Mungkin Allah Mahu Menyampaikan Sesuatu – Awal Ashaari

Hiburan

Mungkin Allah Mahu Menyampaikan Sesuatu – Awal Ashaari

Kemalangan yang dialami oleh Awal Ashaari baru-baru ini memang cukup mengerikan. Kalau melihat keadaan kereta, pasti ramai yang menyangka penumpang/pemandu di dalamnya cedera parah. Namun Alhamdulillah, Awal Ashaari dan rakannya sekadar cedera ringan. Memang satu keajaiban sungguh. Syukur sangat Awal Ashaari masih dipanjangkan usia dan paling penting, tidak membawa anaknya, Lara Alana ketika itu.

awal ashaari Apabila musibah menimpa diri, pastinya ia memberi kita kesempatan untuk muhasabah diri. Kalau selama ini kita ambil mudah sesuatu perkara, mungkin kemalangan adalah cara Allah mengingatkan kita, memberikan kita amaran dan menyedarkan kita sebelum terpesong jauh. Abang Nara tertarik dengan kata-kata Awal Ashaari. Memang boleh dijadikan panduan untuk kita. Kata Awal:-

Advertisement

Bagai mati hidup semula, ia benar-benar satu keajaiban jika dilihat pada keadaan kereta yang remuk teruk. Hanya selepas 9 jam menerima rawatan, baru saya bersedia melihat gambar keadaan kereta yang dinaiki. Saya bersyukur kerana masih dipanjangkan usia. Ia bagaikan satu keajaiban dan mungkin Allah SWT mahu ‘menyampaikan’ sesuatu.

awal ashaari Abang Nara teringat kemalangan yang pernah menimpa diri ini. Cuak sungguh melihat sebuah kereta Kancil berpusing di hadapan Abang Nara tanpa sebarang amaran. Nasib baiklah sempat tekan brek. Berlanggar tetap berlanggar, namun lega sebab isteri dan diri Abang Nara tidak cedera. Trauma jugaklah seminggu dua nak bawa kereta. Apa pun, semoga Awal Ashaari segera sembuh dan dapat menjalani kehidupan seperti biasa. Sumber Harian Metro.

P.S: Mitsubishi Triton 2015 bakal dilancarkan 1 April ini?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...