Pasti ramai pembaca blog BeautifulNara adalah pengguna kereta keluaran Perodua. Hari ini Abang Nara ada berita baik untuk anda semua. Perodua telah pun memulakan kempen “Apakah cerita Perodua anda” di mana pemilik dan bakal pemilik kenderaan Perodua boleh berkongsi cerita serta pengalaman dan memberikan cadangan yang bersesuaian kepada Perodua. Anda hanya perlu melayari laman www.peroduastory.com.my dan menghantar sama ada cerita, gambar, video atau cadangan anda di situ. Paling best mengenai “Apa cerita Perodua Anda” ini ialah Managing Director Perodua sendiri iaitu Datuk Aminar Rashid Salleh sendiri akan terlibat secara dekat dengan kempen ini. Jadi inilah peluang anda untuk menyampaikan apa yang terbuku di hati.

Hari ini izinkan Abang Nara berkongsi beberapa cerita Perodua Abang Nara bersempena dengan kempen “Apa cerita Perodua anda”. Pejam celik pejam celik rasanya sudah 5 tahun Abang Nara memandu kereta Myvi berwarna hitam. Banyak kenangan manis, pahit dan masam-masin sepanjang menggunakan Myvi untuk ke tempat kerja, balik kampung di Kelantan dan mengorat bini Abang Nara dulu.

Selepas dapat kerja, sebulan yang pertama Abang Nara menaiki komuter dan LRT untuk ke tempat kerja di Menara TM. Setiap hari jugaklah Abang Nara akan sampai ofis dengan bau masam kerana berpeluh mengharungi lautan manusia. Tak tahan dengan semua itu, Abang Nara bertekad untuk membeli kereta. Selepas meminta nasihat daripada ayah yang tercinta, Abang Nara bersetuju untuk membeli Myvi. Mengkagumkan apabila dealer Perodua yang Abang Nara gunakan hanya mengambil masa 2 minggu sahaja untuk menyerahkan kunci kereta Myvi hitam kepada Abang Nara. Sangat efisien sungguh kerja mereka.

Kata orang tak sah kalau ada kereta tak eksiden. Sayangnya Myvi hitam Abang Nara eksiden selepas 3 minggu Abang Nara menggunakannya. Abang Nara masih ingat lagi tragedi yang terjadi di Federal Highway. Tiba-tiba bunyi berdentum yang sangat kuat. Rupa-rupanya ada sebuah kereta Proton Saga yang telah menghentam belakang Myvi Abang Nara. Ajaibnya apabila kereta Proton Saga tersebut remuk teruk sedangkan Myvi Abang Nara hanya bumper yang jatuh. Dan tambah ajaib apabila proses pembaikpulih di Perodua Service Centre hanya mengambil masa 2 minggu sahaja. Sekali lagi mereka memang efisien.

Abang Nara sentiasa menghantar Myvi hitam ke Perodua setiap kali sudah due servis. Port yang selalu Abang Nara pergi ialah di Segambut. Tempat menunggu sangat luas, layanan mesra dan paling penting, servis yang diberikan sangat pantas. Dan tahun lepas, Abang Nara bertambah kagum dengan kesungguhan Perodua untuk memberikan yang terbaik apabila wujudnya Perodua Tweckbot. Dan Abang Nara sangat bertuah kerana mereka telah datang memeriksa Myvi Abang Nara secara percuma. Walaupun muka tampak garang, kesemua pekerja Perodua sangat cekap dan penuh ilmu di dada menerangkan mengenai servis yang perlu dilakukan terhadap Myvi Abang Nara.

Abang Nara pasti ramai pembaca BeautifulNara yang memandu kereta keluaran Perodua. Tak kiralah Myvi ke, Alza ke atau pun Viva. Dan pastinya anda ada cerita anda sendiri bersama kereta anda. Apa kata anda kongsikan kisah tersebut, tak kiralah manis ke pahit ke di laman web www.peroduastory.com.my . Abang Nara pun nak tahu jugak cerita-cerita anda.




first la sgt…. :)
entry macam ni kau memang la mampu dpt first. cuba kalau gossip artis, kompem ramai yg dah jadik 1st..
*btw, entry ni mcm dah pernah kluar dulu, masa abg nara nak promote myvi dan servis perodua. sebab aku igt sgt gmbar kete dan brother 3 orang tu.. hahaha!!
shut up and take all my money!
Aku guna Lamborghini je.. Boleh ke nak join Kempen ni?
kau guna LEMBUGHINI,,,
Nara ada berapa bijik kereta ha? Masyuk la Nara…….!!!
nara suruh jawapkan, dia kata ade 4,,termasuk mini cooper dia yg ko pinjam tu
Terbaik sudah pakai sejak 2006…xpernah bt perangai..just servis n drive..jgn lupa isi minyak sudah…oh ya..minyak pun jimat..
suke keta kelisa. boleh modified ala2 mini cooper.huhu…
myvi mmg best..x byk ragam..
[...] Perodua anda” di mana pemilik dan bakal pemilik kenderaan Perodua boleh berkongsi cerita … Continue reading → This entry was posted in Gosip and tagged Abang, Cerita, Hitam, Kami, Myvi, Nara by Azrael. [...]
sory out of topik, dulu2 masa aku kecik penah terbaca majalah mangga, ade cerita psl tomok, dulu kan die suke photoshoot tepi swimming pool pakai boxer. yg paling aku ingat kolum biodata tomok.
kereta idaman: kancil bikin
tu je nk ckp. kbye.
Waaarrrrkkkhhhh…..kah…kah..kah…!!
Berenang Untuk Kesihatan Jantung..
member aku naik myvi selalu wat hal ja..dah handling xbest..protong is better..minyak xpenting yg penting kepuasan..law keta malaysia,proton is better..
PROTON = Powerwindow Rosak Oh Tidak Oh No
Antara benda yg aku benci pasal proton. Kalau naik highway mesti ada driver proton yg nak touch n go kena bukak pintu instead of pintu. So, moral of the story pakailah SmartTag bagi proton driver.
atz, tengok jenis Proton jugak… bagi aku the best Proton yang pernah keluar sejak 1985 = Satria GTi, Putra, Perdana V6 & Waja 1st model 2000 – 2003. Satria Neo R3 tak tahu komen sebab tak pernah bawak hatta nampak depan mata pun tak pernah. Lain-lain model semua sampah.
entahla kipas. aku kalau proton ni aku suka wira, iswara. mmg kurg ragam.
Aku punya wira 1.8 taun 1996.masih gagah lagi.selalu blk kg kl- kedah pun x penah buat hal.cuma 1 je problem dia – gear box dah dua kali rosak.nak dpt sparepart payah.
tok siak, dulu pak aku pakai kereta Iswara Aeroback tu, okay la jugak tapi minyak larap.. lagi satu Savvy, walaupun huduh, tapi ramai orang kata bagus.. entah la aku taktau..
Anonymous, kau pakai Wira 1.8 ke? susah dapat model tu…
atz, salesmen protong la ko ni kan..hahahaha
hahaha mna da..tapi sebab aku pakai proton..ahhahahaha…
puihk produa n proton dua2 tin milo@sardin..tax dah lah mahal nak mampos…myvi ni patot harga dlm 22-25k saja..disebabkan keta import tax 130% terpaksa beli keta tin sardin..dah lah tu dijual mahal plak ambik untung berlipat ganda..puihk..dasar capitalis kerajaan
tul tu puihk…m’sia nie jual kete tuk rakyat sendiri mahal tp jual kat luar negara murah giler…rm35k dah leh dpt pesona…
aritu lecturer cakap kereta luar sgt ampuh n tahan lasak
ntah caner aku selembek jer jawap
ye lah mcm orang DERANG jugak lah..
kIte kt sini bukan ada snow ada empat musim bencana alam yg teruk
sesuailah.. bersyukurlah
kete wira aku rilek jer naik gunung
x bgus myvi….kete aku langgar persona…prsona xde scalit pn cdera…tp myvi remuk truk…..body kurg mantap….ala…abg nara cter bajet myvi leh bg kete free la 2….
ye ke yaya..
agaknya masalah ‘bouncing’ tuh..
tp aku serius tr’bump’ belakang kete myVi baru isnin lepas..
banggg!!…semua org kt kedai kluar tengok
tp kedua2 bumper km tk kemek sket pon
cuma kete aku terperosok 1/2 inci ke dalam..tarik sket tros ok
kete aku korean made.. mmg dah bnyk kali bump.. tp tk apa2..
kete org pun tk apa2.. aritu siap bump kancil lagi..pon ok
syukur alhamdulillah
ko ni tahu ke idak drive
entah ko ni.. asyik lnggar kete org je.. mesti dpt lesen terbang ni..
tadi ckp kete ko wira, pastu ckp kete ko korean made, ko ni saiko ke ape?? aku dh agak ko ni something wrong, komen ko pun mcm x btul.. nak jgk ade pengalaman accident, dan dan je… sah ko mmg bajet tahu semua bende, whats wrong with u??
mat & pasha
eheh aku reverse kuar parking dr tepi selekoh..tiba2..
gedabang bunyi !!!
rupa2nya kncil tu reverse kluar rumah..laju plak tu!
tp..puhhh..tk kemek..syukur alhamdulillah
kali ni kncil tu plak bumper trprsok sket..tu je
bumper blakng la yg slalu kna
sebab tk nmpak benda rendah spti kayu batu
tp tk apa2…8 thn dah krta tu
so i think it must be ”bouncing” ability
sudah2 la saiko, semua org dh nampak ko ni cerita semua based on ‘mimpi’ ko je, mana de bende tu berlaku!! kejap kereta korea, kejap kereta wira.. ko ni ade split personality ke ape? schizo?
Abg nara saya dah cerita pasal kereta saya mcm mane saya nak cek cerita tu sampai ke tak yek..hehehehe
support la keta nasional..kalu nak bandingkan harga mmg myvi jaul lebih mahal…tp kualiti 2×5 je…bang nara…jgn la buruk2kan keta nasional…tak baik
myvi bukan kereta nasional ke?
tu la psl.. x phm aku ape yg cuba dismpaikn oleh sang iphone4 ni..hihihi
Abg nara…keje kt menara TM ke???
Cantik kereta Myvi. Kebangaan rakyat Malaysia.
Nara kalau mgarang citer mcm budak2 sekolah rendah, bahasa melayu nk A.
mungkin nara nih b’cita2 nak jadik cikgu skolah manengah kot..
mak enon rasa, mungkin nara nih b’cita2 nak jadik cikgu skolah menengah kot
Paling best bagi aku so far neo manual.enjin Campro memang terbaik! Body neo pun mantap!sliding pun best!even Ada perdana v6 auto,tapi aku x berapa minat.myvi kalau auto best la.manual k.o.Perempuan normally suka drive auto,but not me especially.tapi kalau cite bab ketahanan body kereta,yeah kereta luar negara menang.Ada pengalaman. :)
Wah! Bagus gak myvi ni. Ada twitter lagi tu.
Enjoy your myvi ;)
nara bodek kuat sgt kat perodua…mentang2 ler perodua support dia boleh ler ckp kete proton x bagus…cuba kalu proton yg support dia,dh tentu perodua kena titik…kecoh le lu bro…statement x boleh nak blah,,xyah ler nak laga2kan ant proton n perodua..patut dlm statement xperlu ckp kete jenis apa langgar kete dia…mcm s***!!!!1
pengalaman saya pakai kenari manual dah 7 tahun. minyak jimat sgt. balik kedah 1/2 tank je. sayang nak tukar keta lain sebab tak tau kalau beli yg lain sebaik kenari lagi tak. cuma sekarang ahli keluarga dah bertambah kenari tak boleh tampung semua le kalau anak2 dah besar
biasa la..nak “PROMOSI”…..BAYAR MAHAL TUE…….
tapi jangan la sampai nak menjatuhkan produk lain pulak nye nara….
kita ni masih duduk di bawah satu negara..cintai la buatan negara sendiri…
bangga jadi anak Malaysia..yg mana menjadi salah satu pengeluar produk yg berkualiti….
ape pun kalau beli barang yg lebih gah konon nyer…kalau nak rosak..rosak juga kan..nasib so peace…
huhu…sedih perodua kelisa saya dah jual….kereta paling mantop…tahan lama…cukup time memang sentiasa servis….sayangnya…
KO PAKAI KETE MYV JE KE??MASYUK BNYK2 DUK BT DOSA NI JE BLH PKAI???
I pakai Golf je..so no komen hahaha
MINAT KETE IMPOT……
dah makin menyampah bila makin hari makin banyak pulak post promote barang bagai. boring oiii
saya sokong kereta buatan malaysia.. saya sokong dan sayang sama PROTON…
kete proton n perodua mahal gila babeng..kekadang terpikir harga mcm x logik dek akal jek..dah lar interest mahal gilerrr..bukan x nak sokong buatan malaysia tapi dek sebab mcm tu ler buat orang ramai pilih kete import huhu