Muka Saya Merah Kerana Suasana Panas Dan Sesak – Khairul Fahmi

Hiburan

Muka Saya Merah Kerana Suasana Panas Dan Sesak – Khairul Fahmi

Ah ~~ Belum sempat Abang Nara kongsikan bersama anda gambar muka merah malu-malu kucing Khairul Fahmi ketika keluar bersama Dahlia Teck di restoran makanan Itali di Bukit Bintang, Kuala Lumpur, tup-tup server down pulak. Tapi ok jugak lambat dapat keluarkan, at least Khairul Fahmi dapat beri penjelasan sebenarnya tentang gambar-gambar tersebut.

khairul fahmi merah muka

Advertisement

Paling penting bagi Abang Nara, rasa syak wasangka muka Khairul Fahmi merah kerana meminum arak ternyata tidak benar. Khairul Fahmi dengan jelas menyangkal prasangka tersebut:-

Saya tidak sentuh (arak) dan muka saya ketika itu merah kerana suasana dalam itu (parti) panas dan sesak, menyebabkan muka saya jadi begitu. Dalam parti itu, saya duduk dengan orang yang saya kenal dan ada juga saya tidak kenal langsung. Jadi, saya tidak tahu siapa yang mengambil gambar itu atau siapakah empunya sebenar gambar itu. Bila saya tengok gambar itu pagi tadi (semalam), selepas dimaklumkan seorang rakan, saya agak terkejut. Tetapi, saya ingin menegaskan yang saya tidak ada kaitan dengan benda itu (arak) seperti dilihat dalam gambar

khairul fahmi merah muka

Dan kata Khairul Fahmi, inilah harga yang perlu dibayar apabila menjadi seorang yang popular.

Ke mana saya pergi, sudah pasti akan bertemu peminat dan mereka mahu merakam gambar. Pada parti hari jadi berkenaan, saya tidak terkecuali menjadi perhatian dan ada yang mengambil gambar

Hmmmmmm. Abang Nara tak taulah korang nak percaya ke tak dengan penjelasan Khairul Fahmi nie, tapi Abang Nara nie memang baik hati dan mudah percaya kat orang. Maka Abang Nara dengan 100% percaya segala kata-kata Khairul Fahmi. Yang penting konsentrasi jangan terganggu lagi-lagi nak dekat Sukan Sea nie. Tak gitu?

P.S: Pergh Dahlia Teck ~~ Awesome!!!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...