Written by Bella | April 18th, 2016

Baru-baru ini, pelawak Nabil Ahmad memberitahu beliau tidak mahu lagi berpegangan tangan dengan bukah mahram dan telah menolak beberapa tawaran drama dan filem kerana prinsipnya itu.

Ada yang menyokong tindakan Nabil , tetapi ada juga pihak yang mengkritik beliau sengaja hendak tunjuk baik dan alim.

Jelas Nabil, beliau berubah atas kehendak beliau sendiri dan mahu menjadi contoh buat anak-anaknya di masa hadapan.

Saya berubah atas kehendak saya sendiri. Bukan nak tunjuk baik jauh sekali takut orang mengata saya bukan suami dan bapa yang baik untuk keluarga. Tapi semuanya berlaku kerana tanggungjawab semakin berat di bahu. Secara berdikit-dikit, saya memenuhi kekurangan dalam diri. Saya belajar ibu agama.

Saya mahu sesuatu yang boleh dijadikan contoh buat anak-anak saya kelak. Mereka adalah hala tuju saya yang baharu. Perubahan yang positif, itu yang saya inginkan.

Bila ada artis yang hendak berubah ke arah yang lebih baik, tetap mereka kena kutuk juga bukan?  Pada kami perubahan Nabil ini harus kita sokong dan mungkin boleh jadi contoh kepada yang lain juga. Benda baik apa salahnya kita doakan agar ia dipermudahkan?

Sumber Berita : Utusan Online

12 responses to Nabil Ahmad Nafi Berubah Kerana Ingin Tunjuk Alim

  1. miss aa says:

    bgus nabil berubah itu pentg…hope stu ari nabil punya wife brtdg,,,

    0

    0
    • mnh@hotmail.com says:

      ini semua trend..

      0

      0
      • Lebih baik trend dari kosong xde apa…sekurangnya kalau dia ikot trend itu trend yg baik…lama2 insyaAllah hati akan semakin ikhlas…

        0

        0
        • min says:

          kalau bini kau pndai baca Al-Quran, dia spatutnya lebih tau hukum tak menutup aurat. ni tak, laki dah nak berubah, dia tetap je mcm tu. kau pun nabil, ubahlah bini kau sekali. segala dosa dia kau yg tanggung.

          0

          0
        • minah jambu say NO to DRUG says:

          tk semesti nye kalau bini tu pandai ngaji dia nk kena bertudung…yg bertudung pon banyak yg buang anak sana sini dera anak sendiri sampai mampos ! kena tngkap basah ngan jantan kt hotel canteeek aje dudok kt atas katil bertudung haha ..kalau gi makamah huh bertudung litop macm betina baik2 gitu huh bo layan lah orang yg semacam tu huh !!

          0

          0
  2. Jujur dari hati says:

    Kalau mmg nak berubah bagus lah. Tapi aku pelik, kalau kau mmg tak tau baca Quran. Kau pegi haji dulu cmne? Atau kau membuta ikut para haji yg lain tapi dlm otak kosong? Lagi satu, kalau mmg ada niat nak berubah baik utk anak2, isteri lak cmne? Takkan kau nak jadi suami dayus. Atau mungkin jgk sbb isteri kau rasa she’s better than you (die pandai baca Quran, kau takpandai) Sbb tu tak nak dgr apa kau ckp. Is she queen control?

    Maaf kalau aku merepek

    0

    0
    • liza says:

      doakan jelah yg baik2. aku rasa kau lagi terok dari nabil kot sebab kau dh beburuk sangka kat org yg nak berubah jadi baik. buruk sangka mcmtu boleh mendatangkan fitnah. kau islam ke x?

      0

      0
  3. minah jambu say NO to DRUG says:

    isemua trend..

    0

    0
  4. melati says:

    Damai lah engkau disana Nabil !!!…….kt Dunia pun nyemak jewww…

    0

    0
  5. zassss says:

    tp mulut time melawak still longkang lg buat apa..berubah lh sangat..huh!

    0

    0
  6. Memang satu niat yang murni. Jangan ubah perwatakkan sahaja…lidah pun mesti berhati-hati ketika berbicara. Kalau itu dah terniat di hati, perubahan perlu juga dilakukan kepada isteri. Aurat wanita perlu ditutup.

    0

    0
  7. Anonymous says:

    doakan aje la semoga dipermudhkn segala urusan dia…yg korg pun, org nk berubah ke arah kebaikan pun korg dok kutuk2 lg…dia mengumpul pahala, korg mengumpul apa? dosa? seelok2nya doakan yg terbaik utk dia dan family nya…takkan la semua benda dia nk gtau reporter..xkan nk ckp bini dia in process nk bertudung bagai? satgi bila dia gtau semua, korg kata dia poyo..pastu bila tgk bini dia masih camtu korg kutuk2 lg….! haiii….kalau dh hati tu PHD, sentiasa la dgn PHD-nya! sepatutnya kita salute lah dgn azam dia…dan kita pun sama2 baiki diri msg2…dosa pahala dia pun, bkn korg yg tentukan! sama la dgn dosa pahala korg sendiri..so, jaga la diri sendiri tu sama ye!

    0

    0