahu Zira melakukan perkara itu daripada hatinya sendiri.

Sebagai suami, saya mengambil pendekatan diplomatik untuk berbincang mengenai perkara ini dengan isteri. Bahkan sepanjang masa, tidak kiralah secara serius atau berseloroh, saya juga mahukan yang terbaik buat Zira.  Begitupun, saya tidaklah sampai ke tahap mendesak hingga membuatkan dirinya berasa seperti terpaksa memakai tudung.

Biarlah kesedaran untuk berhijab datang daripada hatinya sendiri, tanpa sebarang tekanan mahupun desakan sesiapa.

Kalau suatu hari nanti, isteri saya bertudung, biarlah dia kekal istiqamah dengan kewajipan itu. Saya tidak mahu hatinya nanti jadi berbelah-bahagi. Saya juga enggan melihat dia mengenakan tudung kerana terpaksa tetapi kemudian, membukanya kerana berasakan belum bersedia.

Menurut Nabil, isterinya tidaklah berpakaian terlampau seksi dan masih menjaga kesopanannya meskipun belum bertudung.

Dia pun pernah menunaikan umrah sebelum ini. Pasti dia tahu persepsi dan pandangan orang di sekeliling. Kebanyakan bajunya pun berpotongan longgar.  Malah, saya sendiri sentiasa berusaha memperbaiki diri untuk menjadi insan lebih baik daripada sebelumnya. Ia termasuk aspek aurat saya sebagai lelaki Islam.

Perubahan itu memerlukan masa dan biarlah ia lahir daripada hati yang ikhlas. Memang benar wajib untuk seorang suami menasihati isterinya untuk menutup aurat, tetapi dengan paksaan ia mungkin tidak kekal lama bukan? Doa yang baik-baik sahaja buat Zira agar pintu hatinya terbuka untuk berhijab.

Sumber Berita : BH ONLINE

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...