Written by AbangNara | May 28th, 2014

Ramai yang terkejut apabila desas-desus perhubungan antara Shahir dan Erra Fazira mula tersebar minggu ini. Ada yang menyokong, ada yang membantah. Ada yang masih mahukan Erra bersatu semula dengan Engku Emran. Ditemui oleh Era.fm, Erra membuat penjelasan yang lebih mendalam mengenai isu ini. Mungkin semua pihak akan lebih jelas apabila membaca penerangan yang diberikan oleh primadona ini.

erra dan shahir

Kata Erra:-

Sebenarnya bukan hal besar. Saya mahupun dia berhak untuk berkawan dengan sesiapa pun. Kenapa perlu dipersoalkan. Lagipun kita dalam satu industri jadi saya rasa berkawan tidak salah.vSemasa dia ditemuramah saya ada waktu itu. Tak ada pun dia cakap kata berkawan rapat.

Tetapi biasalah ada yang menokok tambah. Berkawan memang saya berkawan dengan dia. Buat apa saya berbohong. Lagi pun saya ini bukan remaja belia lagi nak begitu dan begini. Kami diterjah hari yang sama.

Mungkin saya sudah biasa dengan situasi sebegini jadi saya boleh menjawab secara mudah. Tetapi Shahir mungkin dia terperanjat dengan soalan sedemikian rupa. Dia budak baik dan mungkin cara dia menjawab itu dimanupilasikan oleh pihak media.

erra dan engku emranDitanya mengenai kemungkinan untuk dirinya dan Engku Emran bersatu kembali selepas mereka berdua dilihat bersama di dalam beberapa gambar yang dikongsi oleh bekas suaminya itu, Erra menerangkan:-

Saya faham mesej yang hendak disampaikan oleh dia. Kiranya kami macam contoh kepada orang luar terutama yang bercerai yang abaikan anak dan sebagainya. Walaupun kami berpisah tetapi tanggungjawab terhadap anak tetap diutamakan dan kami boleh bersama dan bersatu demi anak. Tidak semestinya kalau demi anak-anak perlu bersatu atau rujuk semula. Tetapi kita boleh berbaik demi anak. Dan saya rasa ia sepatutnya dipratikkan oleh insan-insan yang telah berpisah

erra dan engku emran

Rasanya baiklah kita memberi peluang untuk Erra Fazira menjalani kehidupan “single” buat sementara waktu ini. Bagi peluang untuk Erra untuk melakukan apa yang dimahukan tanpa menghimpit dengan persoalan mengenai pengganti bekas suami atau kemungkinan untuk rujuk semula. Kalau Abang Nara jadi Erra, stress juga nak melayan soalan-soalan sebegini. Tak gitu? Apa pendapat anda?

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

27 responses to Mungkin Cara Shahir Menjawab Dimanipulasi Media – Erra Fazira

  1. sentap says:

    mane yg terbaek, kau buat laa. kau pon bukan mude lagi. kalau rase EE x ok, da xserasi, move on jer.. pihak media mmg la pndai putar belit. kang xputar belit, xlaku citenyer.. oppss

    0

    0
    • Bedah says:

      Apasalahnyer pucuk muda…

      0

      0
      • fafau says:

        erra ni mcm betul2 x nak kat emran kan..kenapa yea..emran u must have done something yg buat erra tutup hati nak u..hmmm

        0

        0
        • bertaubatlah korang says:

          boring…

          0

          0
        • NUR says:

          Tengok Primadona tadi tajuk ” Kasih Bertaut Semula”…bila ditanya kepada Erra…Apabila hati wanita dah disakiti….dikhianati dan diabaikan….Hmmmm….adakah ini yang membuatkan Erra macam dah tawar hati dengan Engku Emran?

          0

          0
      • Melati says:

        Bedah …ko silap aper yg pucuk muda nya…ko ingat Erra ni macam Che Ta , nampak ker urat2 kat tengkok Erra ? betul lah pilihan Sharir tu..takan lah Sharir tu buta…kater kan Sharir ambil anak Dara umur dlm lingkungan 20an…tapi anak Dara tu muka cam getah pemadam, takaan lah Sharir nak, aper benggong nya Bedah ni? pucuk muda …mcm Che Ta gan Zain Saidin or Abby Abadi ..ader paham..Bedah..

        0

        0
    • rapunzel says:

      erra sgt bijak dlm menjawab soalan… wartawan plak mmg suka tokok tmbah..

      0

      0
  2. rambutpalsueraberkata2 says:

    ermm..ape2 je la..kdg2 aku rasa wartawan media ni sendiri mm hampeh..suka besar kan benda yg kecik,smpai ada artis yg jd mangsa..dr bergaduh kecik smpai bercerai jadinya..come on la..xpyh nak paparazzi sgt..

    0

    0
  3. biasa la retis kan..
    syahir pon, ramai lagi girl muda2 dari si era nie, poyo lebih..

    0

    0
  4. Anonymous says:

    betul la tu x kan Erra nak si Sahir tu…… x da maknanya…..

    0

    0
  5. Anonymous says:

    Cik ta pun x nak kan dia ni kan pula ERRA FAZIRA

    0

    0
  6. Olaf says:

    bio le dia nk berkawan ngan sape pn..btl jugak ap y erra ckp..wlpn dh berpisah tpi ttp bersatu demi anak…tpi kalau btl ngan shahir pn x ap..shahir tu pn bujang bukan laki org pn…

    0

    0
  7. anon says:

    Alaa….erra, awie kan ade. Gih lah sambung balek kaseh kamu berdua tu. Si syahir tu muda sngt, tak sesuai. Tapi kalau dgn awie mmg ok…. Wife awie mesti tak kesah berkongsi kaseh dgn erra. Dulu dia pun merampas awie dari arni jugak kan. Aku doakan dia org berdua ni ade jodoh…

    0

    0
  8. Pemerhati says:

    Btul kan teman cakap. Shahir ni budak baik. Erra pun cakap.

    0

    0
  9. che ta says:

    che ta boleh..takkan erra x boleh…x der salah belaki muda ..tenaga pun masih kuat..

    0

    0
  10. kuntut says:

    kdg2 menjadi sahabat lebih serasi dari menjadi pasangan suami isteri ……

    0

    0
  11. Shaklee says:

    Erra patut reunite dengan emran

    0

    0
  12. LESONG says:

    nk jd che ta dgn zain ka dorg dua nih?
    oh peeeeeeeeliiiiissssssssssss lahhhh!!

    0

    0
  13. Anonymous says:

    ya kan dulu arni rampas awie dari erra pas tu wife dia now rampas dari arni tapi x kan nak rampas balik… apa2pun suka klu erra balik ngan x husbund …x suka shahir biarpun muda x ada kualiti heeeee……….

    0

    0
  14. Anonymous says:

    bagus cara erra jawab, tk singgung mane2 pihak pun…….
    semoga erra bahagia hendaknya

    0

    0
  15. hhDD says:

    Artis2 kat Malaysia ni, kena belajar sikit cara erra handle sesuatu perkara…dia tak cepat melatah, jawab dengan berhemah, tak salahkan pihak yg lain dan always positif..keep it up erra..moga bahagia buatmu.. =)

    0

    0
  16. kiah kepoh says:

    tak abis2 la erra ni.baru je cerai dah dgn shahir pulak ,satu yg aku tak suka tgk erra ni bila tengah bahagia suka sgt over expose bila ada masalah sikit2 cerai .

    0

    0
  17. ultraman bogel says:

    SHAHIR…. Bersedialah anda dengan gel2 dan alat pelincir yang tidak melecetkan… AUUUMMMM terlajak laris… kih kih kih…

    0

    0
  18. needy says:

    Dulu dgn Che Ta. Bukan ada UNSPOKEN RULE ke tak bole date dgn ex kawan sendiri? Or depa ni bole main pass-pass. Lepas ni pass kat Kak Engku lak lah. OH NOOOOOOO. hahahahahaha

    0

    0
  19. […] Mungkin Cara Shahir Menjawab Dimanipulasi Media – Erra Fazira (24) […]

    0

    0
  20. […] Mungkin Cara Shahir Menjawab Dimanipulasi Media – Erra Fazira (25) […]

    0

    0
  21. […] Mungkin Cara Shahir Menjawab Dimanipulasi Media – Erra Fazira (26) […]

    0

    0