Written by Bella | July 1st, 2015

Umum mengetahui bahawa pelawak Nabil Ahmad telah berbelanja lebih RM 20,000 untuk mendapatkan badan yang lebih sasa dan jauh berbeza dengan keadaan fizikal beliau di awal kemunculan dalam industri hiburan.

Walaubagaimanapun, Nabil mengakui memiliki bentuk badan sado ini ada implikasinya tersendiri dari segi pandangan masyarakat kepadanya.  Pelawak tersebut banyak menerima sindiran apabila fizikalnya mengalami perubahan secara ketara tetapi beliau langsung tidak berkecil hati terhadap sindirian tersebut.

Saya perasan ada peminat yang sudah mula panggil saya abang sado. Sampaikan sewaktu sedang menunaikan solat di masjid ada orang panggil saya abang sado. Saya sedar ada di antara mereka memberi pujian tetapi berbaur sindiran.

Pada saya ianya lucu sebab saya sendiri memang tak pernah mempunyai bentuk fizikal seperti sekarang. Tetapi saya tak pernah berkecil hati kerana ianya membuktikan usaha selama ini berjaya.

Malah  sewaktu baru bergelar sebagai seorang pelawak lagi sudah ada pihak yang menuduh beliau terlibat dengan penyalahgunaan dadah kerana terlalu kurus sedangkan Nabil sebenarnya bukan seorang perokok tegar.

Masa saya baru bergelar pelawak lagi ada orang ingat saya terlibat dalam penyalahgunaan dadah. Sedangkan saya sendiri bukan seorang perokok tegar tetapi saya tidak kisah dengan tuduhan seperti itu. Kini apabila saya nampak lebih sihat ianya memberi saya banyak tawaran kerja. Jadi banyak benda positif yang saya terima sejak bentuk fizikal saya berubah. Tahun ini Alhamdulillah rezeki saya semakin bertambah.

Pada masa yang sama, Nabil Ahmad memberitahu beliau  bakal berangkat ke Tanah Suci Mekah pada 6 Julai ini untuk menunaikan Umrah dan akan menghabiskan 10 hari terkahir Ramadhan disana dan bakal pulang ke Malaysia sebelum Aidilfitri.

Sumber Berita:  Astro Gempak

 

 

14 responses to Nabil Ahmad Disindir Kerana Badan Sado?

  1. Anonymous says:

    sado= besar + bodo.

    0

    0
    • Mila says:

      baru tahu…..lol

      0

      0
    • chor chepor says:

      bagi chor..ni bukan gossip la..
      ni lebih kepada jeles..

      nabil keje, dpt duit, wokout,
      sado..dia punya pasal lah..
      duit dia..

      lain la dia duduk rumah ngangkang,
      pakai duit bini pg besarkan badan..

      kipidap bil..5 bintang chor bagi
      atas daya usahaya anda

      0

      0
    • abc says:

      sado = besar dow

      0

      0
  2. Che Tah says:

    SADO = SAdia + boDO

    0

    0
  3. Che Tah says:

    SADO = SAdis + boDO
    bangga la sgt yer…maksud harem xtahu…..

    0

    0
  4. Debah adibah says:

    SaDo= Sangat + boDoh

    0

    0
  5. Aku says:

    Org ada duit nie cepat jer badan jadi besar… Sebab drg nie mkn suppliment smua den minum protein smua den inject smua untuk kasi jgn penat… Duit byk kluar klau nk cepat badan sado… So ok lah dia bekerja cari duit n abis kan duit untuk diri dia n famili.

    0

    0
  6. anonym says:

    bajet bagus puiii

    0

    0
  7. Sarah says:

    Badan yang sado camana pun tetap tak boleh buat muka tu jadi hensem lah Nabil…Jangan perasan ye..?

    0

    0