Written by AbangNara | September 29th, 2014

Akademi Fantasia memang sentiasa penuh dengan kejutan. Konsert semalam menyaksikan salah seorang pelajar AF2014 yang berbakat besar iaitu Muna telah tersingkir. Mendapat undian terendah sebanyak 5%, pemergian Muna telah menimbulkan rasa tidak puas hati para peminat kerana bagi mereka ada pelajar lain yang lebih layak untuk disingkirkan. Namun inilah Akademi Fantasia, undian penentu segalanya.

muna af2014

Kalau marah dan luahkan rasa tak puas hati di laman sosial tanpa mengundi, tak ada gunanya. Namun daripada pembacaan Abang Nara, ramai yang mahukan Ziha atau Nina yang terkeluar kerana prestasi yang ditunjukkan oleh mereka tidak pernah memberangsangkan. Antara komen-komen yang menarik di Facebook Akademi Fantasia ialah:-

muna af2014

muna af2014

Nampak gayanya sudah mula ada suara-suara yang mahukan undian AFmasuk diadakan. Hmmm. Bagi Abang Nara terlalu awal untuk AFmasuk. Lagipun AFmasuk sudah terlalu banyak kali digunakan dalam Akademi Fantasia sebelum-sebelum ini. Mungkin ada cara baru yang lebih unik dan kreatif. Apa pun, Abang Nara suka dengan cadangan ‘bottom three’ dibawa naik ke atas pentas dan peserta yang tersingkir dipilih oleh para juri. Itu lebih bagus untuk memastikan yang betul-betul berbakat tidak tersingkir awal.
muna af2014

Buat Muna, tersingkir awal daripada AF2014 tidak bermaksud anda tidak berbakat. Sudah tertulis rezeki anda sampai di sini. Pasti ada hikmahnya. Jangan sedih-sedih. Semoga terus berjaya di masa hadapan. Jadikan AF sebagai batu loncatan untuk anda mengembangkan lagi karier.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

57 responses to Muna Tersingkir, Peminat Tak Puas Hati #AF2014

  1. sentap says:

    hahahahha… woi neh rancangan astrok laa.. macam biase laa.. da keluar, nati ade afundi masuk.. time tu sume pulun2 nk undi kaum kerabat, sdare mare dorang.. tak ke kaye astrok? lagi 1, azwan no 1 der.. layak ke? aku xtaw celah bedah mane sedap sore azwan tu

    0

    0
    • baru mula nak tengok AF says:

      Baru 1st time nak tengok AF, tuptup jadi macam ni pulak!!!aduh sayang..tapi permainan astro memang mcm tu.tengok je la super spontan tu..hehehe

      0

      0
      • Datin K says:

        Muna okey apa.. memang betul suara dia tak sepower Indah dan tak sepower Ziana Zain, tapi dia boleh bawak dengan cara dia tersendiri, dan tak terkucil pun bila dia tarik ikut kemampuan dia. Sedap juga apa banding Nina yang dah 2 minggu turut2 mengecewakan. Tapi Nina still the best time nyanyi lagi “Zombie”.

        Ziha ada rupa, kalau out pun David Teoh dah ada melamar dia. Aku rasa yang boleh out sekali gus Nina, Ziha, Amar.

        Aku pilih Ewal, Adel, Firman !

        0

        0
        • anon says:

          seppp! aku pun suka ewal, adel dan firman! pompuan sakai si Nuha tu dah kenapa? org lain pun gila2 jugak, rugged jugak, takde la sampai sakai.

          0

          0
        • kakiwayang says:

          betul…

          awal2 mesti orang fikir nuha sempoi…tapi lama2 cam gedik yang menunjuk2 pulak….macam ‘tengok aku, aku sempoi, lihatlah dunia’…hahaha…

          orang yang betul sempoi tak macam tu…

          0

          0
        • korang masih ikuti program nyanyian yg mcm najis ini…

          0

          0
        • Lembu Gemok says:

          adoii…yyang geng muna ni marah sgt apsal…dah korang tak undi dia, and walaupon yang sora2 diorang tu FAIL, tp pengundi ramai, nak wat cam mana..itu laa realiti show…sorry mmg tak layan AF ni, tp sbb dah kuar sini, just nak bg logik jer..kecoh betol..bagus gak dari tgk pmpuan bertudung terkinja2 atas pentas…

          0

          0
    • Olga says:

      HAHA YG MANA YG SEMBANG KENCANG SGT TU,KORANG TGOK AF PON X, NK KOMEN LEBIH2,ADA KE NAMA PELAJAR AF ZAHIR,AMAR N FILEX YG KORANG CKP TU?????XDE KAN????????

      0

      0
      • blek says:

        orang yang betul2 obses and giler artis giler af je yang betul2 hafal nama dan ejaan macam ko la olga.. buuuuu…

        0

        0
    • Olga says:

      KALAU PAKAI JURI PROFESIONAL 100% MESTI AMAN,ZIHA,ZARIF N NINA YG KLUAR DULU,

      0

      0
  2. nok gebuzzz says:

    peminat jugak yg undi,nasib la kan…..kalau ikut kan mmg patut ziha yg kuar….nyanyi x sedap,tggu david teo x lama lagi amik dy belakon

    0

    0
  3. NNorAmy says:

    Yg bising2 duk sbuk muna x ptut kuar tu ada ngundi ke. kalu x de ngundi diam2 sudah.
    ckap pung pang pung lbh…

    0

    0
  4. NNorAmy says:

    Korang2 yg bising2 ckp Muna x patut kuar ada ngundi ke kalo x de ngundi diam2 sudah.
    Ckp pung pang tp tak de action. Org mcm ni wat semak dh tentu le rancangan ni full sms dr org luar.

    0

    0
  5. Pretty nice post. I just stumbled upon your blog and wanted to say
    that I’ve truly enjoyed browsing your blog posts. After all I’ll be subscribing
    to your rss feed and I hope you write afain very
    soon!

    0

    0
  6. zizie says:

    Saya rasa lepas af 7, yg menampilkan hazama kalau xsilap lah menang, lps tu af seterusnya tidak best dan tidak mematuhi kehendak peninton, tp lps saya tgk konsert af2014, saya rasa peserta byk suara boleh pergi jauh

    0

    0
  7. Seroja says:

    Better korang wat macam aku… tak yah tgk AF. Karan jimat, masa tak terbuang, hati tak sakit, duit prepaid selamat
    The Malaysian almost blind kalau pasal bakat2 ni. Undi kaum kerabat dia ngan yang dia suka je. Berbakat ke dak, belakang kira.
    Ignore je AF ni.
    Aku dah berapa tahun dah abaikan program realiti macam AF ni.

    0

    0
    • Agensi Berita Dunia says:

      Sokong sejuta kali! Bagi derma kat rakyat Gaza lagi afdal daripada bagi derma kat rancangan sampah cap ayam ini!

      0

      0
    • Hayrin Matahir says:

      Betul! Saya dah berhenti menonton rancangan ini dan yang sama benda dengannya sejak 2006 lagi..

      0

      0
  8. Watever says:

    Sepatut nye undian keluar dibuat oleh juri profesional bukan nye undian dr SMS. kalau undian dr SMS mmg kelaut lah pelajar yang buat performance bagus tu. Pihak Astro kalau nak untung sekalipun buat lah undian SMS yang bernas ckit..macam sapa buat performance terbaik mingguan ke, suara bagus ke…kalau sejuta saudara mara pelajar suara tahpapa sms..dah sah2 lah kau menang kan??

    0

    0
    • middlefinger says:

      engkau ada belajar subjek business tak? kalau tak, kau harus terima hakikat, dunia ini memang tidak adil. janganlah emosi sangat takat rancangan poyo mcm tu. semua pelajar AF pun mmg takder aura nak menyanyi, cuba ko tgk rancangan omputeh nyanyi, sampai semua duduk terdiam tau tak. takat AF tu??? baik aku pergi tido.

      0

      0
  9. eleen says:

    elok la ko keluar muna….buat malu je pakai tudung tapi terkinja- kinja menyanyi tu….ingat dosa pahala ye….suara itu aurat juga bukan rambut sahaja….

    0

    0
  10. minah jambu idop umno ! merah biru says:

    tekeluar pon bagos lah huh ! minah tudong tk payah la nk Af Af sangat buat semak aje…huh !!

    0

    0
    • Xoxoxyyyy says:

      Setujuuuu!!!! Yang gadis2 muslimah bertudung litup, tak payah la masuk AF. Tak malu ke? Image seorg yang beragama Islam tolong la jaga. Termasuk sekali penonton2 konsert yang kepala bertutup tapi terkinja2.

      0

      0
  11. munamuni says:

    kehkehkeh,peminat yg bising dlm skrinshot tu bising je lebih.undi nye tak.kalau kau undi dan favourite kau tekeluar ok la bising2.ni sembang saje kencang.hihihi

    0

    0
  12. Sophia says:

    Such a waste programme organized by astro to watch. Si gadis beraksi di atas pentas seolah tiada sifat malu. Cukup la Astro memanipulasi golongan2 muda seperti ini. Why not buat program yang menjana minda instead of program yg melalaikan ini.

    0

    0
    • Sabri Ali @ Nick says:

      RODA IMPIAN, MONEY DROP, MASTERCHEF MALAYSIA, ONYOMAT GESET GO dan FEAR FACTOR MALAYSIA pernah tayang di Astro tidak lama dulu.

      0

      0
  13. Melati says:

    Patut Zizan yg keluar …,mesti AF bernafas semula….

    0

    0
  14. ANTI-REALITY-SHOW says:

    laaa…ada lagi ke AF ni? patutnya dah pupus…AF dan semua rancangan realiti (haha, realiti la sangatttt) adalah rancangan TAKDE KUALITI, SYOK SENDIRI, MEMBODOHKAN MASYARAKAT (YG BODOH) UNTUK MEMBAZIRKAN DUIT DAN MENGKAYAKAN TOKEY ASTRO, MELAHIRKAN SEKUMPULAN MANUSIA YG TAK LAYAK DUDUK DALAM INDUSTRI SENI SEPERTI MAWI DAN TAH SAPA2 LAGI (SORANG DUA AJE YG BAGUS SEPERTI JACLYN VICTOR & NITA), MEMPERDENGARKAN LAGU2/PERSEMBAHAN YG SETARAF LONGKANG..paling bangang adalah mak bapak/keluarga yg menangis2 bagai sebab anak tersingkir..alangkah eloknya kalau mak bapak menangis sebab anak tak tahu mengaji ke, tak ke sekolah ke, anak malas bekerja ke..ini nangis sebab anak tersingkir dalam program yg bergelumang maksiat??? mak bapak jenis apa ni? memalukan aje..AF ni kasi kuburkan aje laa..rancangan tak mendatangkan manfaat!

    0

    0
    • Peminat Piala Dunia says:

      Yang hiburan patutnya dah lama pupus..

      0

      0
    • Kaki Anime says:

      Sokong sejuta kali! Elok rasanya rancangan realiti hiburan cap ayam macam ini patut kena tukar dengan rancangan realiti yang menjana minda seperti ONYOMAT GESET GO, AMAZING RACE, FEAR FACTOR dan MASTERCHEF MALAYSIA.

      0

      0
    • Peminat One Piece says:

      Betul! Tgk anime ONE PIECE lagi sedap daripada tgk rancangan sampah cap ayam ini!

      0

      0
  15. Xoxoxyyyoo says:

    Laaaa… Dia keluar ke? Study USM? Baik balik USM. Belajar rajin2, sampai PhD. Kejar ilmu dunia dan akhirat. Ilmu hiburan ni, tak payah la. Hantu kak limah, nyanyi lagu injit2 semut pun boleh jadi fofular. Mmg tak tgk, AF., kapsul ke konsert ke.. AF ke aku afundi tukar channel. Baik tgk CSI.

    0

    0
  16. wangbipuhhanhu says:

    adel, zahir, nina yg nyanyi mcm sampah npe tak kuar? aku rasa muna dan ewal yg orginal leh nyanyi, separuh dari tu mcm buat buat suara leh nyanyi ,,pastu terkucil lah terkehel lah pastu jerit x kena gaya sampai aku kat umah naik meremang bulu roma bukan meremang sedap meremang ngeri dan geli juri lak cam excited nak cari lain dari yang lain sampai kan pecah gengendang telinga pun komen ok baik cari katak baru lain dari yg lain dan tak tiru sesiapa

    0

    0
  17. jengjengjeng says:

    AF? rasenye dh lame juga aku xlayan af nie…last ku enjoy af ni masa zaman filex…lpas filex dpt no. 2 tu…trus ku xminat nak tgk, sbb? sbb xadil pun….dorang bg org yg menang tu pun psl nak naikkan rating…spa yg dorang rsa dpt naikan rating dorang memang dorang simpan kot…lgpun skang ni byk artis xde bakat jadi penyanyi pun smua gune auto tuning je…

    0

    0
  18. mimi says:

    Takpayah nak kecoh sangat lah. Kenapa Muna terkeluar kenapa Muna terkeluar bagai, dah awak tak undi cemana dia tak terkeluar. Dah tau format AF tu macam tu lagi nak bising. I dah cukupla undi Adam masa zaman Zahid, Farah breep breep semua tu, diorang dok happy jadi artis orang kenal, yang kita pengundi ni satu pun takdapat apa.

    So since then I just tengok je lah.

    0

    0
  19. Anonymous says:

    Rancangan yang sangat menjatuhkan mentaliti, martabat dan juga maruah org Melayu khasnya org Islam…

    0

    0
  20. tulang kental says:

    Aku duduk depan tv nengok af tak sabar tunggu turn FIRMAN jer sebab suara die best woo. Habis FIRMAN nyanyi, aku tukar channel…

    0

    0
  21. hmmmmm.. says:

    kowg x undi..cm ne x kuar,,,, hahahahhaa!!!! kowg undi la.. tgk THE VOICE lg besh!hehehehe

    0

    0
    • Anonymous says:

      THE VOICE, X-FACTOR pun sama jugak, buang masa. Baik sokong FEAR FACTOR dan semua jenis rancangan anime Jepun macam DRAGON BALL, ONE PIECE dan yang sama benda dengannya.

      0

      0
  22. bedahmulutpuaka says:

    Aku tengok af sebab firman, ewal dan nuha je..

    0

    0
    • Anonymous says:

      yekkk nuha c terkinja kinja,terjihing jihing tu yg ko tgok..uweeeccckkkk…ape penyakit bdk tu aku pn xtau xphm btl laa..mcm dibuat buat perangai nye tu..gedik seyhhhh…

      0

      0
  23. Kelilawau says:

    X patut Muna tersingkir…Memon, Komeng dan Karim patut dikeluarkan…

    0

    0
  24. sbsk sbanl ali kma jbania nslu ali amu amka k
    Nzk amoa k a,oa kbaki ali aby alobua jabu abu nso.js i hso shi ali us dbu sbuaobu abj jsbjdbjd u bdnkjbdbsj nMia ualha,oa jsdablanu alnu aroanj alnuank aou a kanaijwobu qlju ali j.kaki.la ua j ajnk.kalji k jalo.i j anaki kanj abk aimalniq idbso ua lanunaojianj anjbaomia u a jbsfadvhd js jslni mis kn.ini sbsknsbjsbj bsmkhongdlh dnjbdksksbudndnkdnkd dg sfgwku snialbu albua kabunlani. Anubakaiaklankia alo kaiqkakajwbubsmnk slni jsjsbjskbsjs jdwbsmks jsnjs jsnu sksksk.ksmbks u sks j js js jss sjbjs js ksls is isnslnisnis ks sjbjs j

    0

    0