Muat Naik Video Berubat Dengan Datuk Haron Din : Netizen Berbalah Di Instagram Neelofa

Hiburan

Muat Naik Video Berubat Dengan Datuk Haron Din : Netizen Berbalah Di Instagram Neelofa

Beberapa hari lepas, Neelofa ada memuat naik video dimana beliau berubat dengan pengamal perubatan Islam terkenal Datuk Dr Haron Din.

Advertisement

Didalam video berkenaan, ia menunjukkan bagaimana proses ruqyah dilakukan dimana Haron Din meletakkan tangannya dibahagian belakang  baju  Neelofa sambil membaca ayat-ayat suci Al –Quran.

Namun, video tersebut mencetuskan sedikit perbalahan dikalangan pengikutnya di Instagram. Ada pihak yang mengatakan perkara itu seakan menimbulkan fitnah dan tidak harus dimuat naik ke media sosial.

Walaubagaimanapun, beberapa pihak bertindak mempertahankan Neelofa dan menyatakan tidak salah untuk Haron Din meletakkan tangannya di badan Neelofa kerana ia berlapik dan ia langsung tidak menimbulkan nafsu kerana bertujuan untuk berubat.

Malah tindakan Neelofa memuat naik video berkenaan sekurang-kurangnya memberikan informasi serta gambaran ketika ruqyah dijalankan.

Berikut antara komen netizen :-

Korang ni agak-agakla kalau hendak beri komen sekali pun.  Sebelum hendak menjatuhkan seseorang dan mengkritik mereka lebih baik ada ilmu yang penuh di dada. Apa yang dilakukan oleh Haron Din untuk mengubati Neelofa adalah perkara biasa dan ia tidak menimbulkan sebarang fitnah. Apa-apa pun, beruntung Neelofa kerana dapat bertemu dengan ahli agama dan pengamal perubatan Islam yang cukup terkenal dan mempunyai banyak kelebihan.

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...