Written by AbangNara | September 11th, 2017

Sedih sungguh Abang Nara membaca nasib yang menimpa Hana Elite. Akibat ditipu oleh rakannya sendiri iaitu Watie Elite sehingga diisytiharkan muflis, Hana tidak dapat bertemu dengan anak-anaknya yang menetap di London kerana disekat daripada keluar negara. Bukan sebulan dua, sudah 2 tahun Hana tidak dapat melepaskan rindu berjumpa cahaya matanya itu. Tak boleh bayang betapa sedih dan rindunya perasaan seorang ibu yang terpaksa menanggung akibat kesalahan orang lain.

hana elite

Kata Hana Elite:-

Kejadian itu bukan sahaja menyebabkan saya diisytiharkan muflis tetapi banyak masalah lain terpaksa saya tanggung! Banyak benda saya hilang dan paling buat saya sedih, sudah dua tahun saya tidak bertemu anak-anak kerana tidak boleh ke luar negara. Bayangkan perasaan saya sebagai seorang ibu yang tak dapat bertemu dengan anak-anak kerana kesalahan orang lain.

hana elite

Untuk makluman, Watie Elite memaklumkan kepada mahkamah yang dia tidak diberi peluang membela diri dan tidak mampu untuk membayar tuntutan saman penghakiman berjumlah RM707,351.83. Menurut penjelasan Hana Elite, tuntutan asal adalah sekitar RM300,000 tetapi kedegilan Watie Elite yang acuh tak acuh menyebabkan hutang itu meningkat. Terang Hana Elite:-

Jika dia kata tidak tahu, ia tidak benar kerana bekas peguam saya ketika itu, SS Seelan sudah menyerahkan surat itu ke tangannya sendiri malah mereka berbincang kaedah untuk membayar ganti rugi itu.

Tapi nampaknya Watie terus berdiam diri dan enggan menyelesaikan tuntutan yang sebelum ini hanya berjumlah lebih kurang RM300,000 sahaja. Atas kedegilannya untuk membayar dan jadilah jumlah itu mencapai RM700,000 kerana faedah dikenakan selama tempoh dua tahun.

hana elite

Apa yang penting, Hana Elite sudah serik dan tidak akan memaafkan Watie Elite atas apa yang telah dilakukan. Abang Nara sokong keputusan yang diambil oleh Hana ini. Sebelum ini, Hana telah cuba menyelesaikan secara baik tetapi Watie tidak mengendahkannya. Bila dah kalah di mahkamah barulah nak buat ayat “dulu kami berkawan baik dan sebagainya”. Kata orang, menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tiada gunanya. Kalau betul anda seorang kawan, takkanlah sanggup perlakukan kawan lain sampai muflis. Itu bukan kawan namanya. Tak gitu? Sumber Mstar Online.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

45 responses to Muflis Kerana Watie, Hana Elite Tidak Jumpa Anak Selama 2 Tahun

  1. wekkkkkkk says:

    Ya ALLAH, 2 tahun x jumpa anak, aku yg baru 1 minggu ni suami bawa ke luar negara ni pun cam nk mati rasanya menahan rindu….siap x basuh lagi baju anak yg last dia pakai sebelum ke l.negara..utk cium bau. Sian nya Hana ni. Kalau denda sampai RM1JUTA pun layak pada Watie ni…ntah2 dh nk sampai jika x byr lagi.
    Negara kita bukan tiada undang2 tau watie. Patut watie jadi mcm pelarian rohingya jugak. Rohingya yg sebenarpun berhati mulia.

    39

    0
    • Enter Your Name says:

      Kesian Hana ni. Tapi lama kot 2 tahun tak jumpa anak. Takkan takde solution lain. I mean takkan takde someone kat sana boleh bawak anak dia datang sini sekali sekala since hana tak boleh keluar negara? Boleh jugak hilangkan rindu. Benda dah melarat macam ni baru watie nak menangis memang dah tak guna.

      21

      0
      • wekkkkkkk says:

        akupu tefikir mcm tu, org sana x bawak jumpakan anak2 ke ke Hana. Siapa org di sana tu. Sbb dia kata menetap je. Masih paspot malaysiakan anak tu, boleh je org sana bawa ke sini. Tapi mana kita taukn masalah lain ada x di kabor-kaborkan. Cuba kita fikir, mcm mana Watie nk bayor hutang tu, msti tiap malam tgn letak kt dahi dn setiap mlm tiada mood apa2 ajelah.
        Masa di sinilah kita nk tahu, kalau kita di landa kesusahan ada x org yg syg kita akn benar2 tolong kita.
        kita tunggu dn lihat nnti story akan dtg.

        5

        3
      • mak c kina says:

        bekas suami nya yg bw lari…bkn ank nye pegi jln2..so mmg xkan ada la yg blh jumpakan dia dgn ank nya

        12

        0
        • anak permata hati says:

          masa dulu2 tukan masa anak2 dia kecik, kalau bkas suami bawa lari, kalau si ibu kuat semangat dn kental dn masih boleh ke luar negara, boleh je rebut balik…carijelh kt london tu, kalau x dpt minta bantuan kerajaan Malaysia..rasa2nya boleh x government tolong, sbb anak lhir kt sini. Tapi itu kalau Hana x blacklistlah. Tapi Hana kata start tahun 2013.

          0

          10
        • Anonymous says:

          yang akak dgr, bekas suami hana dpt hak penjagaan. mungkin disebabkan status muflis, hana xdpt hak penjagaan anak tu kut. kalau pasangan yg bercerai, masing2 mesti nk jaga anak. bile hak tu da dapat kt pihak yg lagi 1, memang jgn arap la pihak tu sanggup berabis duit terbangkan anak2 ke sini utk berjumpa ngan mak dieorg. die bukan kisah pon ngan perasaan rindu mak bebudak tu kt anak2.

          31

          0
        • wekkkkkkk says:

          siannya nk nangis…dgr kisah org yg rindu anak.
          airmata bertakung, berkaca-kaca hanya menunggu menitis je, alangkah sedinya..tahan jelah supaya jgn menitis di depan org.

          5

          0
      • Anonymous says:

        Ex husband Hana ni abang Sasha Elite sama mak different ayah.Tak boleh ke Sasha tu pujuk abang dia bawak anak2 datang Msia melawat Hana.Kesian dia.To Watie,padan muka kau la.Elok kena jail & mahkamah lelong aje harta benda dia.Banyak kes yang kita jadi guarantor,last2 kita yang kena bayar puluh2 ribu.Lepas ni boleh la sue bawak ke mahkamah macam Hana ni.

        17

        1
      • saya says:

        kalau status muflis hana sebenarnya boleh mohon kebenaran keluar negara dengan Jabatan Insolvensi Malaysia. dia kena rujuk ke pejabat Insolvensi yang handle kes dia.

        8

        0
      • Miss Unibes says:

        Bekas ipar Shasha & Zain Saidin dia ni. Tu ja nak habaq.

        0

        0
    • Anonymous says:

      Ye Abg Nara. Iitu bukan kawan tapi Syaitan.

      5

      0
      • Anonymous says:

        akak pernah jadi penjamin…10 tahun dulu. member nk berniaga nk guna kereta …kancil je. akibat kesian punya pasal…sign la jadi penjamin. dlm senyap dia x bayor…habis, bank cari akak. jenih nk bayor..nasib baik kancil… kalau bmw???

        17

        0
        • Nan says:

          Thats me. Jadi penjamin ex-husband beli bmw. Konon masa tu dia buat unit trust. Sampai skrg AMfinance dok cari dia. Hutang sampai 100k plus. Kalau saya nak lepaskan nama kene baya 60k. Mana nak cari.

          3

          0
      • minah jambu suka sahara yaakop says:

        sial punye watie..kau tungu la balasan nye nanti..

        1

        0
    • jenet jeksen says:

      2 hari pun saya tak sanggup oii

      3

      0
  2. CPS says:

    Owhhh julah asal 300k. Logik lah macam tu.

    5

    0
  3. melati says:

    Sori sebelom ni saya ingat Hana yg salah, rupa2nya setelah baca semua memang Melayu kimak cam Watie ni byk, Hidup berlagak sampai tak ingat org , byk saya jumpa org2 Melayu berlagak camgini..biar tk makan janji kete mesti cantik poket kosong..!!! Melayu2 cam Watie ni kebanyakan Org yg asal usul dr Kampong dtg Bandor yg suka perangai cam Watie ni….sebelom pinjam @ Sambung bayar kete janji memang manis pastu lantak ko lah…!!! byk saya jumpa melayu2 cam Watie ni..Contoh : Masa pinjam gan Ah Long apa yg Ah Long ckp semua yg setuju jer, pastu tk mampu nk bayar gi Report Polis lah Uppkm lah segala …Hmmmm Watie jenis Melayu2 yg ( BIAR PAPA ASAL BERGAYA)..hmmm

    13

    0
  4. Anonymous says:

    big lessons to u watie!!!!

    jgn amik mudah semua perkara semudah ko melayutkan dagu tak jd ko tu and jgn menganiaya org…smpai si hana tu hilang hak jagaan anak and bertahun plak tu tak dpt jumpa anak dia sndr dibuatnya ko kan!!

    aku percaya hana da cuba sedaya upaya contact wati untuk selesaikan hal ni..but being a non-responsible person..ko ignore..skg ko hadapla 700k tu..

    hana..be strong and fight for it..u deserve that 700k tu!!!

    17

    0
  5. mimi says:

    hana ni,ex wife abang kepada shasha saidin n zain saidin ke?

    3

    1
  6. Anonymous says:

    kawan ke..adik beradik ke sama je. hati2…byk yg suka mengambil kesempatan skrg.

    7

    0
  7. cik tom says:

    xkanla xda org dan org yg jaga ank dia kat obersea tu gamak tak jumpakan bawa ank dia jumpa mak kalo pun di hana ni tak bole ke luarnegara..nak seribu daya..

    0

    4
  8. wekkkkkkk says:

    kakak aku nk gunakan nama aku…dia kata nk bagi upah rm500.00. Aku x mau. Kalau kakak bagi upah RM5000.00 akupun x mau jugk. Tapi saya tahu, suami dia mmpu byr bulanan jika aku jadi penjamin utk kakak (amek keta Honda) , aku byk fikir tapi, dn fikir masa akan dtg utk kita pulak. Lantaklah hei..nak masam-masam lah. Nama suami kakak blacklist sbb abg dia sendiri buat.

    7

    0
  9. jwbkan says:

    aku yg byr cantik bulanan ni pun was-was, nama blacklist ke x, sbb byr lwat dari tarikh prjanjian (contoh la tarikh byaran keta: 22hb…tapi aku byr 28hb) (utk rumah pun sama lewat dlm 7 hari) mcm mana ni, tapi tiada tunggakan…mcm mana ni ada blaclist tak.

    3

    0
    • lynn says:

      Lewat beberapa hari takde masalah.
      Dia limit dalam seminggu ke dua minggu mcm tu.
      Blacklist kalau dah lebih 2 ke 3 bulan rasanya. Kalau tertunggak, leh hubungi bank untuk minta masa sikit.

      2

      0
  10. Shasha says:

    Lain kali ukur baju di badan sendiri…ni la bahananya ukur di badan orang lain. Nak menunjuk kita hidup mewah tp haprak…

    5

    0
  11. aku says:

    kite yg pakai kete biasa2 pn, lom smpi tarikh byr pihak bank dah terhegeh2 call… dia ni, pihak bank senyap je ke?

    #sajatanya

    0

    1
  12. babyboo says:

    pernah baca kes ini dulu..Wati ni mmg perangai serupa bohsia mcm dulu2 jugak..dah kahwin pun perangai masih sama..tak bertanggungjawab

    5

    0
  13. Van elite says:

    Hana ni taste mat saleh jer.now bf pun mat saleh.semoga bahagia.semoga dpt jumpa balik anak2

    2

    0
  14. Sambal belacan says:

    Nasib kau la watie. Kau sendiri cari pasal. Dari muda dulu kau ada macam2 hal. Dah makin tua masih tak sedar2 lg.

    3

    0
  15. mamizura says:

    watie ni dari muda sampai tua……….dah berlaki berkali kali tapi dok bodoh cam tu jugak…Allah bagi macam macam ujian…sampai anak mati masih tak sedar diri………………………..

    6

    0
  16. Meu says:

    Apelah nasib Joey dpt si watie dagu tak jadi nie

    1

    0
  17. kikilala says:

    macam sial perangai kau ya wati elit. anaiya kawan sendiri.. ingt bila da isytihar bankrup hidup senang ke..? acc bank kena beku, duit dlm bank xbole klua kan, xbole nk keluar negara banyak lagi yg xbole. ruma kena sita, segala harta benda kena lelong. padan muka kau la wati oi.. bia kau pulak hidup merempat.. org mcm kau ni mmg xpayah dan xperlu dibuat kawan. ni la rupa manusia jenis kawan makan kawan.. nauzubillah..

    2

    0
  18. hakak says:

    takde duit tapi nak berlagak pakai wish bagai.. level watie ni pakai kancil pun blom tentu mampu…

    2

    0
  19. Aku ?? says:

    Sha sha pun takmo tolong hanna ke? Sian 2 tahun tak jumpa

    0

    0

Leave a Comment

Optional