Written by Bella | June 14th, 2016

Pelakon vateran Mustapha Kamal melaui wakilnya telah tampil memohon maaf kepada orang ramai kerana menyebarkan berita palsu mengenai Acapan yang sudah memeluk Islam semalam.

Menurut wakil tersebut, akaun Facebook Mustapha Kamal diuruskan oleh beberapa orang admin dan juga Mustapha sendiri.

Namun, berita mengenai Acapan semalam bukan dimuat naik oleh Mustapha.

Saya mewakili abe Mus ingin memohon maaf diatas penyebaran berita tidak sahih mengenai acapan telah memeluk Agama Islam semalam. Saya sedar berita ini palsu selepas pihak mStar menyebarkan berita sebetulnya.  Secara jujurnya posting tersebut bukanlah di update oleh abe mus tetapi admin bertugas.

Berikut adalah kenyataan penuh perrmohonan maaf tersebut :-

Tidak mengapa, kadang-kadang kita akan melakukan silap dalam menyampaikan sesuatu. Jangan segan untuk minta maaf dan berhenti mengelirukan orang ramai.

Sumber Berita : Facebook Mustapha Kamal

6 responses to Mustapha Kamal Mohon Maaf Sebarkan Berita Acapan Masuk Islam

  1. Black Cat says:

    Orait…abe mus dimaafkan..semoga berhati2 di lain hari,,,

    0

    0
  2. kakikucinghitam says:

    fb abe mus di plg best plg sempoi hahahha.. kelek kelate belako tubik. x fake langsung

    0

    0
  3. Mat Ronggeng says:

    Bak kata pepatah orang berceramah… “Yang jahat-jahat semua datang dari ADMIN. Yang baik baik datang dari Abe Mus… asalkan boleh put a blame to “someone”….

    Abe Mus…Abe Mus… facebook pong nak pakai Admin…. biar BETIK !!
    Facebook is so 1995, orang lama je sibuk ber-facebook. Siap mengaku ada Admin lak tu…hehehehe…tak caya saya …. Sekarang ni orang pakai INSTAGRAM lah Abe Mus….tak main facebook dah…

    Mintak maaf tu dah gentleman…tapi kalau nak jadi REAL gentleman… mengaku aje lah silap sendiri… hahahaha

    0

    0
  4. Hadam elok2 says:

    Orang Islam yang dilahirkan berketurunan Islam kena faham bukan mudah untuk saudara baru nak hebahkan pada umum ya. Ingat tu. Awak2 tau suka suki sebar. Yang menanggung peritnya memang seksa. Jadi kalau mereka peluk islam lebih baik ucap Syukur doa baca surah sedekah pd dia. Tanya dulu, boleh dihebah atau nak kekal rahsia smpi satu tempoh masa yg sesuai. Jangan gelojoh beb. Tak hadam makanan, takut diri sendiri yg dpt sakit. Ni bukan ada kena mengena dgn Acappan.

    0

    0
  5. mira says:

    aku pun xpercaya keja admin. sbb ayat statement dr fb dia nmpak sgt meyakinkan dr dia yg rapat sgt dgn acapan. gelojoh sgt heboh tu kenapa. ada minta permission acappan dulu ke. be gentleman. by the way, sy ada follow fb abg mus. sll abg upload psl mkn je byk. rajin eh admin upload cerita psl apa yg abg mus mkn. peringatan pd semua org jgn sibuk nk bercerita psl hal org lain. dh la xminta permission lak tu. nasib la klu kena saman. admin juga yg naik nama. hahaha

    0

    0
  6. Srikandi says:

    Macam mana boleh kata tak masuk Islam lagi? Sedangkan gambar tu terang2 dah buktikan yg die dah mengucap syahadah.. Orang yg tak cukup ilmu mmg la tak tahu.. Cara jari telunjuk diarahkan ke atas tu adalah simbol penyaksian bahawa tiada tuhan selain Allah ?.. Jadi macam mana Acapan boleh kata die belum Islam lagi.. Takkan saje2 olok2 je kot..

    0

    0