Written by Bella | May 21st, 2015

Beberapa hari lepas, ramai yang memuji kemerduan suara pelakon Johan As’ari ketika membaca ayat-ayat suci Al-Quran dalam sebuah video yang dikongsikan oleh beliau sendiri di akaun Instagram miliknya.

Niat beliau memuat naik video tersebut bukanlah untuk menunjuk-nunjuk tetapi sekadar ingin berkongsi minat beliau kepada peminat.

Sejak sekolah rendah lagi saya dididik untuk mengaji Al-Quran dan apabila sekolah menengah, saya menghabiskan 30 juzuk setiap tahun.

Jadi, memandangkan saya sering berkongsi foto aktiviti-aktiviti lakonan saya, apa salahnya sekali sekala saya memuat naik video aktiviti kegemaran saya iaitu mengaji Al-Quran. Benda baik, tidak salah untuk dikongsi.

Hampir setiap hari juga Johan mengaji di depan ibunya Datin Firdaus Abdul Kader yang  sedang dirawat di Institut Kanser Negara akibat menderita penyakit kanser tulang pada tahap empat. Jelas aktor tersebut, beliau dan adik beradik yang lain sering berbuat demikian agar ibu mereka diberikan semangat yang kuat untuk melawan sel kanser.

Apabila saya menjaga ibu, saya akan pastikan untuk mengaji di depannya. Syukur Alhamdulillah, walaupun sudah 25 kali menjalani rawatan kimoterapi, semangatnya masih kuat.

Kerana itu saya dan adik beradik akan  mengaji di depannya untuk pastikan semangatnya kuat untuk melawan sel kanser itu. Doakan ibu cepat sembuh, InsyaAllah.

Korang ni bila seseorang artis itu selfie 24 jam pun tidak kena. Sekarang sekali sekala Johan As’ari kongsi video beliau sedang mengaji apa salahnya bukan? Apa-apa pun kami berharap agar ibu Johan dibekalkan dengan semangat yang kuat untuk menentang penyakit beliau.

Sumber Berita: mStar Online

30 responses to Muatnaik Video Sedang Mengaji : Johan As’ari Tiada Niat Untuk Menunjuk

  1. Anonymous says:

    first…………..

    0

    0
    • minah jambu terlajak habis says:

      tiada niat untok menunjok ” huh ! kalau dh muat naik video sedang ngaji tk menunjokn happe ! menunjok la nama dia tuu..kalau nk buat baik tk payah nk tunjok2 vedio2 ni semuaa..kalau orang cakap yg u ni riak nanti u tk terima pulak kannnnnnnnnnnnnnnn !

      0

      0
  2. sunshine says:

    perluke mention “aktiviti kegemaran”
    takut2 timbul riak plak

    0

    0
  3. min says:

    tak perlu tunjuk ini semua..takde org suruh pun..biar Allah saja yg mengetahui. Tak banyk sikit riak akan timbul.

    0

    0
  4. kahkah says:

    biasanya org post mcmni sbb nak mngurat pmpuan.. nak nampak clean… hehehhee…. byk kat fb ni bnda2 mcmni. lepas dpt apa yg dia nak terus hilang bnda2 mcmni. harapnya dia x salah sorgnya.. :)

    0

    0
    • Anonymous says:

      Rasanya semua perempuan akan suka kalau dapat suami yg pandai mengaji,kan? Kalau sy,lg suka yg pandai mengaji drp yg menyanyi…sejuk rumahtangga.

      0

      0
  5. miss venezuela says:

    Wow.. I sokong u johan.. I bukan tuhan.. so I taknak senang2 ckp pasti timbul riak.. Itu urusan U dgn Allah.. cuma nasihat I..bila u dah post benda2 mcm ni..cabaran utk tidak riak tu sangat susah..sedikit sebanyak kalau ada org mencontohi rajin mengaji apa salahnya.. kalau org kata bleh timbul riak itu masalah org tersebut yg nak prasangka buruk..contohi perbuatan dia la..tak payah nak kaji2 niat dia..yg benda baik disuruh simpan..yg dok selfie pki baju ketat2.nampak lurah bagaiii.pegi kelab malam.. aurat tak tutup..rambut hijau..oren..purple nak dipost bertubi…bwk2 mengucap ye

    0

    0
    • shah says:

      iman tu letaknya di dalam hati cik kak…ngaji quran ni mmg dh menjadi kewajipan setiap muslim.sibuk camne pun plg2 dpt bc 1-2 ayat pun dh kire bgs…dan nk bc tu x mengira tempat dan waktu…klu kt ni rs kt ni muslim sejati pasti kt akan bc quran plg2 pun lps solat maghrib so xperlu ade contoh bagai…pokok pangkal pd hati…ade org pasang je kaset ngaji tp solat pun tak apatah lg ngaji…klu nk amik cth,syeikh2 arab tu lg sedap ngaji nye kak…beli je kaset ngaji…y psl post2 seksi kat ig tu bkn xde y tegur rsnye rmai dh peminat y tegur tp ape reaksi artis2 ni bl ditegur??melenting x tentu psl…x slh pun si johan ni nk ngaji ke ape…mmg tu kewajipan die..tp dok menge’pos’ kat ig tu rsnye cam kurg sesuai…klu tgk zmn skrg ni mmg org ske pos y baik2 je tp niat tu waallahua’alam…cume pe nk ckp jgn gune kan agama tuk kepentingan diri sndri tu je…skrg ni pun mmg rmai org memperguna agama tuk kepentingan diri sndri…ibadah y dibuat tnpa pengetahuan org lain tu adlh lg terpuji…

      0

      0
      • miss venezuela says:

        shah… mohon paham betul2 apa yg I ckp..sedih tulll..tak perlu kaji niat si johan niii..kalau dia riak itu urusan dia dgn Allah..yg kita ambik benda baik.. iaitu mengajiiii…kalau U paham betul2 I cakap..nak post benda2 ibadah ni tak salah… tapi berhati2 dgn soal RIAK..itu adalah risiko bila post bab2 ibadat nii..kalau rasa tidak bleh kawal riak takyah post..kalau bleh kawal why not? Ibadah dengan pengetahuan org lain tak salah….BERMEGAH2 DAN RIAK secara terbuka atau dlm hati itu salah..

        0

        0
  6. Jebat says:

    Perlu ke upload? Perangai kau yang macam budak sekolah tu masih buat orang meluat. Tak payah nak cover jadi baik. Btw, Lana dapat Mat Salleh kaya dan hensem. Dia dapat mengislamkan orang tu. Kau?

    0

    0
  7. lily says:

    Kalau artis upload video anak bljr abc,english,ckp ajarlah anak mengaji…ha,ni video org mengaji…pn nk kondem? Its better than yg sibuk dok dushmash yg nth ape² tu… Video parodi laa,cover lagu laa….ha,ni ade..bt la cover org mengaji plak. Tgk versi sendiri cmne plak..dr nk kondem²….????

    0

    0
  8. think says:

    Thanks Johan sbb upload video tu. Sekurang2nya video tu mengingatkan sy tentang cara org Islam yg sebenar. Sy akn jadikan mengaji aktiviti kegemaran sy gak..Hanya Allah yg tau dia riak or tak. Sape kita utk judge.

    0

    0
  9. Lavender says:

    Berlakon sengal, tak berlakon pun sengal..

    0

    0
  10. Kaka says:

    ermm… sekarang ni banyak orang guna agama untuk tunjuk diri tu bagus… kalau nk jadi baik x perlu tunjuk..

    0

    0
  11. julie says:

    Nak tanya ni…PERLU TUNJUK KE????????????????????????????????????????

    0

    0
  12. julie says:

    Nak tanya ni…PERLU TUNJUK KE?????????????????????????????????????? INI BUKAN PERADUAN MENGAJI.TUNJUK TGH SOLAT KAN LAGI BAGUS..

    0

    0
    • macam macam ada says:

      sori la ye klau terasa nie..klau tnjuk pic yg tgh solat nnt pon org kta..konon2 kta solat sgt la..xpon org kta kusyuk ka solat 2????skali lg maaf ye

      0

      0
  13. loyalmalaysian says:

    ibadah kepada ALLAH perlu keikhlasan dan bukan untuk dipertontonkan…ia antara kita dan DIA…

    0

    0
  14. testing sat says:

    As Salam..
    bang Nara oi.. sorry la ye saya ni slalu baca je,
    malas nak mengomen. tp blh tak jgn post gambo2 ke cite retis @ bkn retis ke yg seksi meksi tu. malu eh org dok tengok. blog melayu bkn omputeh. kdg2 mcm tengok blog porno pun hado. just nak ingatkan.
    myb blh post benda2 yg berguna & blh bagi info yg baik pd semua. pahala pun dpt. sekian as Salam

    0

    0
  15. mir says:

    ok la ni drp vidio tepi balkoni tu..

    0

    0
  16. testing sat says:

    sorry takut salah tafsir
    maksud saya post2 kat ” You Might Also Like”
    kan banyak cite pasal mat saleh tu ha..
    picture rihana la apa la.. semua tunjuk bogel2.
    malu bebeno teman nengok nye. okbai!

    0

    0
  17. aku says:

    ALHAMDULLILAH

    0

    0
  18. Azzy_JB says:

    mamat ni memang something wrong somewhere lah. melamar Lana tetiba family reject proposal. Terbukti now Lana yg dikianati mendapat kebahgiaan yg diimpikan. Bila ini berlaku mamat ni nak tunjuk kebolehan ini..perlu ke nak upload? very cheap mamat ni lah

    0

    0
  19. Kak Esah says:

    Kalau kita tau baca je tapi tak faham apa yang di baca..apa hukum nya ek..? Bukan ramai antara kita yang fasih bahasa Arab. Tolong lah jawab soalan saya ni wahai Ustaz/Ustazah diluar sana. Sebab saya pun mengaji – belum khatam lagi…tapi, kalau lah ada orang yang tanya saya “apa makna surah yang kau baru baca tadi?” hishh…memanglah saya jawab “Entah..tak tau…saya tau baca je..” Masaalah betul…!

    0

    0
    • Bacalah AlQuran kak esah says:

      Kak esah klu kita dengar , melihat Al Quran pun dpt pahala. Inikn pula membaca Al Quran. Kak esah pahala dpt bkn setakat satu ayat malah setiap huruf bacaan. Wlbgmn pun slps itu blhlah blajar tafsiran dan tadabbur AlQuran. Klu ada kemampuan masa dn harta ikutilah kelas2 agama. Klu kita tdk faham dn org brtnya hndklh jgn sesekali buat2 faham sbb hukumnya berdosa. Bnykkn baca tafsiran tp jgn mntafsir sndri. Kena brtanya dn berguru dgn ustz dan ustazh yg brtauliah. Skiranya kita di jemput Illahi dlm keadaan blajar Agama Allah. Ketahuilh kematian kita mndpt pahala spt berjihad. Wallahu a’lam

      0

      0
  20. anon says:

    Kalau tak berniat utk menunjuk, kenapa di uploadkan??? Kenapa tak simpan je. Nak tayang kat org lah tu.. Mengarut je mamat ni. Cheap publicity..

    0

    0
  21. Anonymous says:

    dsfsdfdsf

    0

    0
  22. Anonymous says:

    aku tak paham dgn si johan ni…mcm skizo! beria ckp background islamic tp bseluar pendek depan camera. pegang perempuan masa belakon. skizo!

    0

    0
  23. macam macam ada says:

    nie la mnusia buat baik kta mnunjuk buat jhat lg la org mgata…biar la johan nk upload vidoe mgaji pon kn bgus bleh jgak pminat dya dgr ..atleast dpt jgak pahala kn..ntah2 dri kta sndri pon susah nk mgaji dlm msa smgu..johan nk mnunjuk ka xka..Allah ja yg tau

    0

    0