Written by AbangNara | February 26th, 2015

Rupa-rupanya tahun ini Shaheizy Sam sudah pun berusia 33 tahun. Fuh~~~ Selalu lelaki Melayu di usia ini sudah pun berkahwin dan menimang 2 atau 3 cahaya mata. Namun buat Sam, jodoh yang dicari masih belum ditemui. Pelakon Adnan Sempit ini masih single sehingga ke hari walaupun sering dikaitkan dengan selebriti lain seperti Fazura, Syatilla Melvin dan Puteri Najwa. Agaknya siapakah gadis bertuah yang akan bergelar isteri kepada Shaheizy Sam suatu hari nanti?
shaheizy sam dan ibuSelama ini, semua orang pun mengetahui betapa rapatnya hubungan Shaheizy Sam dengan ibunya, Khaty Fauziah. Lebih selesa dengan nama panggilan ‘Mummy Khaty’, ibu Sam melahirkan rasa ‘penat’nya menjaga anaknya itu dan mahu agar Sam bertemu jodoh tahun ini. Kata Khaty Fauziah:-

Sampai bila dia hendak membujang? Usia pun sudah 33 tahun. Makan, minum dan pakai, mummy yang masih menjaga semuanya. Sam seorang anak yang manja. Asyik mummy saja yang menyuap dia makan. Jadi, mummy sudah penat. Biarlah orang lain pula yang menguruskan dirinya.

Mummy harap, Sam akan dapat isteri yang mampu menjaga dirinya seperti mana mummy lakukan selama ini. Soal pilihan hati, mummy serahkan kepada Sam kerana beliau yang akan meneruskan hidup sendiri. Kalau mummy cakap mummy hendak yang bertudung dan bukan dalam kalangan artis, mummy tetap tidak boleh buat apa-apa kalau pilihan Sam sebaliknya. Itu pilihan anak mummy dan mummy haruslah berkorban.

shaheizy sam dan ibu

Adakah cita-cita Mummy Khaty akan tercapai tahun ini? Adakah Shaheizy Sam akan bergelar seorang suami dalam masa terdekat? Abang Nara percaya Mummy Khaty tak sabar untuk melihat anak terunanya bersanding di atas pelamin dan mempunyai seorang isteri untuk menjaganya. Sama-samalah kita doakan yang terbaik. Sumber Berita Harian.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

20 responses to Mummy Sudah ‘Penat’ Jaga Sam – Khaty Fauziah

  1. Anonymous says:

    pelakon lelaki yang paling tak handsome tapi ramai jelitawan berebut……….

    0

    0
    • anon says:

      mestilah berebut sb terkenal n loaded kot…. Kalau takde dua2 tu, takde yg pandang pun…

      0

      0
    • Anonymous says:

      takdela tak hensem..boleh tahan juga..tak fotogenik kot..tapi kalau tengok depan2 ok je…kalau tak, takdelah fazura dan syatiela tu sangkut…btw, rasanya takde siapa pun yg berebut2…bila masa fazura tengah berebut sam tu..mengaku pernah bercinta je pon.

      0

      0
      • Anonymous says:

        aku pernah nampak sam samdol ni pat singapore. depan2 lagi & I will like to confirm-kan statement orang atas tu cakap dia pelakon lelaki paling tak handsome.memang betul pun, dia langsung tak handsome bukan pasal tak fotogenik.

        0

        0
        • HUHA says:

          ye ye je kau? Aku duduk Msia ni byk kali nmpk bbanding yg duk Singapore, boleh lah, xlah hensem mana pn tp xlah smpi paling x hensem..apetah lg “langsung x hensem”…???

          0

          0
        • Anonymous says:

          Beauty in the eyes of the beholder.Mungkin pada dia tak handsome pada kau handsome so masing2 punyer tastelah.tak gitu bukan ye ye ker.

          0

          0
        • Anonymous says:

          ramai yg comment yg cakap dia tak handsome. bukan menghina its a fact. kalau tv mainkan drama or movie dia terus aku tutup tv. tak der daya tarikan utk buat aku tengok movie or drama dia.

          0

          0
    • samdol says:

      baru aku tahu…sam ni oku..sampai makan pun mak dia suap lagi..

      0

      0
  2. Anonymous says:

    Bukan anak manja tp mengada nk mampus..laki jahat hati busuk xmo ngaku becinta dgn fazura dlu..laki saiko ciss.. Maaf ye ngutuk TD..ya ampun

    0

    0
  3. Boa says:

    Jangan nanti lepas kahwin menantu pun minta urus makan n pakai sekali dgn mummy ye. .Tgk gaya gf2 sam 2 semua mcm jenis harap org gaji je..

    0

    0
  4. Shhh says:

    Tak semestinya hensem buat semua org akan jatuh cinta..Sam ni da daya penarik sehingga dia digosip kan dengan beberapa wanita sebelum ni..pernah digosipkan dengan Lisa Surihani, Nora Danish, Wawa Zainal, Yana Samsudin, (semua dh move on dn selamat menjadi isteri org) sekrg ni Fazura, Syatilla Melvin dan Putri Najwa..hanya yg pernah kenal Sam tahu Sam mcm na..mgkin dia nak yg terbaik untuk dia..

    0

    0
  5. alamanda says:

    “Kalau mummy cakap mummy hendak yang bertudung dan bukan dalam kalangan artis, mummy tetap tidak boleh buat apa-apa kalau pilihan Sam sebaliknya”.

    syatila free hair n artis.. oopss.

    0

    0
  6. laura says:

    oh, come on. he’s freaking 33. sheesh!

    0

    0
  7. anon says:

    Mak ape gini. Kalau anak dah besar pun ape salahnya jaga makan minum dia. Lagipun kita kene masak jgk utk, so ape salah masak lebih sikit utk anak sekali. Kalau aku, anak nak duk dgn aku lama mana pun aku suka.

    0

    0
    • hamba Allah says:

      Itu mcm kata kiasan org2 tua la samdol.maminye nk anknye btemu jodoh, kahwin cpt.ckp tu jgn main sondol je.simpan sikit bodoh tu.jgn nk tunjuk sgt kat org.

      0

      0
  8. Beyonsee says:

    Mak nya yang terlebih lebih nak jaga si anak ni…bukan nya tak boleh mamat ni keluar rumah hidup sendiri, sewa rumah…mak nya yang tak boleh nak lepaskan….komplen pun macam ndak tak ndak je..

    0

    0
  9. Bibik says:

    Ni nak cari life partner ker org gaji? Ko nak buat bini jadi kuli yek? You dodge a bullet, Fazura…

    0

    0
  10. Anonymous says:

    “Jadi, mummy sudah penat. Biarlah orang lain pula yang menguruskan dirinya.

    Mummy harap, Sam akan dapat isteri yang mampu menjaga dirinya seperti mana mummy lakukan selama ini. Soal pilihan hati, mummy serahkan kepada Sam kerana beliau yang akan meneruskan hidup sendiri”

    Kenapa aku slalu dgr, mak nak cari prmpuan y bleyh jage anak laki die,, knp xtnye anak lelaki die sendri,, bleyh xjage anak orng lain (bakal bini).

    0

    0
  11. sabahbah says:

    Tak apa bah mummy… lepas ni kasi si abang bung pula jaga mummy k?

    0

    0
  12. mojo says:

    Umur 33 makan masih mak suap?kau biar betul?macamana nak kawin kalau cam tu.kau nie banyak sangat berlakon.segala2nya lakonan belaka.ce tunjuk sikit perangai kau yang kuat hisap rokok tu,barulah macho.nyampak pulak aku nengok artis lelaki gedik.

    0

    0